Salah seorang wanita di dalam kumpulan terbabit merupakan isteri kepada salah seorang ahli gerakan militan berkenaan.
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah mengiktiraf mana-mana entiti, pertubuhan atau pakatan yang terlibat dengan elemen-elemen militan di dalam dan di luar negara.
Menurutnya lagi, pihak kerajaan melalui Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti seramai 39 orang rakyat Malaysia yang terlibat dengan gerakan militan seperti Islamic State of Iraq and Syria (ISIS).
“Jumlah ini, seramai 38 adalah lelaki dan seorang adalah wanita,” katanya dalam satu kenyataan.
Zahid berkata demikian dalam satu jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan warganegara Malaysia mengikut jantina yang melibatkan diri dalam kumpulan militan di luar negara.
Ia termasuk aktiviti jihad Al-Nikah dan apakah tindakan undang-undang yang akan dikenakan oleh kerajaan apabila mereka pulang ke Malaysia.
Zahid dalam satu kenyataan bertulis turut menyatakan berhubung penglibatan kumpulan itu dengan aktiviti Jihad Al-Nikah.
“Setakat ini masih belum terkesan penglibatan mereka dengan aktiviti sedemikian. Bahkan salah seorang wanita di dalam kumpulan terbabit merupakan isteri kepada salah seorang ahli gerakan militan berkenaan.
Tambah Zahid lagi, sehingga kini, pihaknya tidak bercadang untuk memuktamadkan undang-undang terhadap mereka.
“Sekiranya terdapat bukti yang kukuh berkenaan penglibatan mereka dalam aktiviti gerakan militan, kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLTFA) 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966,” katanya.
Tags: bahasa, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Jihad Al-Nikah, Islamic State of Iraq and Syria (ISIS).
Semuanya di POTPETAJE....!!!
SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:
Post a Comment