Monday, 3 November 2014

Budak Lima Tahun Melahirkan Anak, Ibu Paling Muda Dalam Sejarah Perubatan..

Budak Lima Tahun Melahirkan Anak, Ibu Paling Muda Dalam Sejarah Perubatan..



Lina Medina lahir pada tarikh 27 September 1933, di Ticrapo Huancavelica, Peru merupakan ibu paling muda dalam sejarah perubatan, dia melahirkan anak pada usia lima tahun, tujuh bulan dan 21 hari.

Medina dibawa ke hospital oleh kedua ibubapanya pada usia lima tahun kerana perubahan saiz perutnya. Beliau awalnya mereka menyangka Medina mempunyai ketumbuhan, tetapi Doktor mengesahkan bahawa Medina sedang hamil 7 bulan. Dr Gerardo Lozada kemudian membawanya ke Lima, Peru, untuk mendapatkan oandangan pakar yang lain yang akhirna mengesahkan bahawa Medina sedang hamil.

Satu bulan setengah kemudian, pada tanggal 14 Mei 1939, Medina melahirkan anak lelaki dengan cara pembedahan kerana Medina masih kecil dan mungkin membahayakan nyawanya jika bersalin secara normal. Pembedahan dilakukan oleh Dr Lozada, Dr Busalleu, dan Dr Colareta. Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale. Anak Medina dilahirkan dengan berat 2.7 kg dan diberikan nama Gerardo seperti nama doktornya. Jurnal perubatan juga mencatatkan bahawa hormon Medina telah matang, dia juga telah mengalami kitaran haid sebelum dia berusia 5 tahun lagi dan ini merupakan salah satu sebab bagaimana dia boleh hamil pada usia yang sangat muda.

Gerardo dibesarkan dengan mempercayai bahawa Medina adalah kakaknya, namun pada usia 10 tahun beliau baru mengetahui Medina sebenarnya ibunya. Gerardo membesar dengan sihat namun pada tahun 1979 beliau meninggal dunia pada usia 40 tahun kerana penyakit sumsum tulang.

Medina langsung tidak mendedahkan siapakah sebernya ayah kepada anaknya atau bagaimana dia mengandung. Namun begitu Bapa kepada Medina pernah ditahan atas tuduhan serangan sek sual keatas Medina namun dilepaskan kerana tiada bukti yang kukuh.


Lina Medina bersama dengan anaknya




Lina Medina semasa berumur 28 tahun

Lina Medina bersama dengan anaknya semasa mereka telah dewasa

Lina Medina bersama anaknya dan anak patung


Lina Medina selepas melahirkan anaknya pada usia 5 tahun

Semasa dewasa, Lina bekerja sebagai setiausaha di klinik Dr Lozada di Lima. Dr Lozado juga yang bertanggungjawab memberinya pendidikan dan membantu anaknya belajar di sekolah tinggi. Medina Kemudian berkahwin dengan Raúl Jurado pada tahun 1972. Pada tahun 2002, Medina sekeluarga tinggal di sebuah daerah di Lima yang dikenali sebagai Chicago Chico atau Little Chicago. Medina enggan ditemubual dengan sebarang wartawan berkenaan kisahnya itu.



Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:

Post a Comment