Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Saturday, 25 October 2014

ISU GAMBAR ARTIS MALAYSIA SAMBUT HALLOWEEN




ISU ARTIS MALAYSIA PUN SIBUK NAK SAMBUT HALLOWEEN | Semalam, merupakan hari di mana sambutan Halloween meriah diadakan di negara-negara Barat. Secara ringkas, Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober yang dikaitkan dengan makhlus halus, syaitan, ahli sihir dan hantu.

Thursday, 2 October 2014

Salon Ubah Kucing Jadi Naga


SEEKOR kucing 'diubah' menyerupai naga oleh kakitangan salun di Yekaterinburg, Russia. - AGENSI

MOSCOW - Sebuah salun haiwan di Rusia menimbulkan kemarahan kumpulan pencinta haiwan peliharaan apabila menawarkan perkhidmatan mengubah penampilan haiwan-haiwan berkenaan secara ekstrem termasuk menjadi haiwan lain atau serangga.

Portal berita Mail Online melaporkan, salun di Yeka­terinburg, Russia itu dalam satu kes melampau, mengubah seekor kucing menyerupai seekor naga.

Pemilik salun itu, Daria Gotz berkata, mereka memotong bulu haiwan itu dan menggunakan pewarna untuk mendapatkan penampilan tersebut.

Tidak dijelaskan sama ada pewarna tersebut boleh mengancam haiwan peliharaan namun Gotz mendakwa bahan pewarna itu 'mesra' kepada haiwan berkenaan.

"Pewarna ini dibuat daripada ekstrak botani semula jadi dari Korea," katanya.

Menurut laporan, pewarna itu akan kekal pada bulu haiwan peliharaan selama beberapa bulan sebelum luntur.

Pertubuhan hak asasi haiwan, Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals United Kingdom berkata, haiwan tidak sepatutnya diwarnakan untuk alasan kosmetik.

"Tindakan itu boleh menyebabkan haiwan peliharaan maut. Proses mengubah penampilan itu juga boleh memberi tekanan kepada haiwan-haiwan terlibat," katanya.

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Wednesday, 1 October 2014

GAMBAR DJ WANITA CANTIK HASIL PHOTOSHOP KECEWAKAN PEMINAT






GAMBAR DJ WANITA CANTIK HASIL PHOTOSHOP KECEWAKAN PEMINAT | Sebuah media online Jepun mengulas mengenai foto-foto wanita yang diuar-uarkan sebagai DJ cantik dan seksi. Dalam sebahagian besar fotonya yang muncul di media, ia nampak menggoda dan seperti gadis-gadis berwajah boneka yang sangat popular kebelakangan ini.

Namanya adalah DJ Auna Chan. Ia merupakan salah seorang DJ wanita yang mempunyai image hot dan seksi. Sesuai dengan pekerjaannya, Auna Chan kerap tampil dengan pakaian yang seksi.

Beberapa orang yang melihat foto-gambar Auna Chan, utamanya kaum lelaki, tentu akan terus dipukau. Kerana wanita ini mempunyai wajah cantik dan kulit mulus. Profesionnya sebagai DJ juga merupakan perkara yang unik, sehingga ramai orang tertarik untuk mengenalinya.

Risalah-risalah show Auna Chan sudah merebak ke beberapa kawasan di sekitar China. Yang orang bayangkan tentangnya pasti adalah seorang wanita yang good looking dan akan membuat mereka mabuk kepayang.


Namun ternyata, apa yang mereka bayangkan dan lihat itu hanya angan-angan belaka. Kerana ketika sampai di lokasi, apa yang mereka lihat adalah sangat berbeza.

Auna-chan yang ada di gambar sangat berbeza dengan apa yang mereka lihat terus di lokasi. Wanita bertubuh 'fluffy' ini memang mempunyai wajah yang cute, tapi tubuhnya tidak selangsing seperti di poster dan risalah. Perkara ini pun membuat beberapa orang merasa kecewa.

Entah apa yang terjadi dengan Auna Chan dan promosinya. Ada yang menduga bahawa itu adalah hasil Photoshop. Ada pula yang menduga mungkin Auna mengalami lonjakan berat badan.

Peminat yang menyaksikan gambar-gambar itu juga takjub. Mereka tak boleh membayangkan rasa patah hati yang dialami fansnya, apatah lagi jika memang tiket itu habis dijual.







Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Selipar yang Paling Digeruni Di Surau

Selipar menjadi barang yang paling panas setiap kali kita menjejakkan kaki ke surau mahupun ke masjid kerana seringkali menjadi mencuri tumpuan orang yang suka mencuri. Mungkin ada yang tersilap ambil tetapi kejadian mencuri selipar ini merupakan perkara biasa yang dialami.




Tetapi idea terbaru, melekatkan perkataan curi dosa mungkin akan buat anda berfikir 5-6 kali untuk menyarung di kaki.


Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Inilah 5 Orang Pertama Yang Mendaftar Di Facebook

Mungkin ada yang tertanya-tanya siapalah agaknya orang-orang pertama yang mendaftar dalam laman sosial Facebook yang sangat popular ni. Boleh la berkenal-kenalan kan. Al maklum la, rata-ratanya sudah bertaraf jutawan. Berikut merupakan 5 orang pertama yang mendaftar di Facebook. Kebanyakkan dari Universiti of Harvard di USA.

1. Mark Zuckerberg

Tak payah la kisahbest.org nak explain lebih-lebih tentang mamat seorang ni. Dah nama pun pemilik Facebook, sudah semestinya dia yang no.1. Tetapi kejap, ada misteri di sini iaitu no ID Facebooknya ialah no. 4. Bukan no.1 kan? Jadi siapa yang no ID 1 ? Kami pun tak tahu. Mana-mana lah hehe.

2. Chris Hughes

Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook iaitu roomate Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di Universiti Harvard. Selain dari co-founder facebook, beliau juga adalah webmaster Obama di my.barrackobama.com yang dikatakan mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan Obama menjadi presiden Amerika Syarikat.

3. Dustin Moskovits

Dustin Moskovitz juga adalah Co-Founder Facebook dan juga roomate Mark Zuckerberg sewaktu mereka belajar di Universiti Harvard. Moskovitz memiliki saham facebook sebesar 6 % yang membuat kekayaannya dikatakan mencapai 1.4 juta US$. Forbes menobatkan dia sebagai jutawan termuda di dunia.
4. Arie Hasit
Arie Hasit adalah rakan rapat Mark Zuckerberg. Semasa mereka belajar di Harvard mereka sering melakukan aktiviti bersama . Ini kerana mereka sama-sama Yahudi. Sekarang dia bekerja sebagai jurucakap angkatan tentera Israel.

5. Colin Kelly

Sedikit info yang diketahui mengenai Colin Kelly ini. Yang pastinya dia adalah bekas pelajar Harvard University. Kemungkinan besar adalah teman sekuliah Mark Zuckerberg.Ini kerana kebanyakan dari pemilik id – id kecil ini adalah alumni Harvard University kerana memang pada awalnya, facebook dikembangkan untuk kepentingan alumni dan mahasiswa Harvard.


Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Tuesday, 30 September 2014

Ketat Gila QI Razali Pakai Seluar, Sehingga Nampak 'Benjolan' Dah?

 Ketat Gila QI Razali Pakai Seluar, Sehingga Nampak 'Benjolan' Dah?



GAMBAR SELUAR KETAT QI RAZALI DITEGUR NAMPAK 'BENJOLAN' | Qi Razali ditegur peminatnya di laman sosial ekoran memakai seluar yang terlalu sendat dan ketat sehingga menampakkan 'benjolan' di seluarnya.




Seluar tersebut dipakainya semasa sesi pengembaraan sebuah majalah perkhawinan sekaligus menjadi bahan usikan pengguna laman sosial.




Mungkin Qi tidak perasan benda itu berlaku, tak apelah bro... kita bersangka baik jelah ye...harap pihak yang buat editing lebih berhati-hati lepas ni hehe..










Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Krisdayanti duet bersama anak

Krisdayanti


NAMA Krisdayanti dalam persada muzik tempatan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Biarpun berasal dari Indonesia, namun Krisadyanti berjaya menarik perhatian peminat di Malaysia menerusi lagu hit, Menghitung Hari pada tahun 1998.

Sejak itu, nama Krisdayanti atau mesra di sapa dengan panggilan KD, sering menjadi sebutan dan kehadirannya ke Malaysia turut mendapat sambutan peminat di sini.

Kini setelah lebih tujuh tahun tidak mengadakan konsert di Malaysia, diva terkenal Indonesia ini kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert ‘Kris Dayanti Live in KL 2014’ pada 22 November depan.

Konsert ini pastinya akan mengubat kerinduan para peminat yang sekian lama mengharapkan kehadiran Krisdayanti ke Malaysia.

Dianjurkan oleh peneraju industri wangian tanpa alkohol terkenal di Malaysia, One Drop Perfumes, konsert tersebut bakal diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Bercerita lanjut mengenai konsertnya kali ini, Krisdayanti berkata, pada konsert itu nanti, peminat berpeluang melihat perubahan dalam kariernya setelah 16 tahun berkecimpung di dalam bidang seni, menerusi lagu-lagu yang disampaikan.

Katanya, konsert tersebut akan menampilkan empat segmen iaitu ‘Metamorfosis’, ‘Tribute’, ‘Akustik’ dan ‘Broadway’.

"Syukur, Alhamdulillah. Saya sangat berbesar hati apabila pihak One Drop Perfume sudi menganjurkan konsert di lokasi berprestij ini.

"Konsert ini merupakan hadiah saya buat peminat, kerana kali terakhir saya mengadakan konsert besar di Malaysia ialah kira-kira tujuh tahun lalu. Saya juga rindu untuk membuat persembahan di sini.

"Justeru pada konsert kali ini, peminat akan melihat kelainan dalam persembahan saya kali ini. Apatah lagi, saya akan berusia 40 tahun pada tahun depan dan ia merupakan satu sisi transformasi di mana saya bakal menjadi kupu-kupu yang lebih matang," katanya yang ditemui pada sidang media yang berlangsung di Pusat Konvensyen KLCC.

Menurut Krisdayanti, lebih istimewa, dia akan tampil berduet bersama puteri sulung hasil perkahwinan dengan penyanyi dan komposer Anang Hermansyah iaitu, Titania Aurelie Hermansyah, 16, atau mesra dipanggil Aurel.

"Saya akui agak teruja untuk berduet bersama Aurel dan kami telah sama-sama berlatih untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada para penonton.

"Bagi saya, ini adalah satu kesempatan untuk Aurel mengembangkan bakat di sini. Malah, saya tidak menyangka akan beroleh kesempatan secepat ini untuk berduet bersama anak di konsert seperti ini.

"Selain itu, kami akan diiringi oleh 11 pemuzik dari Indonesia dan menyanyikan lagu-lagu yang telah dipilih dan digubah oleh Anang.

"Saya dan Anang cukup profesional dan saya gembira kerana dia juga membantu memilih seleksi lagu untuk saya persembahkan pada konsert nanti," katanya.

Selain Aurel, Krisdayanti juga akan tampil bersama artis jemputan dan penganjur konsert ini, memberi peluang kepada peminat untuk memilih sendiri artis jemputan yang bakal berduet dengan KD ketika konsert itu nanti.

Pemilihan tersebut boleh dilakukan menerusi forum di Facebook, ‘Kris Dayanti Live in KL 2014’.

Tiket-tiket konsert ‘Kris Dayanti Live in KL 2014’ dijual dari harga RM98 hingga RM1088 dan ia sudah boleh didapati di www.ticketcharge.com.my.

Nasihati Aurel

Dalam pada itu, berbual lanjut mengenai puteri sulungnya itu, Krisdayanti berkata, sebagai ibu dia berbangga melihat bakat dimiliki Aurel dan memberi sokongan penuh kepada gadis itu untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.

Biarpun tidak menjaga Aurel selepas bercerai, ujar Krisdayanti, dia tetap sentiasa menasihatkan gadis tersebut.

"Sebagai ibu, pastinya saya mahu membawa di ke pintu kejayaan. Saya tidak kisah dia memilih bidang seni suara dan saya amat berterima kasih kepada ayah dan ibunya (Ashanty) menjaga dan menguruskannya dengan baik.

"Bagaimanapun saya sering mengingatkannya menghabiskan pelajaran kerana ilmu itu nilai yang tidak akan habis.

"Selain itu, saya juga sering mengingatkannya untuk bersedia mengharungi segala rintangan bergelar anak seni," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan anak-anaknya yang lain Azriel Akbar Hermansyah, 12, dan dua anak hasil perkahwinannya dengan Raul Lemos iaitu Ariannha Amora Lemos, 3 dan Kellen Alexander Lemos, 2, Krisdayanti berkata, semuanya menunjukkan minat terhadap bidang muzik.

"Azriel suka bermain gitar dan Ariannha pantang berjumpa dengan mikrofon atau apa sahaja yang boleh dijadikan mikrofon. Tapi Alexander belum lagi menunjukkan kecenderungannya.

"Alhamdulillah, walaupun berlainan bapa, namun hubungan keempat-empat anak saya cukup baik," katanya.

Puji media Malaysia

Sementara itu, ditanya pendapatnya mengenai media di Malaysia, Krisdayanti berkata, media di Malaysia sini sangat luar biasa dan banyak membantu menaikkan namanya sepanjang 16 tahun dirinya bertapak di industri muzik Malaysia.

Malah, Krisdayanti turut merasakan, media di Malaysia lebih memahami serta menghormati dirinya lebih-lebih lagi apabila membabitkan kisah peribadi.

"Pada pendapat saya, media di Malaysia sangat luar biasa dan banyak membantu saya sejak dahulu hingga sekarang. Saya amat bersyukur dan menghargai kerjasama yang terjalin ini.

"Bahkan saya tidak pernah memusuhi wartawan kerana sebagai artis, saya faham mereka hanya menjalankan tugas mereka sebagai wartawan.

"Pernah ketika kisah perceraian saya hangat diperkatakan dan media di sini sangat menghormati keadaan saya serta tidak terlalu bertanyakan mengenai kisah peribadi saya.

"Malah kerana sikap seperti itulah, ada juga wartawan yang menjadi teman saya walaupun di luar waktu tugas," jelasnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

GAMBAR: Cucu Datuk Jamil Sulong Yang CUN Melecun


Semalam negara telah kehilangan seorang tokoh dalam industri seni iaitu pelakon, pengarah dan penerbit Datuk Jamil Sulong.

Datuk Jamil yang menghembuskan nafas terakhir kerana sakit angin ahmar sekitar jam 9.35 malam meninggalkan isteri, seniwati Datin Rosnani Jamil dan tiga anak iaitu Arjunaidi, Anwardi dan Asnadi.

Dilahirkan pada 6 Ogos 1926, Datuk Jamil adalah pengarah filem yang banyak menghasilkan karya-karya bagus dan merangkul anugerah antarabangsa.

Antara filem arahan Datuk Jamil yang popular adalah Batu Belah Batu Bertangkup, Lela Manja, Bidasari, Raja Bersiong, Sayang Anakku Sayang dan Ranjau Sepanjang Jalan.

Allahyarham juga berbakat besar dalam penulisan gurindam dan lagu.

Antara karyanya adalah lagu Berkorban Apa Sahaja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah.

Bagi yang tidak tahu, selain meninggalkan karya untuk dikenang Datuk Jamil juga mempunyai seorang cucu yang bakal meneruskan legasi seni keluarganya.

Bagaimana pun cucu Datuk Jamil bukanlah seorang pelakon seperti datuk dan neneknya tetapi memilih bidang nyanyian.

Dia adalah Diandra Arjunaidi yang sedang mencipta nama menerusi single Angkasa, Bulan & Matahari (duet Tengku Adil) dan Sama Saja (feat. Altimet).

Korang kenal tak Diandra Arjunaidi ni?

OK, di bawah kami kongsikan gambar cucu allahyarham Datuk Jamil yang cun melecun ini..


Nampaknya Diandra ada mewarisi sarah seni datuk dan neneknya.

Jadi tak mustahil kalau satu hari nanti dia beralih cabang seni daripada bidang nyanyian kepada lakonan pula kan? Rupa pun dah ada tu..

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Isu Tatu Palsu Diperbesarkan, Amanda Imani Terkejut

Isu Tatu Palsu Diperbesarkan, Amanda Imani Terkejut - KUALA LUMPUR : Amanda Imani terkejut apabila tatu palsu yang dipakainya hanya untuk suka-suka diperbesarkan-besarkan oleh akhbar semalam.

“Salah seorang peminat saya menghantar keratan akhbar tentang isu tatu tersebut ke akaun Twitter saya, dan saya sendiri tidak sedar bahawa berita itu telah disiarkan semalam.”

“Saya merasakan perkara ini amat lucu kerana tidak menyangka isu tatu palsu tersebut akan diperbesar-besarkan.”

Di dalam akhbar tersebut, ditulis satu artikel bertajuk Tatu Kaki Amanda yang berkait dengan isu tatu palsu itu. Artikel itu juga dipercayai ditulis dalam ruangan gosip.

Amanda memberitahu bahawa tatu itu ialah pelekat tatu sementara yang diberikan oleh kawannya yang baru pulang sebagai buah tangan.

“Tatu palsu yang saya gunakan itu tidak tahan lama dan ia hanya mampu bertahan selama dua hari sahaja kerana ia akan luntur dengan sendirinya selepas beberapa kali mandi dan dibasuh,” katanya lagi.

Amanda akui bahawa dia tahu menjaga batas-batas sebagai seorang Islam dan akan menghindari diri daripada melakukan perkara-perkara terlarang seperti itu.

“Saya tidak akan mengambil hati jika sesiapa fikirkan itu betul kerana apa yang mereka lihat itu ialah pandangan pertama (first impression) mereka terhadap saya. Tetapi mereka perlu tahu saya masih tahu dan sedar tentang batas-batas sebagai seorang Islam dan tidak akan melakukan perkara seperti itu (memakai tatu kekal),” jelasnya lagi.

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Monday, 29 September 2014

Fesyen Pelik Tudung Nora Danish Terima Kecaman Melampau Peminat

Beberapa bulan kebelakangan ini, ramai artis wanita tempatan yang sedang meniti populariti mengambil keputusan untuk berhijrah dengan bertudung. Keputusan tersebut diambil selepas sering menerima teguran dari peminat di laman sosial.

Antara artis wanita yang sudah berhijab ialan Ziana Zain, Neelofa, Shila Amzah, Natasha Hudson, Diana Amir dan ramai lagi.

Selain yang sudah bertudung, ramai juga artis wanita lain dilihat mula berjinak-jinak berhijab seperti Liyana Jasmay, Raja Farah, Fara Fauzana, Uqasha Senrose dan Nora Danish namun sehingga kini mereka masih menunggu masa untuk hati terbuka.

Terbaru, fesyen bertudung yang dipamerkan Nora Danish tidak disenangi sebahagian netizen. Ada yang beranggapan tujuan aktres jelita itu bertudung semata-mata untuk melariskan jualan tudung. Benarkah komen peminat-peminat terbabit?




Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Gambar Atita Haris, kembar seiras Hanis Zalikha


Apa agaknya hubungan Atita Haris dan Hanis Zalikha? Keduanya nampak hampir seiras iaitu sama cantik dan jelita, hanya dibezakan dengan tudung. Hanis pasti kelihatan secantik Atita jika berhijab, tak gitu?

Tentunya ramai peminat terpikat dan tergoda. Tidak kurang juga yang bakal mengeksploitasi gambar ini untuk kegunaan peribadi seperti dijadikan gambar profil di laman sosial atau sebagai diset sebagai background screen.

Siapapun Atita, penampilannya dalam gambar tersebut memberi bayangan kepada peminat tentang betapa manisnya seorang gadis seperti Hanis jika terbuka hati untuk berhijab. Malah, kami yakin kejelitaannya lebih menyerlah daripada Atita. Setuju tak?


Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Sunday, 28 September 2014

AWAS!! Jangan Gelak Sampai Terkencing Bila Baca Cerita Ini!

sekadar gambar hiasan,tiada kaitan dengan cerita lawak dibawah
Aku baru kawin & duduk dgn bini aku bdua. Aku ni ada tabiat suke mkn telo rebus. x tau la nape, sedap agaknye. Sejak aku kawin tabiat tu kurang sket sbb bini aku msak sedap2 tp dh lame gak la aku x pekena telo rbus ni.

So, citernya bulan lps balik dr keje, kete aku rosak, aku cal bini aku n ckp aku balik lmbt sbb kena menapak. Sbb lapar sgt,masa otw tu, aku singgah kedai mkn.. ada telo rebus! apelagi..........., aku mkn nasi dgn telo rebus lah n order lg wat ratah.

Sbelum balik aku bgkus lak, wat mkn smbil bjalan balik. kenyang yg amat, mklumla bls dendam sbb lama xmkn.

Buke je pintu rmh, bini aku ckp "abg, ada 'surprise'.." smbil sengih2 dia tutup mata aku n ikat ngn kain hitam n pimpin aku ke meja makan. Aku pn duduk, dia siap pesan jgn try2 nk buka ikatan.

Aku nk gi toilet sbb perut start buat hal, tp mls nk spoilkan 'surprise' bini. Aku pn tahan je le dulu..

Tetiba fon bini aku berbunyi, dia angkat n gi jauh dr meja. Aku agakla, smp ke dapor dia pegi.

Peluang ni, aku pn kentut sbb dh dr td aku tahan.. bau bleh tahan sbb mkn byk telo..ok, lg skali.. aku pn angkt sbelah punggung dan lps lg satu das!

PRUTT! bau mmg xhingat, aku pn x tahan.. lama plak bini aku ni, aku x sbr nk tau surprise dia. Aku rase nk kentut lg.. aku bangun, tonggeng dan PROTT!!.. fuhh lega. bau mcm bangkai.. dekat 2,3minit bru bau hilang..

Pstu bini aku dtg & mtk mf sbb lmbt, dia pn jerit 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABG!!' Lupe lak arini bday aku, dia suh aku buka kain pnutup mata, aku buka.. mulut aku terus melopong..

ALAMAK!!! aku tgk merah padam muke bpk n mak mertua aku, adik2 ipar aku, duduk keliling meja mkn. Bos n jiran sblah rmh aku pn ade?! Aku nk cover malu, aku pn tanya la bpk mertua aku, 'dah lama ke bapak smpai?' Slamber je bpk mertua aku jwb '"dah lama, sbelum kentut pertama lagi!!"

Baca yg ini bole hilang stress!!!!
Scrol blk ke ats dan bc lg utk gelak lg.. hahahahaha. Sme sebarkn untk hlang stress kwn2. Hahahaha.....


Semuanya di POTPETAJE....!!!


SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Saturday, 27 September 2014

Anzalna Nasir muatnaik gambar spender beserta wajah lelaki macam Azwan Ali


Mungkin kerana teringin sangat nak jadi kreatif, pelakon jelita Anzalna Nasir telah memuatnaik sekeping gambar spender yang digunting-gunting beserta gambar wajah seorang jejaka yang menyerupai Diva Azwan Ali.

Gambar tersebut disertakan dengan caption "Tengah cari spender.." telah mengundang lawak jenaka sebahagian peminatnya. Ada antara mereka mengakui tertipu kerana menyangka gambar lelaki itu ialah Azwan Ali padahal bukan.

Di sebalik idea pelik Anzalna itu, ada pula peminat menambah lawak jenaka dengan mengatakan bersedia untuk membeli brand baru spender yang diubahsuai seperti dalam gambar terbabit.

Nampaknya, aktres berusia 26 tahun ini mempunyai ramai peminat dari kalangan lelaki. Manakan tidak, kecantikan dan kejelitaan semulajadi miliknya menjadi antara daya penarik.





Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Makwe Cantik



Artikel kali ini berbentuk hiburan semata-mata dan harap jangan simpan dalam hati ye terutama awek-awek diluar sana.

Bukan semua wanita dipandang murahan sekarang dan sudah ramai yang berjaya dan mempunyai taraf hidup yang tinggi.

Tapi jawapan yang diberikan oleh seorang abang mesin ini sungguh kelakar dan memang ada kebenarannya. Takde ATM takde awek la jawapnya...



Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Monday, 22 September 2014

PUNCA VIETJET AIR JADI PILIHAN LELAKI TERBONGKAR

7 GAMBAR PAKAIAN PRAMUGARI VIETJET AIR | Syarikat Vietjet Air, sebuah syarikat kapal tambang murah yang berpangkalan di Vietnam menjadi bualan hangat di seluruh dunia berikutan tersebarnya gambar pakaian mencolok mata yang dikenakan oleh Pramugari mereka.

Gambar-gambar tersebut sebenarnya adalah satu bentuk kempen yang dijalankan oleh syarikat itu.

Dengan hanya memakai bikinl, sudah tentu mampu menarik ramai untuk menempah tiket pesawat itu terutamanya bagi kaum lelaki.












Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

GEMPAR AWEK CANTIK MENYEBERANG JALAN PASTI MENGEJUTKAN ANDA!

GEMPAR AWEK CANTIK MENYEBERANG JALAN PASTI MENGEJUTKAN ANDA | Jom tengok awek cun melecun ni menyeberang jalan. AMAT MENGEJUTKAN DAN TAK PERCAYA!!






Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!