Tuesday 30 September 2014

Gaji sebenar Emma Maembong akhirnya didedahkan kepada umum


Pelakon Emma Maembong terkejut apabila dikatakan mula berubah sikap apabila meletakkan harga tinggi bagi sebuah tawaran telefilem sehingga mencecah lebih RM10,000 untuk tiga hari penggambaran.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, sehingga kini dia tidak pernah meletakkan harga tetap kepada mana-mana produksi sebaliknya masih lagi boleh berunding mengikut bajet sesebuah syarikat penerbitan itu.
“Terkejut dibuatnya apabila saya dikatakan sudah demand. Sedangkan saya seorang yang senang berunding mengikut bajet produksi.
“Lagipun urusan jadual dan penetapan harga dibuat oleh pengurus, bukannya saya,” katanya yang dihubungi .
Akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Emma telah meletakkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah lebih RM10,000 kepada sebuah syarikat produksi yang ingin 
menawarkannya berlakon sebuah telefilem.
Menurut laporan itu, permintaan Emma membuatkan kru produksi tersebut terpaksa mencari pelakon lain kerana tawaran yang diberikan itu sekadar watak sampingan selain tempoh penggambaran hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.
Sementara itu, Emma mengakui terdapat sebuah produksi telah menghubungi dia menawarkannya watak sampingan di mana penggambaran hanya mengambil masa dua hingga tiga hari.
“Memandangkan saya tidak pernah mengambil tawaran tempoh penggambaran jangka pendek, saya berkata pada kru yang menghubungi saya itu bahawa biasanya saya meletakkan harga RM10,000, untuk watak utama yang mengambil masa penggambaran selama seminggu. Itu pun terpulang pada bajet produksi.
“Saya bertanya kepada kru tersebut berapa mereka boleh bayar kerana saya memang tidak tahu nak letak harga. Kemudian dia cakap, tunggu skrip dah siap, dia akan hubungi saya semula.
“Agak lama juga saya menunggu panggilan dia, dan saya anggap mungkin mereka sudah mencari orang lain. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran lain. Dan selepas itu kru tersebut menghubungi saya semula, tetapi sudah terlambat kerana jadual saya sudah penuh dengan tawaran baru itu.
“Sekiranya tuduhan yang dimaksudkan itu datang daripada produksi sama, saya rasa tidak patut mereka menyebarkan perkara itu kerana nak diikutkan, daripada awal lagi, saya tanya berapa bajet mereka? Saya pun tidak pernah berkira dengan mana-mana produksi pun,” ujarnya.

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Fasha Sandha Dapat Gelaran Wanita Besi!

FASHA SANDHA MENGAKU WANITA BESI | Kalau kisah hidup Fasha Sanda dijadikan filem, pasti ianya akan meletup dan mendapat kutipan lebih RM10 juta. Siapa yang taknak tengok susur galur kehidupan artis paling kontroversi Malaysia.

Jatuh berkali-kali tetapi tetap gah dan bangun semula.

Ikuti temubual ekslusif Murai dan Fasha Sandha bekenaan kemenangannya di ABPBH2010 baru-baru ini :

MURAI: Firstly, tahniah atas kemenangan Fasha sebagai Pelakon Wanita TV Popular?
FASHA: Syukur Alhamdulillah. Kemenangan yang tidak dijangka. Memang saya terkejut apabila nama saya dipanggil kerana saya sangkakan Lisa atau Tiz Zaqyah yang akan menang untuk kategori ini. Apapun, syukur dan berterima kasih kepada peminat saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sahabat yang tidak jemu memberi sokongan sehingga sekarang.
Terima kasih kepada semua follower saya di
twitter @FashaSandha1 dan fan page ‘We love Fasha Sandha’. Mereka sentiasa bersama saya ketika susah dan senang.
Mereka juga sering memberi kata-kata semangat buat saya. Tak lupa juga kepada wartawan yang memberikan sokongan terhadap kerjaya saya. ‘Thanks for being there for me through good times and bad times’.

MURAI Ramai yang berpendapat Fasha Sandha telah bangkit semula setelah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini (komen)?
FASHA: Syukur. Saya adalah wanita besi. Saya pernah melalui banyak pengalaman suka dan duka. Jadi saya sudah lali. Setiap kali ada cerita yang tidak enak, saya biarkan saja. Ianya akan berlalu.

