Showing posts with label GAZA. Show all posts
Showing posts with label GAZA. Show all posts

Tuesday, 7 October 2014

Ronaldo Tolak Tawaran Pepsi Demi Palestin


Ikon Real Madrid, Cristiano Ronaldo, ini wajar diberi pujian kerana walaupun bukan beragama islam tetapi teguh bersama Palestin.

Di saat penduduk Palestin di Gaza terpaksa melalui penderitaan akibat kekejaman rejim Zionis, bintang terkenal ini giat menyalurkan bantuan.

Bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah Ronaldo yang terkenal dengan panggilan, CR7, ini menolak untuk bekerjasama dengan Israel sejak dahulu lagi.

Terbaharu, Ronaldo bertindak menolak tawaran iklan televisyen komersial Pepsi, yang bernilai jutaan dolar.

Tindakan itu dibuat kerana memikirkan Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel.
“Pendirian saya tetap teguh untuk tidak memberi kerjasama kepada mereka.

“Saya tahu, Pepsi adalah salah satu produk yang menyumbang kepada tentera mereka (Israel). Dari dahulu sehingga kini, saya tetap mengatakan tidak pada mereka!,” tegasnya.

Pada tahun lalu, Pepsi mendapat kritikan hebat daripada peminat bola sepak seluruh dunia apabila iklan produk berkenaan dilihat menghina bintang berkenaan.

Menerusi iklan berkenaan, anak patung yang menggambarkan watak Ronaldo dicucuk dengan puluhan jarum seperti upacara hitam, voodoo.

Selain itu, ada juga iklan di mana patung diikat pada landasan keretapi dengan kata-kata berbunyi, ‘Kami melepaskan Portugal’.

Pun begitu, ekoran kecaman dan kritikan, Pepsi tampil memohon maaf kepada Ronaldo Fanpage Facebook Pepsi Co. Selain daripada tawaran Pepsi, Ronaldo juga pernah menolak menukar jersinya dengan pemain bola sepak Ternyata, tindakan Ronaldo itu jelas memberi tamparan hebat buat puak Yahudi, sehingga mengecamnya.

Namun, Ronaldo yang terkenal dengan sikap tegasnya memberitahu bahawa dia tidak akan baju dengan pembunuh.

“Saya tidak akan tukar baju saya dengan ‘pembunuh’. Saya berada di bumi Palestin,” kepada media antarabangsa ketika perlawanan Dunia 2014 lalu.

Sebelum ini, ramai yang memberi tanggapan buruk kepada bekas pemain Manchester United ini dan tidak kurang juga yang menyifatkannya sebagai sombong dan angkuh.

Namun, melihat kepada penglibatan Ronaldo dalam usaha membantu rakyat Palestin, ternyata tuduhan itu tidak berasas.

Malah, dia dipandang sebagai golongan selebriti yang baik hati, berperikemanusiaan dan prihatin terhadap masyarakat yang ditindas.

Menurut Ronaldo, dia mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai sokongannya terhadap Palestin.
“Sebab utamanya ialah saya percaya kepada pembebasan Palestin.

“Selain itu, saya benci melihat anak-anak yang terpaksa menempuh kesulitan untuk meneruskan kehidupan.
“Saya mahu anak-anak kecil itu bebas daripada cengkaman keganasan dan melalui kehidupan yang lebih baik,” katanya lagi.

Jelas Ronaldo, walaupun usia kecilnya tidak seperti kanak-kanak di Palestin yang hanya menunggu masa serangan, namun hatinya tetap tersentuh melihat mereka.

“Walaupun saya dan keluarga tidak pernah berdepan dengan peperangan seperti itu, namun saya dapat merasai sedikit kesengsaraan mereka.

“Ini kerana, kehidupan saya ketika kanak-kanak sangat daif dan kami sekeluarga pernah merempat.

“Bila mengingati saat itu, hati saya tersentuh dan sangat memahami keadaan kanak-kanak di sana,” katanya.



Lelong kasut kumpul dana
Sebenarnya, penglibatan Ronaldo dalam usaha membantu penduduk Palestin bukanlah setahun dua.
Malah, Ronaldo dikatakan pernah mengunjungi negara itu pada 2005 dan 2007.

Pada 2011, pemain bola sepak terkenal ini pernah memberikan kasut emas yang diraih pada tahun berkenaan kepada kelab lembaga amalnya.

