
KUALA LUMPUR : Apabila tersebarnya cerita mengenai hubungan cinta antara pendatang baru, Johan As’ari dan Nabila Huda telah berakhir sejak bulan lalu, kedua pelakon ini diburu media bagi mendapatkan penjelasan sahih tentang situasi sebenar hubungan mereka dan perkara tersebut.
Mereka berdua telah digosipkan bercinta semenjak awal tahun apabila disatukan dalam sebuah drama.
Bertitik tolak daripada gosip itu, mereka dilihat sangat akrab antara satu sama lain sehingga pernah bercuti bersama-sama ke luar negara.
Malah, hubungan itu tidak mendapat tentangan daripada mana-mana pihak termasuklah bapa Nabila Huda iaitu penyanyi rock Amy Search.
Johan As’ari yang ditemui pada majlis sidang akhbar Anugerah Skrin 2012 di Hotel Royale Bintang, Damansara semalam telah memberikan gambaran sebenar apa yang telah berlaku dalam perhubungan antara dirinya dan Nabila Huda.
“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media yang mengatakan saya sedang bercinta dengan Nabila Huda.
“Macam mana boleh ada cerita mengatakan saya putus cinta dengan Nabila?
“Masa saya dapat tahu mengenai cerita tersebut, kami hanya mampu tergelak sahaja.
“Saya mahu menyatakan di sini bahawa Johan As’ari seorang yang single dan solo.
“Kini, saya mahu memberi tumpuan serta fokus penuh pada kerjaya lakonan.
“Kalau betul kami ada masalah cinta seperti yang didakwa, hari ini saya ke sini bersama Nabila.
“Kami memang bersahabat baik dan famili dia tahu mengenai hubungan ini.
“Terutama sekali Amy Search yang tahu serba serbi. Malah dia tidak ada masalah dengan persahabatan kami,” jelas Johan As’ari mengenai kononnya dia telah putus cinta dengan Nabila Huda.
Dalam pada itu, Johan turut berkongsi cerita mengenai dirinya yang memang sangat rapat dengan Amy Search.
Johan juga memberitahu Amy Search terlalu mengambil berat tentang dirinya dan menyayangi Johan seperti anaknya.
“Saya memang peminat Amy Search sejak dari dahulu lagi. Bila ada peluang berkawan dengan Nabila, secara tidak langsung saya sering berjumpa dengan Amy dan lama-kelamaan kami menjadi akrab.
“Kes di Twitter baru-baru itu pun berlaku disebabkan dia terlalu ambil berat tentang saya.
“Pada perasaan dan pemikirannya, dia sekadar menyuarakan pendapat sebagai orang lama.
“Dia yang telah berpuluh tahun menjadi anak seni sekadar mahu berkongsi tentang selok belok dunia seni kepada saya yang masih baru dalam industri ini, itu sahaja.
“Mungkin itu persepsi dia ketika melihat keadaan saya pada ketika itu.
“Tetapi memang tidak ada apa-apa yang terjadi pada malam Anugerah Blokbuster lepas,” jelasnya mengenai isu status Twitter Amy Search yang dikatakan telah menegur sikap pengurus Johan As’ari.
Pelakon yang mula dikenali melalui siri Juvana sebagai Botak ini kini menumpukan kerjayanya di layar perak dan dia bakal muncul dengan tujuh buah filem pada tahun hadapan.
Semuanya di POTPETAJE....!!!
SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!
No comments:
Post a Comment