MURAI: Saat diumumkan sebagai pemenang, bagaimana perasaan Fasha pada malam tu?
FASHA: Sebelum saya naik ke Genting saya tidak mengharapkan apa-apa kemenangan. Saay pergi umtuk jadi one of the presenter. Say ajuga pergi untuk memberikan sokongan pada Berita Harian yang banyak berjasa pada saay. Tiba-tiba nama saya dipanggil untuk menerima anugerah kategori Pelakon TV Wanita Popular. Saya rasa sangat terkejut. I wasn’t prepare to go up on stage to win so saya tidak sediakan sebarang ucapan. Jadi saya tidak tahu apa yg saya perlu kata ketika berada di pentas. Ucapan yg saya berikan itu adalah secara spontan. Ianya lahir ikhlas dari hati saya.

MURAI: Sekarang ini, Fasha dah boleh terima tak hakikat kemenangan Fasha?
Fasha: Alhamdulillah, ini kemenangan kelima untuk ABPBH. Syukur, Alhamdulillah. Insyaallah, saya akan cuba buat yang terbaik di masa akan datang.

MURAI: Merampas semula gelaran yang pernah dipegang satu masa dulu, tak mudah. Lebih-lebih lagi pada saat Fasha terpalit dengan pelbagai kontroversi. Bagaimana Fasha melakukannya (menang)?
FASHA: Peminat sekarang sudah pandai menilai bakat seseorang artis. Jadi mereka tidak pedulikan segala kontrovesi tersebut. Mereka menilai pada bakat dan lakonan serta kualiti kerja saya.
MURAI: Adakah ini merupakan satu kejayaan yang manis?
FASHA: Sangat manis… kemenangan yang tidak dijangka dan akan diingati sepanjang hayat.

MURAI: Apakah agaknya faktor utama yang mendorong peminat memilih Fasha sebagai pemenang?
FASHA: Bakat., komitmen dan kualiti kerja. Juga kejujuran sayapada mereka.

MURAI: Adakah fasha rasa bakat Fasha kini lebih dihargai berbanding kontroversi?
FASHA: Syukur Alhamdulillah, bakat dan populariti, harus seiring, Alhamdulillah.

MURAI: So, apa azam Fasha Sandha sekarang ini?
FASHA: Saya akan cuba buat yang terbaik. Saya juga akan cuba perbaiki kelemahan saya. Insya Allah saya juga akan mempertingkatkan lagi mutu lakonan saya di masa yang akan datang.

MURAI: Apa projek terkini Fasha?
FASHA: Saya akan menjayakan drama bersiri 13 episod RtM2 : 5 tahun 5 minit serta drama bersiri 28 episod slot Akasia Tv3 : Dewa Chintaku. Malah, saya juga akan menyambung kontrak bersama Habib
Jewel untuk tahun yang ke-3.

MURAI: Kebelakangan ini, Fasha asyik berlakon drama. Bila nak kembali ke layar perak?
FASHA: Insya Allah, tidak lama lagi peminat pasti akan melihat saya di layar perak menerusi filem Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila. Filem ini menampilkan saya sebagai heroin kepada Awie. Ia bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Saya juga ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain tapi karektor dan jalan ceritanya agak kurang menarik. Jadi, saya tolak tawaran tersebut.

MURAI: Bagaimana dengan kehidupan peribadi sekarang?
FASHA: Sangat bahagia dan gembira. Salon saya juga mendapat sambutan ramai. Alhamdulillah. Tahun yang paling bermakna untuk saya. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini akan berkekalan buat selama lamanya.

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Ketat Gila QI Razali Pakai Seluar, Sehingga Nampak 'Benjolan' Dah?

 Ketat Gila QI Razali Pakai Seluar, Sehingga Nampak 'Benjolan' Dah?



GAMBAR SELUAR KETAT QI RAZALI DITEGUR NAMPAK 'BENJOLAN' | Qi Razali ditegur peminatnya di laman sosial ekoran memakai seluar yang terlalu sendat dan ketat sehingga menampakkan 'benjolan' di seluarnya.




Seluar tersebut dipakainya semasa sesi pengembaraan sebuah majalah perkhawinan sekaligus menjadi bahan usikan pengguna laman sosial.