Malah, ketika itu, Ronaldo memberitahu nilai penjualan kasut emasnya itu sepenuhnya disalurkan demi membantu anak-anak Palestin.

Menerusi laman sosial antarabangsa, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo sehingga RM6 juta.

Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang telah musnah ketika serangan terdahulu.

Pada 20 November tahun yang sama, Ronaldo menjual kasutnya dalam satu jualan lelong Real Madrid Foundation dengan mendermakan dana ke sekolah-sekolah di Gaza.

Lelongan kasut-kasut sukannya itu dapat membantu Palestin membina lapan sekolah di wilayah Palestin.

Sehingga kini, Real Madrid Foundation telah membantu membina 167 sekolah dalam 66 negara.
Terima kecaman hebat

Sokongan Pemain Terbaik Dunia 2008 ini tidak terhenti di situ apabila dia secara terang-terangan menzahirkan sokongan terhadap Palestin dengan mengenakan skarf Palestin dalam sebuah majlis.

Tindakannya itu mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada media barat yang bersekutu dengan Yahudi.
Akibatnya, Ronaldo terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk tuduhan malah pihak berkenaan seakan memusuhinya dengan menceritakan segala keburukan bintang ini di laman-laman sosial.

Dalam kalangan yang mengecam, ada juga media yang menyokong dan menyifatkan tindakan bintang itu sebagai bentuk kemanusiaan.

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

Saturday, 6 September 2014

MULUT HANCUR HANYA KERANA CURI IKAN. MACAM MANA NAK MAKAN?


Satu gambar yang memaparkan seekor kucing yang pecah mulut dikhabarkan kerana mencuri ikan menjadi semakin viral di inernet.

Berita yang dilaporkan melalui mymediahubonline itu juga menjelaskan bahawa kucing tersebut telah dipukul oleh seorang peniaga ikan di pasar Selayang hanya kerana mencuri ikan.






Bagaimana pun, kucing tersebut kini dijaga oleh seorang manusia yang kesian dengan nasib kucing tersebut. Kejam sungguh manusia ni. Kalau ya pun geram, tak payah la pukul sampai berdarah-darah. Dah la mulut pulak tu. Macam mana dia nak makan???

CERITA SEBENAR GADIS KEJAM PIJAK KUCING SAMPAI MATI PAKAI KASUT TINGGI



Seorang wanita dengan nama samaran Amoyy Mongek telah mencetuskan kemarahan orang ramai setelah memuat naik gambar seekor kucing yang dipijak kononnya dia yang melakukan perkara tersebut disebabkan kucing itu telah mencuri ikan di dapur.

Caption bagi gambar tersebut berbunyi:


"Pagi pagi dah buat orang marah, curi ikan di dapurrr, ni makan dia mampos kau kucingg,, binatang bodoh"
Bagaimanapun melihat kepada gambar, penulis teringat pula pada satu ketika dulu kecoh juga di laman sosial berkenaan gambar seekor kucing telah dipijak dengan kasut bertumik tinggi. Selain itu nama samaran Amoyy Mongek sebenarnya tidak asing lagi dengan status yang tidak disenangi oleh masyarakat. Sebelum ini nama tersebut juga ada memuat naik status yang menghina mangsa MH17.

Jadi berdasarkan carian google terhadap gambar kejam kucing dipijak berkenaan telah menunjukkan ia dilakukan oleh seorang wanita warganegara China dan pernah viral di laman sosial pada tahun 2009 yang lalu.

Dipercayai akaun Facebook Amoyy Mongek ini adalah palsu. Tidak tahulah apakah motif individu ini yang sering kali memuat naik status yang sengaja menarik perhatian orang ramai kerana perkara negatif

Friday, 29 August 2014

Kenapakah Zionis semakin gagal ?


Kenapakah Zionis semakin gagal ?


1967 :


Rejim Zionis Israel yang mempunyai keanggotaan seramai 265,000 orang tenteranya telah berjaya mengalahkan gabungan kekuatan tentera negara-negara Arab yang telah diketuai oleh Mesir, Jordan, Syria, Kuwait, Irak dan lain-lain yang mempunyai keanggotaan seramai 540,000 orang tentera dalam peperangan 1967 yang berlangsung hanya 6 hari. Peperangan berakhir dengan kemenangan mudah kepada negara haram Israel.



