Sunday, 9 November 2014
NEELOFA JAWAB ISU DITANGKAP KHALWAT
NEELOFA BERI JAWAPAN ISU DITANGKAP KHALWAT | Neelofa tengah berkemas barang untuk persiapan ke London antara jam 3 pagi hingga 5 pagi pada hari kejadian dia dituduh berkhalwat dengan seorang dato.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa menganggap dakwaan dia ditangkap khalwat pada Khamis lalu menjatuhkan maruahnya sebagai seorang selebriti.
Neelofa, 24, menerusi laman Instagramnya pada Sabtu berkata, dia kesal dengan laporan yang dikeluarkan tentang perkara itu tanpa sebarang bukti kukuh sebelum menuduhnya.
“Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi,” katanya.
Tambah Neelofa, dia mengakui tidak mengetahui tentang hal tersebut sehingga ia tersebar dan memberitahu berita berkenaan adalah fitnah semata-mata.
“Jika benar saya ditangkap khalwat pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya.
“Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut, terima kasih,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Neelofa turut menegur tindakan pihak wartawan supaya mendapatkan maklumat yang sahih sebelum menulis sesuatu artikel.
“Sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis.
Sementara itu, pengurus kepada Neelofa, Mohd. Amer Shafiq Khalip dalam satu laporan pada Sabtu menafikan sekeras-kerasnya tentang berita pelakon berkenaan telah ditangkap khalwat seperti didakwa.
Amer berkata, pada malam pelakon tersebut dikatakan ditangkap khalwat, dia menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur sehingga pukul 2.30 pagi.
Jelas Amer lagi, Neelofa kemudiannya bergegas pulang ke rumah untuk mengemas barang dan bersiap-siap kerana perlu ke ke lapangan terbang pada 5.30 pagi dan beangkat ke London 4 jam kemudiannya.
Semuanya di POTPETAJE....!!!
SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment