Mungkin
sesetengah wanita begitu berbangga memiliki sepasang buah dada yang
besar dan menyifatkan diri mereka sebagai ‘seksi’ serta mampu menarik
ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.
Namun berbeza
Stephanie Fox yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu
terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian
yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan ‘buah mulut’ oleh
masyarakat sekelilingnya.
Stephanie, 21,
yang tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak
bertentang mata ketika berbual dengannya, sebaliknya mata mereka lebih
tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.
Dia yang sering
sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah dada yang terlalu berat
untuk tubuhnya merasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya yang
melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno.
“Ramai wanita idamkan buah dada yang besar, padahal ia adalah satu mimpi buruk.
“Kebanyakan
lelaki yang saya temui adalah lelaki yang jenis kotor, jarang sangat
mereka melihat ke arah wajah saya ketika berbual dengan saya.
“Kadangkala, ia
boleh begitu menakutkan. Sebahagian dari mereka suka menyentuh (di
bahagian buah dada) saya. Jadi, jika keluar bersama rakan-rakan lelaki
saya, mereka selalunya berada di sekeliling saya sebagai pengawal,”
katanya.
Menurut
Stephanie, ramai dikalangan rakan-rakan perempuan menganggap buah
dadanya itu palsu sebagaimana bintang-bintang porno dan menganggap
dirinya menceburi bidang tidak bermoral itu.
“Wanita-wanita tersebut mengandaikan buah dada saya palsu, mereka tengok saya bagaikan saya seorang bintang porno.
“Mereka
mengeleng-gelengkan kepala apabila bertembung dengan saya dan saya boleh
dengar mereka berkata ‘nampak sangat palsu’ dan ‘cuba tengok dia
berlagak dengannya’. Saya cuba senyum bila melalui perkara ini, tapi
kadang-kadang ia agak menyakitkan hati saya,” katanya lagi.
Stephanie
menjelaskan bahawa dia terpaksa berpisah dengan teman lelakinya pada
tahun 2010 ekoran kekasihnya itu tidak tahan cemburu apabila terlalu
ramai lelaki yang merenung ke arah buah dadanya.
“Saya berpisah
dengan teman lelaki saya pada tahun 2010..dia sangat cemburu. Bila kami
keluar bersama dia kerap marah-marah apabila lelaki merenung saya. Saya
cuba beritahu dia bahawa saya tak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya kesal.
Selain itu,
lelaki-lelaki yang ditemuinya selepas itu semuanya tidak boleh diharap
apabila mereka lebih obses kepada buah dadanya sahaja berbanding
memberikan cinta sejati.
Semua nya di potpetaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment