Aksi Wanita Kejam Dikecam!!
Seorang wanita bertindak kejam terhadap seorang bayi memaksa makan hingga menangis
Kuala Lumpur: Perbuatan zalim selepas satu lagi video penderaan bayi tersebar di laman sosial Facebook (FB) apabila seorang wanita didapati menyumbat makanan ke mulut bayi.
Video 1 minit 36 saat itu yang dimuat naik jam 6 petang kelmarin mengundang kemarahan pengguna laman sosial FB apabila ia dianggap tidak munasabah.
Pemerhatian wartawan mendapati bayi terbabit disuap secara paksa oleh wanita itu sehingga menangis.
Walaupun bayi itu menangis kuat kerana makanan yang disuap memenuhi mulutnya, namun wanita terbabit tetap terus menyumbat bubur nasi itu tanpa henti.
Lebih menyedihkan apabila wanita terbabit dilihat menggoncang kepala bayi terbabit menggunakan paha.
Wanita itu tanpa simpati memaksa bayi itu menelan makanan disuapkan tanpa menghiraukan tangisan kuat mangsa.
Pelbagai komen negatif diluahkan pengguna laman sosial yang marah terhadap tindakan wanita terbabit selain mahu pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut.
Lihat Video Dibawah:
Semuanya di POTPETAJE....!!!
SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!
No comments:
Post a Comment