2014 :

Rejim Zionis Israel yang mempunyai keanggotaan seramai 720,000 orang tentera yang turut dibantu oleh Amerika Syarikat, Mesir dan beberapa negara lain yang pro-Israel telah gagal untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai anggota pejuang seramai 30,000 orang setelah mereka menyerang selama 51 hari. Rejim Zionis telah gagal untuk melemahkan Hamas, gagal untuk memusnahkan pusat-pusat pelancaran roket dan gagal untuk memusnahkan terowong elit al-Qassam. Gaza mengistiharkan kemenangan setelah Israel dan sekutunya Mesir bersetuju untuk memenuhi tuntutan Hamas.

Tidakkah dunia merasa pelik bagaimana golongan pejuang yang kecil di wilayah Gaza yang terkepung ini tidak berjaya ditundukkan oleh Israel yang didokongi oleh kuasa-kuasa besar?





Sumber : AmanPalestin

Wednesday, 27 August 2014

SERAM Gangguan JIN semasa penggambaran, Pierre Andre Dirasuk

SERAM Gangguan JIN semasa penggambaran, Pierre Andre Dirasuk

Pengarah filem Pierre Andre akui mengalami pelbagai gangguan ketika mejalani pengambaran filem seram terbarunya berjudul Jin.

Pierre Andre sendiri mengalami pengalaman hampir disampuk ketika pengambaran berlangsung.

Filem seram ini hanya memerlukan 10 hari pengambaran namun pelbagai dugaan yang mistik diterima sepanjang proses rakaman.

Ini kata Pierre Andre:

"Sepanjang saya mengarahkan filem, Jin adalah filem yang sukar. Kerap sangat gangguan yang kami terima.

Saya sendiri hampir-hampir terkena juga. Ada satu babak nenek kena sampuk itu sebenarnya dia benar-benar disampuk.

Saya terkejut juga. Energy rumah tempat kami membuat pengambaraan itu tidak bagus sebenarnya. Tetapi tidak mengapa. Jin bukan filem yang sempurna tetapi saya puas dalam mengarahnya.

"Apabila saya dekati alam misteri, perkataan hantu itu sebenarnya tidak wujud yang hanya adalah jin. Jin boleh menyerupai apa-apa sahaja.

Masyarakat sudah menyimpang. Saya sampaikan mesej secara realistik dan halus agar boleh difahami. Saya mahu masyarakat faham dan mendapat kesedaran tentang apa yang saya cuba sampaikan".

"Saya memilih Ustaz yang muda bagi filem ini kerana mahukan pembaharuan. Selalu kalau watak ustaz mesti yang berumur. Jadi tidak salah saya ambil ustaz yang muda iaitu Ustaz Naufal"

Terima kasih kepada semua pelakon dan produksi yang terlibat".

Mari saksikan tayangan filem Jin yang sudahpun berada di pawagam.

Tuesday, 26 August 2014

‘Kemarahan’ terhadap Israel terus memuncak di seluruh negara

‘Kemarahan’ terhadap Israel terus memuncak di seluruh negara



BANGI, 25 Ogos – Sejak kempen Bulan Kemarahan Ummah (BKU) dilancarkan pada 10 Ogos lalu oleh Aman Palestin Berhad, bantahan terhadap kekejaman Zionis Israel terus memuncak di seluruh negara.

Oleh itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengambil inisiatif mengadakan pelbagai aktiviti kempen di setiap cawangan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah demonstrasi aman, gimik memijak bendera Israel, edaran risalah memboikot produk-produk Zionis Israel, mengibarkan bendera Hamas dan Palestin, konvoi, kutipan sumbangan Tabung Aman Palestin, mengumpul tandatangan untuk Petisyen ‘Millions Souls Fight For Gaza’, dan sebagainya.

Johor Bahru wujudkan kesedaran awam.

Bermua di selatan tanahair ISMA Johor Bahru mengadakan himpunan aman di hadapan restoran McDonald’s, bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum akan tindakan kejam zionis Israel yang sewenang-wenangnya membunuh wanita dan kanak-kanak di Gaza tanpa perikemanusiaan.

Himpunan aman ini turut mendapat respon dari orang awam berkenaan tindakan rejim Zionis terhadap Gaza.

“Genjatan senjata dengan Israel memang tidak akan berjaya berdasarkan hasil siri-siri genjatan senjata yang telah dilakukan sebelum-sebelum ini,” ujar Ahmad Syukri Samsudin.

