Sunday, 31 August 2014

Kisah Tentera Jepun Bersembunyi Selama 30 Tahun Kerana Menyangka Perang Masih Belum Tamat

Kisah Tentera Jepun Bersembunyi Selama 30 Tahun Kerana Menyangka Perang Masih Belum Tamat



Kisah ini dipetik dari Sky News, pada 19 Januari 2014 selepas bekas tentera Jepun ini meninggal dunia. Ianya adalah kisah seorang tentera yang berasal dari Jepun yang bertugas semasa Perang Dunia II terus bersembunyi di dalam hutan Filipina selama lebih dari 30 tahun. Dia menolak untuk keluar dari hutan kerana tidak percaya Perang Dunia II telah tamat.


Tentera bernama Hiroo Onoda itu keluar dari hutan di Filipina yang dihuninya sejak tahun 1944 itu, selepas bekas komandannya datang dan menjelaskan kepadanya bahawa Perang Dunia II sudah berakhir.


Onoda merupakan seorang pegawai tentera yang bertugas mencari maklumat dan dilatih untuk melakukan perang gerila. Onoda dihantar oleh Jepun ke Pulau Lubang di Filipina pada tahun 1944 lalu.


Onoda diperintahkan oleh komandannya untuk tidak pernah menyerah, rela bunuh diri untuk menyelamatkan maklumat, dan harus terus bertahan di dalam hutan sehingga bala bantuan datang.


Onoda bersama tiga rakannya terus mematuhi perintah tersebut, walau Jepun telah kalah pada Perang Dunia II di tahun 1945.


Diketahuinya kehadiran Onoda terjadi pada tahun 1972. Dia bersama dua rakannya terlibat insiden tembak-menembak dengan tentera Filipina. Dua rakannya tewas dan Onoda berjaya melarikan diri.


Insiden itu mengejutkan Jepun. Lantas kerajaan Jepun menghantar wakil ke Filipina untuk menjemput Onoda untuk pulang ke Jepun, dan menjelaskan padanya bahawa Perang Dunia II telah tamat.


Dalam kenyataan akhbar selepas kembali ke Jepun, Onoda mengatakan bahawa tindakannya hidup selama 30 tahun di hutan bukan tindakan yang membuang-buang waktu.


"Tanpa pengalaman seperti itu, mungkin saya tidak boleh hidup sampai saat ini," kata Onoda pada media.


Selepas kembali ke Jepun pada tahun 1975, Onoda terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Tidak lama kemudian, ia berhijrah ke Brazil menjadi ushawan ternakan lembu.


Namun, tentera komited tinggi itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 17 Januari 2014 di usia 91 tahun.

Kanak-Kanak Terlepas Daripada Diculik

Kanak-Kanak Terlepas Daripada Diculik

Georgetown: Dua murid perempuan terselamat daripada menjadi mangsa culik tiga lelaki selepas mereka mengigit tangan suspek dalam kejadian di depan sebuah sekolah di Batu Lanchang, di sini semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 9 tahun ditarik masuk dalam sebuah van putih bercermin gelap.

Mereka kemudian diikat namun terselamat kerana menggigit tangan suspek sebelum berjaya meloloskan diri ketika van berkenaan berhenti berhampiran sebuah bank di Jalan Masjid Negeri.

Kedua-dua mangsa berlari pulang ke sekolah dan menceritakan kejadian terbabit kepada ibu mereka yang juga guru di sekolah itu.

Ketika itu, ibu kedua-dua pelajar berkenaan turut panik kerana anak mereka tiada di kawasan sekolah seperti kebiasaannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Rahman Ahmad yang dihubungi mengesahkan laporan dan juga kejadian terbabit.

Sesi Orientasi Pelajar Universiti Yang Agak Keterlaluan

Sesi Orientasi Pelajar Universiti Yang Agak Keterlaluan

Selalunya hari orientasi paling membosankan pelajar baru sama ada di universiti atau sekolah tapi tidak bagi pelajar di Singapore Institute of Management (SIM) - University of London.

Hari orientasi mereka sungguh menghairahkan. Kasihan pula melihat pelajar perempuan yang menyertai orientasi begini. Pelajar lelaki mungkin tiada seorang pun yang ponteng daripada orientasi ini.





Lelaki Lamar Kekasih Atas 99,999 Cili Merah

Lelaki Lamar Kekasih Atas 99,999 Cili Merah


DALAM banyak-banyak lamaran, kami rasa ini antara lamaran yang paling unik.

Lelaki dari Wilayah Hebei, China ini memilih untuk melamar kekasihnya di luar kilang memproses cili, semalam.

Menariknya, sebanyak 99,999 cili merah digunakan bagi membentuk ‘hati’ gergasi. Dia juga meminta bantuan rakan-rakannya untuk memegang potret mereka berdua.



Taktik Keji Dan Jijik Sesetengah Peniaga Goreng Pisang Akhir Terbongkar !!

Taktik Keji Dan Jijik Sesetengah Peniaga Goreng Pisang Akhir Terbongkar !!

Sungguh memeranjatkan apabila mengetahui taktik mencampurkan plastik dalam minyak masakan yang popular di Indonesia ini sudah mula menular di Malaysia.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pengakuan seorang peniaga ayam goreng rangup dari Indonesia yang telah membuat pengakuan mencampurkan plastik atau paket minyak itu sendiri ke dalam minyak masakannya untuk menghasilkan ayam goreng rangup dan tahan lebih lama.

Namun, ketidakjujuran ini akan mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.

Berikut merupakan perkongsian oleh pengguna laman sosial.

Beli pisang goreng d gerai kueh donggongon. Tlampau rangup menimbulkan keraguan. Then, memang yg djangka pisang goreng dgoreng dengan minyak + straw. Sangat kurang ajar n x sivik punya penjual.



Cara mengetahui samada ayam goreng atau goreng pisang dicampur plastik:

1. Bawa bahan kajian anda balik ke rumah (ayam atau pisang dan sebagainya).2. Ambil mancis dan bakar ayam atau pisang tersebut.3. Sekiranya terhasil nyalaan, besar kemungkinan ayam atau pisang terbabit dicampur plastik.4. Segera laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

Pencuri Disumbat Mulut Dengan Bangkai Itik





Kadang-kadang hukuman paling berkesan bagi penjenayah bukanlah penjara tapi sesuatu yang menjatuhkan air muka pelakunya.

Sebagai contoh di Selatan China, dua remaja lelaki pasti tidak akan berani mencuri lagi selepas mereka diaibkan dengan dahsyat.

Dua remaja 14 tahun tersebut asalnya mencuri itik-itik di sebuah kolam sebelum perbuatan mereka disedari penduduk kampung.

Mereka kemudiannya ditangkap dan disuruh melutut di tepi jalan dengan itik disumbat ke dalam mulut.





Keadaan mereka menimbulkan kehairanan orang ramai dan kenderaan yang melalui jalan tersebut hingga ramai datang mengerumuni mereka bagi mengetahui hal sebenar.

Ketua Kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, dua remaja tersebut layak dihukum begitu kerana mereka sudah beberapa kali kantoi mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok dan minuman keras.

Fikir-fikir semula rasanya hukuman ini jauh lebih baik daripada cara rakyat Malaysia yang suka membelasah pencuri setiap kali berjaya ditangkapkan.

Ronaldo Kecewa dengan Di Maria


Ronaldo (kanan) kecewa dengan keputusan Di Maria meninggalkan Real Madrid


PEMAIN terbaik dunia, Cristiano Ronaldo ternyata kecewa dengan Angel Di Maria yang mengambil keputusan meninggalkan Real Madrid.

Katanya, sebelum ini dia mengharapkan pemain Argentina itu kekal lama di Santiago Bernabeu, sama seperti Xabi Alonso yang kini menyarung jersi Bayern Munich.

“Secara peribadi, saya kecewa dengan keputusan Di Maria kerana kami merupakan rakan baik.

“Dia merupakan pemain penting pasukan sama seperti Xabi tetapi situasi inilah yang perlu kami hadapi. Pemain akan datang dan pergi,” katanya.

Bagaimanapun, Ronaldo menjelaskan keputusan Di Maria menyertai Manchester United adalah tepat kerana The Red Devils merupakan salah satu kelab terbaik di dunia.

“Perpindahan ini bagus buat dirinya kerana United bukan calang-calang pasukan.

“Perpindahan itu juga akan memberikan kesan yang positif dalam karier bola sepaknya dan saya doakan dia agar sentiasa berjaya,” katanya.

Saturday, 30 August 2014

Van Putih Menganas??? 2 Murid Dakwa Diculik Lelaki Van Putih..

Van Putih Menganas??? 2 Murid Dakwa Diculik Lelaki Van Putih..




GEORGETOWN – Dua murid perempuan Tahun Tiga mendakwa diculik di hadapan sekolah mereka di Batu Lanchang di sini semalam.


Jurucakap polis berkata murid berkenaan mendakwa mulut mereka ditekup dengan kain oleh dua lelaki sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah van berwarna putih dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari.


“Bagaimanapun ketika van itu berhenti di sebuah bank di Jalan Masjid Negeri, mangsa mengigit tangan suspek dan dapat meloloskan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Menurutnya, ketika melarikan diri murid berkenaan terserempak dengan ibu rakan sekolah mereka yang kemudiannya menghantar mereka ke sekolah semula.


Beliau berkata ibu kepada seorang murid itu yang juga guru di sekolah berkenaan melaporkan kejadian itu kepada polis.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Abdul Rahman Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu petang semalam.


Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada saksi melihat kejadian itu dan kes itu sedang disiasat. – BERNAMA

Lelaki membawa mesin gun dengan ratusan peluru ditahan

Lelaki membawa mesin gun dengan ratusan peluru ditahan


Polis merampas sepucuk sub mesingan jenis Uzi, ratusan butir peluru serta lapan peket heroin selepas menahan seorang lelaki dalam satu kejadian di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, anggota polis peronda (MPV) yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an yang berasal dari Padang Besar ditahan selepas dikejar kira-kira satu kilometer dari Jalan Hospital ke arah Jalan Badlishah, di sini, berhadapan IPD Kuala Muda selepas dia enggan memberhentikan keretanya.

“Suspek memecut keretanya sehingga merempuh dua kereta di kawasan berkenaan. Suspek cuba melarikan diri menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta menyebabkan kenderaan itu terbabas.

“Suspek kemudian ditahan polis di Jalan Badlishah berhadapan IPD Kuala Muda.

MAS akan buang 6,000 pekerja, pindah ibu pejabat ke KLIA

MAS akan buang 6,000 pekerja, pindah ibu pejabat ke KLIA

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar berucap semasa sidang media di pejabatnya tentang pelan pemulihan MAS di KLCC, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2014. Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu, kata Khazanah Nasional Berhad.

Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya hari ini mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar menggariskan 12 perkara bagi membolehkan MAS mencatatkan semula keuntungan dan memulihkan syarikat penerbangan negara itu.

Antara 12 perkara yang disenaraikan dalam pelan penstrukturan semula MAS juga melibatkan rombakan menyeluruh MAS, yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dalam tempoh 3 tahun daripada penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, menjelang akhir 2017.

Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan terus berkhidmat setahun lagi sehingga Julai, 2015.

"Pelan ini, dilaksanakan lebih enam bulan, sebagai kewajipan Khazanah, yang kini menguasai 69.3% MAS, memiliki 100% syarikat penerbangan itu berikutan langkah membeli baki ekuiti daripada pemegang saham minoriti pada 27 sen sesaham yang dianggap sebagai munasabah dalam pasaran," katanya kepada pemberita pada satu taklimat di Kuala Lumpur hari ini.

Kabinet dan lembaga pengarah MAS sudah memberi kelulusan bagi rancangan itu yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah entiti yang lebih kukuh dan lebih cekap.

Selepas mengalami kerugian enam suku tahun berturut-turut sejak 2012, MAS tersentak pada 8 Mac apabila pesawat Boeing 777 MH370 hilang semasa dalam perjalanan ke Beijing tanpa sebarang tanda sehingga kini dan dikejutkan lagi apabila sebuah lagi pesawat B-777, MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

MAS mengalami kerugian sebanyak RM2 bilion daripada kedua-dua tragedi itu.

Semalam, MAS, yang digantung dagangan hari ini berikutan pengumuman pelan itu, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM302.62 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2014, daripada kerugian sebanyak RM165.89 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Saham itu terakhir diniagakan pada 25 sen semalam.

Azman berkata, kira-kira 6,000 kakitangan akan diberhentikan kerja mengikut pelan yang termasuk skim pemberhentian sukarela (VSS) dan juga menawarkan pekerjaan kepada 3,500 pekerja MAS dalam syarikat-syarikat lain di bawah Khazanah Nasional.

Aspek penting pelan itu ialah bagi kerajaan menggubal Akta MAS yang akan bertindak sebagai jaminan untuk memudahkan pelaksanaan pelan itu. – 29 Ogos, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mas-akan-buang-6000-pekerja-pindah-ibu-pejabat-ke-klia#sthash.tRp8mF0n.dpuf

Mimi (ONE) Bakal Kahwini Pensyarah Mac Tahun Depan


Mimi (ONE) Bakal Kahwini Pensyarah Mac Tahun Depan

Lama juga kita tidak mendengar khabar mengenai penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi, 27.



Tup-tup menerusi Murai.com, dia dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun hadapan.

Bukan calang-calang juga bakal suaminya, seorang pensyarah di sebuah universiti swasta gitu…

Menurut Mimi, mereka sudah kenal antara satu sama lain sejak berusia 13 tahun lagi dan mula rapat sejak beberapa tahun lalu.

Mengakui jejaka itu seorang yang tegas, penyanyi itu yakin bakal suaminya itu dapat menjadi pasangan terbaik dalam hidupnya kelak.

Apapun, tahniah kami ucapkan dan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar nanti…

Bayi Dalam Perut Bayi

Bayi Dalam Perut Bayi



Afiah Syafina, seorang bayi perempuan berusia 2 bulan, anak dari pasangan Bambang Sarianto & Syarifah yang keduanya berkerja sebagai Guru Sekolah di Tebing Tinggi, Bayi pasangan ini mengalami Perut Buncit, yang setelah dicheck dianggap Tumor yang harus segera dibedah.

Saat pasangan ini menjumpai Prof.dr.Chairuddin P.Lubis, beliau Secara langsung menghubungi Pak Biebie (Rtn.Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan.

Rotary Club Deli Medan cepat kesana dan membantu pembiayaan biaya pembedahan dan rawatan di Rumah Sakit Gleni International Medan.

Dengan ditemani oleh Dr.Djeni Bijantoro SBB SPBA, Operasi pembedahan dilaksanakan pada hari Sabtu, 19 Januari 2008 dari jam 08:00 - 11:30

Hasilnya cukup mengejutkan dan ternyata yang disangka Tumor itu adalah Janin berusia 5 bulan!!







Saat ini si kecil Afiah dalam keadaan sihat.

Perompak Bermisai Palsu Ditembak Mati Guard AmBank

Perompak Bermisai Palsu Ditembak Mati Guard AmBank

Perompak Bermisai Palsu Ditembak Mati Guard AmBank | Sekitar jam 11.17 pagi tadi, seorang pengawal keselamatan berjaya menembak mati lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Jalan Sungai Dua, Georgetown, Pulau Pinang.

Berikut adalah gambar lokasi kejadian dan keadaan perompak berkenaan selepas ditembak.

Pemeriksaan polis mendapati dia memakai misai palsu untuk tujuan menyamar dan membawa parang yang disisip di pinggang.

Sebelum tewas di hujung senapang guard, perompak berusia 30-an tersebut telah bertindak berani dengan memasuki bank seorang diri lalu mencurah petrol di hadapan kaunter sambil menjerit mahu melakukan rompakan.




Menurut Ketua Polis Pulau Pinang ini dipercayai modus operandi terbaharu di mana jika permintaan perompak tak dituruti maka mereka akan mengancam untuk membakar bank berkenaan.

Bagaimana pun pada kejadian pagi tadi perompak terbabit tidak sempat memanjangkan aksinya apabila pengawal keselamatan bank yang bertugas segera mengejar dan melepaskan tembakan.



