Ditikam 5 kali akibat melawan penyamun...
BANDARAYA MELAKA: Seorang pelajar jurusan Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka ditikam enam kali dalam satu kejadian samun di Apartmen Dimensi semalam.
Kejadian yang menimpa Siti Irina Ridzwan, 20, itu terjadi apabila dia bertindak untuk melawan penyerang tersebut selepas mendapati ada kelibat lelaki di dalam biliknya.
Mangsa ditikam lima kali di dada dan sekali di tangan.
Menurut laporan dari Bernama, mangsa digegaskan ke Hospital Melaka dan berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Abd Rahman Jid berkata dalam satu kenyataan, mangsa tersedar daripada tidur dan terus ditekan di dadanya oleh lelaki tersebut sambil mengarahkan mangsa supaya tidak menjerit.
“Walau bagaimanapun, mangsa tersebut melawan dan menyebabkan lelaki itu menikamnya.
“Suspek terjun dari tingkat satu melalui beranda apabila mangsa menjerit meminta tolong,” katanya.
Tambahnya lagi, kejadian tersebut menyebabkan duit milik mangsa dan rakan serumah serta kunci milik mangsa dan rakannya dilarikan lelaki itu.
Ketika kejadian, mangsa sedang tidur bersendirian di dalam bilik, manakala empat lagi rakan serumahnya berada di dalam bilik yang lain.
“Usaha menjejaki suspek sedang dijalankan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga membawa kecederaan,” ujar Abd Rahman.
Semua nya di potpetaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment