Showing posts with label Masa Depan. Show all posts
Showing posts with label Masa Depan. Show all posts

Friday, 19 September 2014

INILAH 5 HACKERS WANITA YANG PALING CUN DI DUNIA


5 Hackers Wanita Yang Paling Cun Di Dunia | Biasanya dunia hackers didominasi oleh golongan lelaki. Tapi, siapa sangka wanita pun rupa-rupanya terlibat dalam dunia bawah tanah ini juga. Kemampuan mereka juga tidak kalah dengan kehebatan hacker lelaki. Berikut adalah senarai Top 5 Hacker Wanita Paling Cantik di dunia.

1. Xiao Tian

Xiao Tian adalah seorang hacker yang sangat bergaya dan moden. Penampilan dan gaya hidupnya begitu rapi, dinamis malah feminin. Dia juga tertarik dengan dunia fesyen, khususnya kasut tumit tinggi wanita. Dalam blognya dia sering berkongsi cerita tentang lokasi-lokasi yang dia pernah kunjungi.


Itulah sebabnya Xiao mempunyai ramai peminat dan pengikut di seluruh dunia, khususnya lelaki. Xiao Tian, mula dikenali sejak berumur 19 tahun. Setelah membentuk China Girl Security Team, salah satu kumpulan hacker wanita terbesar di China. Penangannya dalam dunia hacking memang tidak diragui lagi.


Syarikat engine carian nombor satu dunia, Google pun pernah merasakan serangan hebat Xiao Tian dan kumpulannya. Xiao Tian melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastruktur google di China. Malah, google akhirnya tidak lagi mampu bertahan dan memilih untuk menarik semua operasinya di China akibat serangan hacker yang bertubi-tubi.

2. Joanna Rutkowska

Joanna Rutkowska adalah seorang gadis Poland yang tertarik dengan dunia hacking. Namanya pertama kali dikenali setelah konferens Black Hat Briefings di Las Vegas, Ogos 2006. Ketika itu, Rutkowska mempersembahkan bagaimana proses serangan yang telah dia lakukan terhadap sistem windows vista.
Bukan setakat itu, Rutkowska juga pernah menyerang Trusted Execution Technology dan System


Management Mode milik Intel. Pada awal tahun 2007, dia membentuk Invisible Things Lab di Warsaw, Poland. Sebuah syarikat yang memberi fokus terhadap sistem keselamatan OS juga VMM serta khidmat perunding keselamatan internet.
Pada tahun 2010, Rutkowska bersama Rafal Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating System yang sangat kukuh sistem keselamatannya. Rutkowska juga pernah memberikan saranan terbuka terhadap Presiden Microsoft Security Technology Unit untuk memperketatkan lagi sistem keselamatan dalam windows vista.

3. Ying Cracker

Ying Cracker, adalah seorang guru yang berasal dari Shanghai, China. Dia mengajar tentang panduan asas proses hacking, cara mengubah IP address atau memanipulasi password pejabat! Dia juga pakar di dalam bidang membuat software khusus untuk hacker.
Dalam sebuah forum yang berjudul Chinese Hottie Hackers, namanya banyak disebut dan itu membuatkan popularitinya semakin melonjak. Dalam forum tersebut juga dia mempunyai ramai peminat yang membuatkan popularitinya semakin terkenal.

4. Raven Adler

Seorang wanita berpenampilan gothic yang tertarik dengan dunia internet, khususnya dunia hacking. Raven adalah wanita pertama yang pernah hadir di dalam perhimpunan hacker DefCon.
Perhatian sudah tentu tertuju kepadanya. Namun begitu, dia mengaku tidak ingin memanfaatkan gendernya sebagai wanita untuk membina reputasi sebagai hacker. Malah, dia tidak mahu dipanggil dengan sebutan ‘Hacker Wanita’.
Dia lebih suka dipandang kerana kemahirannya, bukan kerana statusnya sebagai seorang hacker wanita. Ketika ini, dia aktif mereka-bentuk, menguji dan mengaudit sistem keselamatan syarikat besar. Selain itu, dia juga aktif mendalami ilmu beladiri Ryu Shorin Matsumura.

5. Kristina Svechinskaya

Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi Universiti New York yang ditangkap pada 2 November 2010 yang lalu kerana telah mencuri jutaan dollar dari beberapa bank di England dan Amerika Syarikat. Bersama 9 orang yang lain, Svechinskaya menghack ribuan akaun pelanggan bank dan jumlah wang yang telah dicurinya ialah sekitar 3 juta dollar.

Pada mulanya, Svechinskaya bersama sekumpulan hackers mensasarkan 220 juta dollar. Svechinskaya menggunakan Zeus Trojan Horse untuk menyerang ribuan akaun bank. Dia memiliki sekurang-kurangnya 5 akaun bank di seluruh dunia untuk mencairkan dananya.

Dalam tindakannya itu, Svechinskaya juga melakukan pemalsuan pasport dan untuk kesalahan itu, dia telah dihukum penjara selama 40 tahun setelah dibuktikan bersalah. Seperti yang boleh dilihat di dalam gambar, baju dalamyang digunakan gadis cantik ini dibuat daripada berlian.

Svechinskaya juga mendapat julukan sebagai hacker terseksi di dunia. Kerana penampilan wajah, tatapan mata dan gaya berpakaian Svechinskaya mampu membuatkan mata memandang tidak mampu berkelip.
Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

NOKIA TAWAR LUMIA 530 DENGAN HANYA RM57 SEMPENA HARI MALAYSIA


Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba, Microsoft Malaysia telah mengumumkan satu promosi bagi telefon pintar Nokia Lumia 530 pada harga serendah RM 57!.

Harga pasaran telefon pintar yang beroperasi menggunakan Windows 8.1 itu adalah RM 355.

Tetapi ada syarat untuk mendapatkan telefon ini pada harga promosi. Syaratnya adalah, pelanggan harus membeli salah satu dari peranti Lumia yang terpilih.

Peranti terpilih yang perlu dibeli oleh pelanggan adalah, Lumia 1520, Lumia 930, Lumia 630, dan yang paling mengejutkan, Lumia 530 itu sendiri.



Promosi ini hanya boleh didapati di kedai-kedai Nokia terpilih di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nokia Malaysia.
Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Thursday, 18 September 2014

Penjelasan TM Line Internet Slow



TM hari ini menjelaskan kenapa line internet Streamyx dan Unifi di rumah anda agak slow sejak beberapa hari ini adalah disebabkan masalah teknikal dan kerosakan pada kabel “Asia America Gateway (AAG) submarine cable system”.

Sehubungan itu, aktiviti muat turut “Download’ atau akses ke portal server yang berpangkalan di USA seperti Twitter dan Facebook akan menjadi lebih perlahan daripada sebelum ini.

Bagaimanapun, TM kini sedang membaik pulih masalah tersebut dalam masa yang terdekat.





Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Wednesday, 10 September 2014

10 Sektor Pekerjaan Bayar Gaji Paling Tinggi Di MALAYSIA








Gaji adalah faktor terpenting yang perlu dipertimbangkan sewaktu memohon pekerjaan. Baru-baru ini, Jobstreet.com telah melakukan suatu kajian dan menyenaraikan 10 sektor yang mendapat bayaran gaji tertinggi mengikut peringkat pekerjaan.


Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pekerjaan dalam senarai 10 teratas cenderung kepada bidang teknikal atau berasaskan sains . Calon-calon di peringkat eksekutif dengan pengkhususan dalam bidang Perubatan, Kejuruteraan, Kewangan dan IT umumnya memperoleh di atas gaji purata sebanyak RM 2,800. Bagi peringkat pengurusan dan ke atas, pengkhususan seperti IT, Sains, dan Kejuruteraan mendapat bayaran gaji yang lebih tinggi.

Graduan Baru Bekerja ( Fresh Graduates)


1. Farmasi (RM 3 640)

2. Strategi Korporat ( RM 3 200)

3. Jualan- Perkhidmatan Kewangan ( RM 3 054)

4. Doktor (RM 2 719)

5. Jualan – Kejuruteraan / IT ( RM 2 612 )

6. Geofizik ( RM 2 600)

7. Penerbangan ( RM 2 533)

8. Sains Aktuari (RM 2 475 )

9. Jualan -Korporat ( RM 2 456)

10. IT- Perisian (RM 2 452)

Eksekutif Junior

1. Doktor (RM 3 899)

2. Proses Reka dan Kawalan (RM 3 898 )

3. Strategi Korporat (RM 3 800)

4. Jualan- Perkhidmatan Kewangan (RM 3 729)

5. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 3 606)

6 . Kewangan- Kewangan Korporat (RM 3500)

7. Farmasi (RM 3 470)

8. Penerbangan ( RM 3 475)

9. IT- Perisian ( RM 3 398)

10. Perundangan (RM 3 396)

Eksekutif Senior

1. Geofizik (RM 7514)

2. Doktor (RM 6903)

3. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 6353)

4. IT- Perisian (RM 5269)

5. Proses Reka dan Kawalan (RM 5086)

6. Latihan dan Pembangunan (RM 4964)

7. Farmasi (RM 4935)

8. Kejeruteraan – Elektronik (RM 4928)

9. Kejuruteraan – Mekanikal ( RM 4745)

10. Audit / Cukai (RM 4721)

Pengurus (Managers)

1. Doktor (RM 9530)

2. Kejuruteraan -Minyak dan Gas (RM 9 462)

3. Penerbangan (RM 9 406)

4. Audit / Cukai (RM 9226)

5. Perbankan / Perkhidmatan Kewangan (RM 9100)

6. Geofizik (RM 8 938)

7. Penerbitan / Percetakan ( RM 8 650)

8. Kejuruteraan – Kimia (RM 8 545)

9. Kejuruteraan -Elektronik (RM 8 146)

10. IT-Perisian ( RM 8 112)

Pengurus Senior (Senior Managers)

1. IT -Perkakasan (RM 18 100)

2. Kawalan Kualiti / Jaminan (RM 17 768)

3. Geofizik ( RM 17 768)

4. Hartanah (RM 16 917)

5. Kejuruteraan -Elektrik (RM 16 503)

6. Penerbitan/ Percetakan (RM 16 500)

7. Strategi Korporat ( RM 15 606)

8. Kejuruteraan – Minyak dan Gas ( RM 15 307)

9. Jualan -Korporat ( RM 14 815)

10. Kejuruteraan Awam (RM 14 768)

* Senarai adalah berdasarkan gaji diberikan oleh majikan kepada JobStreet.com dari 1 Januari – 31 Ogos 2013.

* Keputusan kajian diterbitkan pada 15 Januari 2014


Semua nya di potpetaje.blogspot.com

Thursday, 4 September 2014

MVP (Most Versatile Plane) Aero Model 3.

MVP (Most Versatile Plane) Aero Model 3.

We all want to “get away from it all” at various times in our lives, but driving 40 minutes and booking a room at the Red Roof Inn hardly qualifies as such.

The MVP Aero Model 3 could redefine what it means to go your own way, as this “most versatile plane” is meant to take you anywhere you want with supremely futuristic panache. It can touch down on land or water, and once it’s down you’ll hardly want to leave it.

The canopy moves upwards and back on a 4-bar link to sit atop the engine pylon, thus freeing up the nose of the plane to resemble the front of a classic bass-type fishing boat. You can use the MVP’s 100 hp engine and outboard motor to navigate the waterways, or rest in the hammock between the cabin and tail. It’s all still in the planning phase right now, but it’s expected the base price will be around $189,000.

Start saving.