Budak 6 Tahun Dirogol Lepas Main Khatan Olok-Olok | Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun tidak menyangka ajakan jiran berusia 13 tahun untuk bermain khatan olok-olok membuatkannya dirogol di bilik air rumah suspek di Batu 4, Jalan Selama, Bagan Serai.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan menyatakan kejadian berlaku antara jam 4 hingga 5 petang itu, mangsa tinggal seorang diri di rumahnya sebelum dipelawa suspek untuk diajak berkhatan.
Mangsa terpedaya dengan ajakan suspek bertindak mengikutnya sehingga ke bilik air rumah suspek sebelum dirogol.
“Kejadian terbongkar apabila kanak-kanak perempuan itu mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluan kepada ibunya pada malam kejadian selepas mendakwa dikhatankan jiran sebelah rumah.
“Keluarga kanak-kanak perempuan itu terus membawa mangsa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan dirogol oleh doktor,” katanya.
“Keluarga kanak-kanak perempuan itu terus membawa mangsa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan dirogol oleh doktor,” katanya.
No comments:
Post a Comment