Mungkin Qi tidak perasan benda itu berlaku, tak apelah bro... kita bersangka baik jelah ye...harap pihak yang buat editing lebih berhati-hati lepas ni hehe..










Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

AKHIRNYA ! Pendedahan berani mati Nani pasti akan mengejutkan ramai !

Saya dirogol bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.

Perkara yang memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur.
Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggungjawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali. Dia kesal tewas kepada godaan nafsu.

Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.

Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.

Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya.

Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit. Bantulah saya Dang Setia.


NURYIL
Lendu, Melaka

Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam isu ini.

Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil.

Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya.

Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari. Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit?

Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu terhadap saudari.

Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk mem­buat pilihan.

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

TIKUS DITEMUI DI CELAH SAYUR DI AEON BIG, MID VALLEY


Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Chiah Yoke Fong baru-baru ini telah memuat naik status bersama dengan dua keping gambar tikus yang dilihat bersembunyi dicelah-celah sayuran di sebuah pasaraya Aeon Big Di Mid Valley.


Menurut apa yang dikatakan oleh Chiah Yoke Fong, dia telah memberitahu perkara itu kepada salah seorang pekerja Bangladesh di sana. Dia kemudiannya berkeras supaya pekerja itu menelefon pegurusnya. Tetapi pekerja Bangladesh itu cuma menyuruh seorang pekerja melayu perempuan di kaunter untuk melihat tikus tersebut.

Tambah Chiah Yoke Fong lagi, pekerja-pekerja itu tidak kelihatan seperti terkejut melihat tikus terbabit dan tidak meminta maaf pun atas isu kebersihan di situ.



Jika benar apa yang didakwa Chiah Yoke Fong ini, rasaya pihak berwajib perlu diambil tindakan tegas! Maklumlah, tikus ni air kencingnya sangat merbahaya. Entah berapa ramai dah 'terkongsi' sayur dengan tikus-tikus dalam Aeon Big tu

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!






Putus kepala dibaham buaya

Betong: Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya di Sungai Rimbas, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 10 pagi mengorbankan Mustapa Bunsu, 50, dengan mayatnya ditemui tidak berkepala dan lengan kiri pada 3.40 petang tadi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, mangsa bersama empat rakan ke sungai berkenaan untuk mencari pokok sagu.

Katanya, seekor buaya datang secara tiba-tiba lalu menyambarnya.
PENDUDUK membantu mengangkat mayat Mustapa yang ditemui selepas dibaham buaya.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalan sebelum mayatnya ditemui lima jam kemudian kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat," katanya.


Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!


Krisdayanti duet bersama anak

Krisdayanti


NAMA Krisdayanti dalam persada muzik tempatan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Biarpun berasal dari Indonesia, namun Krisadyanti berjaya menarik perhatian peminat di Malaysia menerusi lagu hit, Menghitung Hari pada tahun 1998.

Sejak itu, nama Krisdayanti atau mesra di sapa dengan panggilan KD, sering menjadi sebutan dan kehadirannya ke Malaysia turut mendapat sambutan peminat di sini.

Kini setelah lebih tujuh tahun tidak mengadakan konsert di Malaysia, diva terkenal Indonesia ini kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert ‘Kris Dayanti Live in KL 2014’ pada 22 November depan.

Konsert ini pastinya akan mengubat kerinduan para peminat yang sekian lama mengharapkan kehadiran Krisdayanti ke Malaysia.

Dianjurkan oleh peneraju industri wangian tanpa alkohol terkenal di Malaysia, One Drop Perfumes, konsert tersebut bakal diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Bercerita lanjut mengenai konsertnya kali ini, Krisdayanti berkata, pada konsert itu nanti, peminat berpeluang melihat perubahan dalam kariernya setelah 16 tahun berkecimpung di dalam bidang seni, menerusi lagu-lagu yang disampaikan.

Katanya, konsert tersebut akan menampilkan empat segmen iaitu ‘Metamorfosis’, ‘Tribute’, ‘Akustik’ dan ‘Broadway’.

"Syukur, Alhamdulillah. Saya sangat berbesar hati apabila pihak One Drop Perfume sudi menganjurkan konsert di lokasi berprestij ini.

"Konsert ini merupakan hadiah saya buat peminat, kerana kali terakhir saya mengadakan konsert besar di Malaysia ialah kira-kira tujuh tahun lalu. Saya juga rindu untuk membuat persembahan di sini.

"Justeru pada konsert kali ini, peminat akan melihat kelainan dalam persembahan saya kali ini. Apatah lagi, saya akan berusia 40 tahun pada tahun depan dan ia merupakan satu sisi transformasi di mana saya bakal menjadi kupu-kupu yang lebih matang," katanya yang ditemui pada sidang media yang berlangsung di Pusat Konvensyen KLCC.

Menurut Krisdayanti, lebih istimewa, dia akan tampil berduet bersama puteri sulung hasil perkahwinan dengan penyanyi dan komposer Anang Hermansyah iaitu, Titania Aurelie Hermansyah, 16, atau mesra dipanggil Aurel.

"Saya akui agak teruja untuk berduet bersama Aurel dan kami telah sama-sama berlatih untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada para penonton.

"Bagi saya, ini adalah satu kesempatan untuk Aurel mengembangkan bakat di sini. Malah, saya tidak menyangka akan beroleh kesempatan secepat ini untuk berduet bersama anak di konsert seperti ini.

"Selain itu, kami akan diiringi oleh 11 pemuzik dari Indonesia dan menyanyikan lagu-lagu yang telah dipilih dan digubah oleh Anang.

"Saya dan Anang cukup profesional dan saya gembira kerana dia juga membantu memilih seleksi lagu untuk saya persembahkan pada konsert nanti," katanya.

Selain Aurel, Krisdayanti juga akan tampil bersama artis jemputan dan penganjur konsert ini, memberi peluang kepada peminat untuk memilih sendiri artis jemputan yang bakal berduet dengan KD ketika konsert itu nanti.

Pemilihan tersebut boleh dilakukan menerusi forum di Facebook, ‘Kris Dayanti Live in KL 2014’.

Tiket-tiket konsert ‘Kris Dayanti Live in KL 2014’ dijual dari harga RM98 hingga RM1088 dan ia sudah boleh didapati di www.ticketcharge.com.my.

Nasihati Aurel

Dalam pada itu, berbual lanjut mengenai puteri sulungnya itu, Krisdayanti berkata, sebagai ibu dia berbangga melihat bakat dimiliki Aurel dan memberi sokongan penuh kepada gadis itu untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.

Biarpun tidak menjaga Aurel selepas bercerai, ujar Krisdayanti, dia tetap sentiasa menasihatkan gadis tersebut.

"Sebagai ibu, pastinya saya mahu membawa di ke pintu kejayaan. Saya tidak kisah dia memilih bidang seni suara dan saya amat berterima kasih kepada ayah dan ibunya (Ashanty) menjaga dan menguruskannya dengan baik.

"Bagaimanapun saya sering mengingatkannya menghabiskan pelajaran kerana ilmu itu nilai yang tidak akan habis.

"Selain itu, saya juga sering mengingatkannya untuk bersedia mengharungi segala rintangan bergelar anak seni," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan anak-anaknya yang lain Azriel Akbar Hermansyah, 12, dan dua anak hasil perkahwinannya dengan Raul Lemos iaitu Ariannha Amora Lemos, 3 dan Kellen Alexander Lemos, 2, Krisdayanti berkata, semuanya menunjukkan minat terhadap bidang muzik.

"Azriel suka bermain gitar dan Ariannha pantang berjumpa dengan mikrofon atau apa sahaja yang boleh dijadikan mikrofon. Tapi Alexander belum lagi menunjukkan kecenderungannya.

"Alhamdulillah, walaupun berlainan bapa, namun hubungan keempat-empat anak saya cukup baik," katanya.

Puji media Malaysia

Sementara itu, ditanya pendapatnya mengenai media di Malaysia, Krisdayanti berkata, media di Malaysia sini sangat luar biasa dan banyak membantu menaikkan namanya sepanjang 16 tahun dirinya bertapak di industri muzik Malaysia.

Malah, Krisdayanti turut merasakan, media di Malaysia lebih memahami serta menghormati dirinya lebih-lebih lagi apabila membabitkan kisah peribadi.

"Pada pendapat saya, media di Malaysia sangat luar biasa dan banyak membantu saya sejak dahulu hingga sekarang. Saya amat bersyukur dan menghargai kerjasama yang terjalin ini.

"Bahkan saya tidak pernah memusuhi wartawan kerana sebagai artis, saya faham mereka hanya menjalankan tugas mereka sebagai wartawan.

"Pernah ketika kisah perceraian saya hangat diperkatakan dan media di sini sangat menghormati keadaan saya serta tidak terlalu bertanyakan mengenai kisah peribadi saya.

"Malah kerana sikap seperti itulah, ada juga wartawan yang menjadi teman saya walaupun di luar waktu tugas," jelasnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Polis dedah gambar suspek godam ATM

SHAH ALAM – Polis hari ini mendedahkan gambar-gambar suspek dalam siri insiden kehilangan wang dari beberapa buah mesin ATM di negara ini.

Foto Facebook PDRM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, pihaknya telah memulakan siasatan dan melancarkan operasi khas, ‘Ops Albatross’ untuk mengesan dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa terdapat beberapa lelaki yang dipercayai warga asing, telah membuka panel bahagian atas ATM dengan menggunakan ‘common key’, kemudiannya, satu cakera padat (CD) dimasukkan ke dalam CD-ROM yang terdapat di dalam mesin berkenaan untuk menyuntik Malware yang dikenali sebagai ‘ulssm.exe’.

“Selepas mengeluarkan CD, panel akan ditutup semula dan ahli sindiket akan mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM tersebut menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan sejenayah.

“Slot kad ATM akan disumbat dengan objek berupa kad sim, kertas ataupun puntung rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang oleh pengguna lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau memohon kerjasama orang ramai untuk tampil membantu siasatan.

“PDRM komited untuk membanteras jenayah ini sehingga ke akar umbi bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan tempatan.

“Sehubungan itu, PDRM turut memohon kerjasama anggota masyarakat untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan polis.

“Sila hubungi Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din di talian 019-6000135 atau 03-26163839 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah ini,” katanya.

Semalam, polis melaporkan satu sindiket dipercayai dari Amerika Latin melarikan wang tunai lebih daripada RM3 juta, setelah menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Melaka dan Johor.

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Wajah Individu Godam Atm Dan Info Kehilangan Dikenal Pasti

Wajah Individu Godam Atm Dan Info Kehilangan Dikenal Pasti

Kuala Lumpur – Wajah individu-individu, warga asing Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di ambil dari CCTV di permis-permis kejadian dikenal pasti.
Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.

Setakat ini, kes pengodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam:
1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700
2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000
3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000
4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000
5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui
6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui
7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui
8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000
9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850
10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160
Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.
Sumber polis memberitahu Sarawakiana bahawa pihak berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan siap-siagam sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari negara ini.

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Terungkap Misteri Tatoo Pada Mumia Berusia 2500 Tahun

Terungkap Misteri Tatoo Pada Mumia Berusia 2500 Tahun



Tato dengan corak-corak rumit dari tubuh seorang putri Siberia yang terpelihara selama 2,500 tahun yang lalu dalam permafros - telah terungkap di Rusia. Pakar mengatakan gambar-gambar rumit adalah tanda usia dan status bagi orang-orang Pazyryk kuno nomaden, dijelaskan dalam Abad ke 5 SM oleh Herodotus ahli sejarah Yunani. Saintis Natalia Polosmak (yang mencari sisa-sisa jasad putri tersebut di pergunungan Altai) juga terkejut tentang bagaimana tatu tersebut tidak berubah dalam masa ribuan tahun.

Tempat mumia putri Siberia ditemui yang dianggarkan meninggal pada usia 25 tahun ini juga terdapat dua askar. Selain itu, 2 askar di sekitarnya dikuburkan bersama enam ekor kuda sebagai simbol untuk menghormati perjalanan si putri ke alam lain. Pekara ini menjadikan bukti bahawa jasad wanita bertato tersebut kemungkinan ia seorang raja atau orang yang dihormati rakyat, pengamal perubatan atau wanita suci.

Dari gambar tatu yang terdapat pada tubuh putri ini dan pengwalnya dapat disimpulkan bahawa pada zaman tersebut lukisan badan digunakan sebagai identiti dalam masyarakat. Semua mumia ini mempunyai sebuah tatu ditubuh bahagian kiri mereka.







Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Kisah Kampung yang Muncul Dari Kubur: Perkampungan ‘Berhantu’ Yang Muncul Selepas 5 Tahun Tenggelam..

Kisah Kampung yang Muncul Dari Kubur: Perkampungan ‘Berhantu’ Yang Muncul Selepas 5 Tahun Tenggelam..




China – Pada tahun 2008, Sebuuah kampong di Beichuan County, Sichuan Province China, telah mengalami satu bencana alam yang amat teruk iaitu gempa bumi yang berukuran 8.0 magnitud. Akibat daripada bencana tersebut, sebuah tasik telah terbentuk dan mengakibatkan seluruh perkampungan itu telah ditenggelami air.

Selepas 5 Tahun bencana dahsyat itu berlaku, tebing tasik yang terbentuk akibat gempa bumi itu telah rosak sekaligus menyebabkan air di tasik itu mengalir keluar sehingga mengakibatkan banjir besar yang beraku dalam tempoh 50 tahun. Akibat daripada pengaliran keluar air tasik itu, perkampungan yang ditenggelami air 5 tahun lalu muncul sehingga orang tempatan di sekitar kawasan tersebut mengelarkan ianya kampong yang muncul dari kubur dan seperti perkampungan ‘berhantu’.

Lihat beberapa gambar dibawah..


















Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Kafe Sekitar Kuala Lumpur Untuk Nikmati Kopi Dan Kek

Kafe Sekitar Kuala Lumpur Untuk Nikmati Kopi Dan Kek

Seandainya anda seperti kami yang sering “hunting coffee” anda pasti tercari cari kafe untuk dicuba. Farouq Johari di laman web Says.com menyenaraikan 13 Kafe yang menghidangkan kopi, kek, sarapan pagi, tengahari dan malam sekitar Kuala Lumpur untuk anda peminat kafe hispter. Ayuh lihat.

1. SOULed OUT – Sri Hartamas dan Jalan Ampang (Sesuai untuk melepak bersama keluarga)

Alamat penuh (Hartamas): 20, Jalan 28/70a, 50480 Kuala Lumpur, Sri Hartamas.
Alamat penuh (Jalan Ampang): 187, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.







2. The Good Batch – Damansara Uptown (Kafe pilihan untuk mereka yang suka brunch)

Alamat penuh: 53, Jalan SS 21/1A, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor.







3. Breadties – Taman Melawati (Untuk mereka yang sukakan roti-roti segar)

Alamat penuh: 9138 Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.







4. Three Little Birds Coffee – Sentul D7 dan Desa ParkCity (Terletak di sebelah taman yang cantik)

Alamat penuh (Sentul): D7 Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.
Alamat penuh (Desa ParkCity): GF-08D, The Waterfront @ Desa ParkCity.







5. Wondermilk – Damansara Uptown (Terkenal dengan kopi cap rusa dan cupcake yang menyelerakan)

Alamat penuh: 41, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.







6. Podgy & The Banker – Sri Hartamas (Popular sebagai tempat sarapan pagi)

Alamat penuh: 2, Jalan Sri Hartamas 8, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.







7. A Pie Thing – Damansara Uptown (Pakar dalam penghasilan Pie)

Alamat penuh: 128G, Jalan SS21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.







8. Feeka Coffee Roasters – Jalan Mesui, Bukit Bintang (Teretak di tengah tengah kawasan pelancongan KL)

Alamat penuh: 19, Jalan Mesui, Kuala Lumpur.







9. Fat Spoon – Damansara Uptown (Diusahakan oleh dua orang perempuan bersama ibu mereka)

Alamat penuh: 73, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.







10. Artisan Roast Coffee – Taman Tun Dr Ismail (Perlu cuba Mocha di sini)

Alamat penuh: 4, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Selangor.







11. Nutmeg – Bangsar Village (Boleh pesan makanan sarapan pagi pada waktu malam!)

Alamat penuh: UGF-28A, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.







12. Kaffa Espresso Bar – Damansara Uptown (Paling popular di Uptown Damansara. Cuba rasa cheesecake mereka)

Alamat penuh: 97, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.







13. Wood & Steel – The Strand, Kota Damansara (Ada gadis barista cun!)

Alamat penuh: 33G, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.










Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!