Difahamkan pengawal keselamatan tersebut turut tergelincir kerana lantai licin gara-gara petrol yang dicurah namun bidikannya terkena perompak tersebut membuatkannya rebah.

Dipercayai, perompak ini daripada kumpulan sama yang pernah merompak bank terbabit pada 29 Mei lepas dan berjaya melarikan RM60,000.

Jika benar mungkin inilah jawapannya mengapa dia begitu yakin ketika memasuki bank bagi memulakan rompakan hari ini.



Polis masih menyiasat dengan meneliti kamera litar tertutup tentang kemungkinan rakan-rakan perompak terbabit turut berada sekitar bank ketika kejadian tetapi melarikan diri selepas melihat rakan mereka tewas.

JARI MURID DARJAH 1 HAMPIR PUTUS

JARI MURID DARJAH 1 HAMPIR PUTUS



Jari seorang murid perempuan darjah 1 hampir putus akibat dibuli oleh rakan sekolahnya. Perkara itu didedahkan oleh ibu saudaranya, Elena Sweets di laman Facebook.

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu rehat di Sekolah PPR Lembah Subang, Petaling Jaya itu, mangsa tidak diberikan sebarang rawatan kecemasan atau dihantar ke klinik/hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sebaliknya luka di jari mangsa hanya dibalut dengan kain biasa.

Ibu mangsa yang bimbang dengan kecederaan yang dialami segera membawa anaknya ke klinik tetapi terpaksa dirujuk ke hospital kerana kecederaan yang amat teruk.

Menurut doktor, jika kecederaan pada jari mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh, jarinya terpaksa dipotong.

Elena mendakwa anak saudaranya dibuli oleh rakan sekolah berikutan mangsa asyik mengulangi cerita yang sama sepanjang seminggu terlantar di hospital. Lebih teruknya lagi, tiada seorang pun guru dari sekolah terbabit yang datang melawat apatah lagi menelefon untuk bertanyakan keadaan anak saudaranya itu.

Bagaimanapun, pihak sekolah menafikan dakwaan itu dan menyatakan mangsa bermain berseorangan sehingga terjatuh dan mengakibatkan kecederaan.

Menurut pihak keluarga mangsa, kes itu telah dibawa kepada PPD dan siasatan akan dijalankan. -

BERIKUT LUAHAN HATI ELENA SWEETS:

Kesian anak sdra aku..memang lahanat pihak Sekolah kebangsaan PPR Lembah Subang,PJ...dah bagi statement putar belit lagi nak dakwa.memang sial lah korang nh..anak sdara aku hampir hilang jari kot..pastuh korang putar belit kata anak sdara aku main sorang2 sampai jatuh..
weii pikir logik lah anak sdara aku makan tido makan tido lbih sminggu kat spital nh asyik cakap benda sama lagi korang nak putar belit citer...

Guru Besar cakap lain..cikgu cakap laen...memang gila punya undang2 bagi alasan cikgu x cukup bila keadaan budak2 x terkawal..9 org guru sekaligus beranak..xkan xde altenatif cari guru ganti..dah sah2 kena buli lagi nak tunding jari kat ibu bapa..memang kelaut lah korang wat keje..

kejadian tu waktu rehat tapi rawatan x dberikan..korang balut pakai kain jer macam xde otak nak dapatkan rawatan lbih lanjut bawak pgi klinik ke haper...Balik dari sekolah akak aku yg bwak pgi klinik..so kedaan teruk kena rujuk Hospital sampai skrang terlantar dah seminggu lebih..

Tunggu keputusan selanjutnya dan last keputusan dari dok jika xdapat pulih seperti sediakala terpaksa DIPOTONG..!!!!SORANG GURU pon xde amek taw hal nh..bukan kata CALL! DATANG JENGUK pon x!!!!!.main lepas tangan suruh pihak kami paham situasi kamu!!! Habis sampai nak kena potong lagi nak sruh diam?!!

Macam nh ke PERANAN seorang guru??????? Pihak sekolah?? Xde tanggungjawab!!!!! Cuba anak korang yg kena x sampai 3 hari satu msia dah bising!!!!








Kepala Ditembusi Batang Besi Tebal

Kepala Ditembusi Batang Besi Tebal

Beijing: Seorang lelaki terselamat walaupun selepas kepalanya ditembusi batang besi tebal ketika dia melakukan kerja di rumah lamanya.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho dilapor cuba membersihkan rumah berkenaan di Leye, wilayah Guangxi apabila batang besi itu jatuh dari atas, menembusi dahi dan keluar menerusi bahagian kiri rahangnya.Ho, 50, berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan kecemasan di sebuah hospital.

Pasukan perubatan yang dipanggil untuk merawat Ho terkejut melihat kecederaan yang dialami dan pada masa sama hairan dia bukan saja masih hidup tetapi sedar sepenuhnya.
Ho dikejarkan ke hospital berhampiran. Doktor bagaimanapun terpaksa meminta bantuan bomba yang datang membawa bersama mereka alat untuk memotong sebahagian besar besi berkenaan.

Mereka kemudian memindahkannya ke sebuah hospital lebih besar, tempat pembedahan kecemasan yang lebih rumit dijalankan bagi mengeluar baki besi yang masih berada dalam kepalanya.

Kakitangan hospital berkata, Ho kini semakin pulih dan dianggap tidak lagi dalam bahaya.

Ujian sinar-X yang dilakukan sebelum pembedahan menunjukkan batang besi padu itu menembusi bahagian kanan dahinya dan keluar menerusi bahagian bawah pipi kirinya.

Andai besi berkenaan tertusuk pada sudut yang berbeza, walaupun sedikit, ia pasti menembusi otak atau mata Ho yang akan menyebabkan dia cedera parah atau mati.

Dalam kejadian lain di selatan China, seorang wanita putus kepala selepas kereta yang dipandu anaknya merempuh pembahagi jalan raya.- Agensi



KEADAAN Ho sebelum pasukan perubatan tiba.



HO bernasib baik kerana batang besi itu tidak menembusi otaknya.

Sumber dari
myMetro

Potongan gaji menerusi ANGKASA buat kakitangan awam bakal dihentikan?

Potongan gaji menerusi ANGKASA buat kakitangan awam bakal dihentikan?


Potongan gaji menerusi ANGKASA buat kakitangan awam bakal dihentikan? | Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) membantah cadangan Suruhajaya Koperasi Malaysia (SKM) menghentikan potongan gaji menerusi pinjaman di Bank Rakyat dan Bank Persatuan yang diuruskan ANGKASA diserahkan kepada Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS).

Presiden CUEPACS Azih Muda berkata, pemotongan gaji yang diuruskan ANGKASA sejak 1977 membabitkan penjawat awam yang melakukan pinjaman menerusi koperasi dan dua bank berkenaan.

"Jika ANGKASA kehilangan pendapatan sebanyak RM40 juta setahun akibat cadangan ini tetapi hakikat yang meminjam dengan bank berkenaan adalah penjawat awam," katanya selepas Majlis Pelancaran Spekar-Maklumat Perbankan Individu & Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ANGKASA bersama CUEPACS di sini.

Menurutnya, CUEPACS mewakili penjawat awam mengharapkan ANGKASA terus diberi kepercayaan menguruskan potongan gaji daripada pinjaman ini. "Kita mahu pengurus yang mengurus potongan gaji adalah mereka yang nempunyai pengalaman iaitu ANGKASA," katanya.-Metro

Awal Ashaari aibkan Mee Goreng mamak dengan cacing ?

Awal Ashaari aibkan Mee Goreng mamak dengan cacing ?



Amaran! Siapa penggemar mee goreng mamak adalah dinasihatkan untuk tidak melihat foto ini kerana dikhuatiri anda akan termuntah dan taubat tak nak makan menu tu lagi. Haha.

Nasib baiklah saya ni jenis tak berapa gemar mengunjungi kedai mamak. So, gambar ini macam tak lah begitu memberi impak kan?

Nak dijadikan cerita, sedang kami melayan drama trending ‘Rindu Awak 200%’, kami menerima pesanan whatssap daripada rakan yang mengatakan bahawa pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari menyamakan cacing dengan mee goreng mamak. Aik. Betul ke?



Memang ada iras-iras mee goreng pun kan? Mungkin bertujuan mahu menyakat followers Instagramnya, Awal telah memuat naik sekeping foto tangan yang sedang memegang cacing. Rasanya macam cacing tanah. Yeke?
Okay. Bila tengok lama-lama saya jadi mual pula. Begitu juga dengan reaksi para followersnya yang agak kurang senang dengan foto tersebut.



Ha.. anda pula bagaimana? Rasanya lepas ni kalau lepak kedai mamak tengok bola, anda akan order tak mee goreng mamak lagi ?

Admin rasa Awal kena pohon maaf pada pengemar Mee Goreng Mamak dengan apa yang berlaku. ?

Lawak tengah malam.

Lawak tengah malam.


 
Seorang cikgu wanita yg tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 berlian terhenti setelah melihat telatah seorang anak muridnya..

Dia melihat budak tu meludah atas tangan dan go-sok-GO-SOK kat kepala dia.. Disebabkan perasaan yg penuh curiga dan pelik, cikgu itu terus pergi ke muridnya itu dan bertanya..

Cikgu : Ahmad, kamu ni dari tadi cikgu tengok asyik meludah atas tangan dan terus kamu sapukan ke kepala !! Kenapa..?

Murid : Ermm.. Matematik nih susah sgt la cikgu..

Cikgu : Dah tu, kenapa kamu buat macam tu pulak..?

Murid : sena-ng si-kit nak ma-suk cikgu..

Cikgu : Apa maksud kamu..?

Cikgu tak paham..

Murid : Camni cikgu.. Semalam saya terbangun dari tidur sebab nak pergi ke-ncing.. Saya lalu kat bilik parents saya.. Saya terdengar su-ara mak saya time lalu tu..

Cikgu: Mak awak cakap ape..?

Murid : Mak cakap... "ABG, KALO SU-SAH NAK MA-SUK, SAPU LA SIKITT AIR L-IUR KAT KE-PALA TU.. BA-RU LAH SEN-ANG MA-SUK.." Haaa... Tu sebab la saya sapu air liur kat kepala saya cikgu...


Kesimpulannya para suami isteri perlulah berwaspada mungkin kita nampak ini sebagai gurauan namun sebenarnya ia sangat penting kerana anda adalah guru dirumah segala perbuatan anda akan dilihat dan ditiru anak-anak

Enggan pilih mati

Enggan pilih mati


Dia hanya mampu menggerakkan mata dan lidah kerana kecacatan fizikal dialami sejak berusia dua bulan, namun tidak menghalang pendakwah Islam tersohor Arab Saudi, Ammar Bugis untuk menggapai kejayaan.

Meskipun bergelar orang kurang upaya (OKU), namun kecekalan serta daya ingatan istimewa dimiliki Ammar, 28, membolehkannya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 13 tahun.

Malah, beliau dinobatkan sebagai mahasiswa terbaik ketika mengikuti pengajian sarjana muda kewartawanan di Universiti Raja Abdul Aziz, Jeddah.

“Ketika membesar saya ada dua pilihan, sama ada tinggal di rumah menunggu untuk mati atau teruskan kehidupan dan mencapai cita-cita. Akhirnya saya ambil pilihan kedua dan bertekad menewaskan kecacatan saya,” katanya yang menghidap penyakit Werdnig-Hoffman.

Kini Ammar bukan saja menjadi wartawan akhbar Ukaz di Arab Saudi, malah pengulas sukan stesen televisyen serta pensyarah universiti di Emiriah Arab Bersatu (UAE).




Sumber: Hmetro

Telefon bimbit konsep yang sangat menakjubkan

Telefon bimbit konsep yang sangat menakjubkan

Often reason with children that we survived the 80’s without the cellphone, here in Malaysia. We grew up to be safe and sound and managed to get home the message that we’d be late for dinner!

I don’t blame the technology; it’s just that the user interface, product designing and features in today’s phones are so awesome, that they become a natural extension of our wrist! Here are Ten Amazing Cellphone Concepts that I have rounded up for you, ten reasons to look forward to new arm candy.