
Manchester City vs Chelsea
Yaya Toure berkata juara liga, Manchester City harus membuktikan sesuatu apabila mereka berdepan pendahulu, Chelsea, malam ini.
City yang tewas 0-1 kepada Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara, Rabu lalu ketinggalan lima mata belakang The Blues menjelang perlawanan penting di Stadium Etihad.
"Kami mahu merapatkan jurang mata dengan Chelsea dan harus menang Ahad ini (malam ini)," kata Toure.
"Ia amat penting untuk membuktikan bahawa satu pasukan dan kelab kami bertambah maju setiap hari," katanya.
"Ia amat penting untuk membuktikan bahawa satu pasukan dan kelab kami bertambah maju setiap hari," katanya.
Chelsea memulakan musim Liga Perdana Inggeris dengan prestasi terbaik apabila memenangi semua empat perlawanan liga dan menyumbat 15 gol.
City sebaliknya kurang konsisten apabila hilang mata penuh ketika seri dengan Arsenal dan tewas mengejut 0-1 kepada kepada Stoke City di laman sendiri.
Perlawanan hari ini juga satu ujian besar untuk barisan Jose Mourinho dilabel selaku pencabar utama gelaran liga, musim ini selepas melakukan kemenangan berganda ke atas City, musim lalu. The Blues menang 2-1 di Stamford Bridge dan 1-0 di Etihad. - BBC Sport
Semuanya di POTPETAJE....!!!
SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!
Semuanya di POTPETAJE....!!!
SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!
No comments:
Post a Comment