Shah Alam berkempen tiga hari berturut-turut

Tidak terkecuali, ISMA Shah Alam mengadakan kempen di sekitar Shah Alam selama 3 hari yang bermula pada hari Jumaat.

Kempen yang bermula di Surau Islah Seksyen 7 selepas solat Jumaat mengajak para jemaah untuk menandatangani Petisyen ‘Millions Souls Fight For Gaza’.

Seterusnya di adakan demostrasi aman di hadapan restoran McDonald’s di Seksyen 2 dan 18 pada hari sabtu.

Kemuncak kempen pada hari ahad di adakan flash mob dan konvoi beramai-ramai sempena Majlis Sambutan Hari Raya di Surau Islah Seksyen 7.

Seri Iskandar kutip RM 2600

Berlainan pula yang berlaku di Bandar Manjung apabila ISMA Seri Iskandar berjaya mengutip RM 2600 untuk Tabung Aman Palestin dalam masa yang singkat.

Selain membuat kutipan derma di Pasar Malam Manjung, turut diadakan edaran risalah mengenai Gaza kepada orang awam.

Turut dilakukan demonstrasi aman di restoran McDonald’s dan Konvoi Palestin dari Seri Iskandar hingga ke Manjung.

” Kita berkumpul hari ini untuk menyatakan kemarahan dan kedukaan kepada apa yang telah berlaku terhadap sahabat-sahabat kita di bumi Palestin. Mereka diganyang sehingga pada saat ini seramai 400 075 rakyat Palestin menjadi pelarian, 10 500 orang cederadan lebih kurang 2050 menjadi syuhada’”, ujar Yang Dipertua (YDP) ISMA Seri Iskandar, Ustaz Fadzlan Rusdi ketika berucap di perkarangan McDonald’s Manjung.

Pulau Pinang lakukan demonstrasi aman.

Manakala ISMA cawangan Seberang Prai Utara (SPU) mensasarkan kempen kesedaran kepada orang awam agar memboikot produk yang menyumbang kepada Israel dengan mengadakan demonstrasi aman.

Demonstrasi itu di adakan di restoran McDonald’s, Starbucks dan bank HSBC Auto City Juru. Juga Starbucks Queensbay, McDonald’s Sg. Dua Gelugor.

Sarawak kutip ‘suara’ sokongan kepada Palestin.

Akhir sekali, ISMA Kuching berjaya mengutip 200 tandatangan untuk Petisyen ‘Millions Souls Fight For Gaza’ dalam masa 1 jam ketika mengadakan himpunan solidariti di sekitar bandar Kuching.

Menurut Pengurus Aman Palestin Sarawak, saudara Zainizam bin Zawawi, tujuan himpunan solidariti ini diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Palestin dengan memberikan kesedaran kepada orang ramai melalui kempen boikot serta mengumpul tandatangan petisyen.

Monday, 25 August 2014

Turki hantar loji janakuasa terapung ke Gaza

Turki hantar loji janakuasa terapung ke Gaza


ANKARA – Turki terus memberikan komitmen untuk membantu penduduk Gaza apabila merancang untuk menghantar loji janakuasa terapung ke Gaza bagi membekalkan bekalan elektrik yang amat-amat diperlukan ketika ini.

Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz berkata loji janakuasa terapung itu akan dihantar sebaik sahaja kemudahan pelabuhan di Gaza dibaiki dan dinaiktaraf.

Dalam satu kenyataan media selepas pertemuan dengan Menteri Tenaga Palestin, Omar Kittaneh, Yildiz memberitahu yang pihak Palestin telah memaklumkan kepada Israel tentang perancangan tersebut dan setakat ini belum ada reaksi negatif daripada mereka.

Sejurus selepas kenyataan Yildiz, sebuah syarikat pembuat kapal Turki, Karadeniz Holding mengumumkan rancangan mereka untuk menghantar sebuah loji janakuasa terapung ke Gaza.

Karadeniz mengatakan bahawa kapal tersebut akan dihantar ke Gaza dalam tempoh 120 hari sebaik sahaja kelulusan diperolehi.

Penduduk Gaza yang berjumlah 1.8 juta orang mengalami masalah keputusan bekalan elektrik sehingga 20 jam sehari dan krisis yang berlaku ketika ini tambah memburukkan lagi keadaan.

Saturday, 23 August 2014

Adakah mereka pengganas?

Adakah para pejuang al-Qassam dan Hamas yang berjuang untuk memerdekakan Gaza, al-Quds dan bumi Palestin daripada penjajahan rejim Zionis adalah pengganas dan teroris ?



Adakah mereka pengganas?

Tuan Haji Mat Hassan bin Penglima Munas adalah seorang ulama dan tokoh perjuangan rakyat dalam menentang penjajahan British.

Beliau dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggutnya sehingga ke paras dada. Tok Janggut telah dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1853 dan telah mendapat pendidikan pondok di Kelantan, Pattani Darussalam dan juga di Mekkah.

Bersama ribuan pengikutnya di Kelantan terutamanya di Pasir Putih, beliau menyahut seruan kerajaan Turki Uthmaniyah yang menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat British.

Tok Janggut juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang yang menentang penjajahan British seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

British mengambil keputusan membunuh Tok Janggut kerana sedar peranan tokoh ini yang mempengaruhi rakyat menentang British.

Mereka juga melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan juga negara.

Tok Janggut akhirnya syahid dalam pertembungan dengan tentera Inggeris dan mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Soalan pertama :

Adakah Tok Janggut pengganas kerana menentang penjajahan British?

Soalan ke-2 :

Adakah para pejuang al-Qassam dan Hamas yang berjuang untuk memerdekakan Gaza, al-Quds dan bumi Palestin daripada penjajahan rejim Zionis dikira sebagai pengganas atau teroris ?

Sumber : Aman Palestine

Friday, 22 August 2014

Kezaliman Israel Terhadap Wanita Iraq

Kezaliman Israel Terhadap Wanita Iraq
 Kejam! Lihatlah Kezaliman Tentera Amerika Terhadap Wanita Iraq - Ya Allah... ampunilah manusia ini...sesungguhnya Tuhan maha pengampun.

Menitis air mata ini apabila melihat penderitaan yang dialami oleh wanita-wanita Iraq ini. Askar-askar Amerika dengan rakusnya menjadikan mereka sebagai pemuas nafsu sebelum dibunuh dihadapan suami mereka. Dunia semakin hampir menuju kiamat.

Lagi gambar seterusnya...

GAZA | 21 Ogos hari yang menyedihkan








21st of August is unforgettable day which connects to Resistance and homeland:

21-8-1969 Masjid Al Aqsa was burnt on the hands of the Zionists.

21-8-2003 Was the date of assassinating the Engineer, Ismail Abu Shanab (Abu Hassan), one of the founders and leaders of the first row of Hamas Movement.

21-8-2014 We bid farewell to a group of the first row Al-Qassam Brigades leaders: Mohammed Abu Shamala (Abu Khalil), and Raed Al-Attar (Abu Ayman) and Mohammad Barhoum, In a pompous pictures of cohesion and sacrifice to draw the path towards Palestine; Jerusalem and Al-Aqsa.

The Path to freeing Palestine requires a lot of sacrifice... When leaders die, it means that we are on the right track, as the leaders are in the first lines of the filed fighting with their Mujahideen.
‪#‎FreePalestine‬
‪#‎PrayForGaza‬

Wednesday, 20 August 2014

Al-Qassam pertahan tanah air daripada penjajah, bukan pengganas mahupun militan

Al-Qassam pertahan tanah air daripada penjajah, bukan pengganas mahupun militan



BANGI, 19 Ogos – Sayap tentera Hamas, Briged Izzudin Al-Qassam merupakan pejuang Islam yang mempertahankan tanah air mereka Palestin daripada dijajah oleh rejim Zionis Israel.

Undang-undang antarabangsa mengiktiraf perjuangan mana-mana bangsa yang dijajah untuk mengembalikan semula hak mereka yang dirampas.

Menurut Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, realiti ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Al-Qassam adalah pertubuhan militan dan pengganas.

“Al-Qassam bukan pertubuhan haram. Al-Qassam tidak membunuh orang awam. Sasaran utama mereka ialah tentera Israel.

“Tentera Israel adalah militan dan pengganas sebenar. Mereka bunuh orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka menghancurkan masjid, hospital dan sekolah,” kata beliau di dalam rancangan Dimensi sempena kempen Bulan Kemarahan Ummah terbitan TV ISMA baru-baru ini.

“Kita semua tahu, Palesitin dijajah oleh Israel, dikepung, ditindas dan dinafikan hak mereka. Oleh itu menjadi hak Al-Qassam untuk menggunakan apa saja cara untuk mendapat kembali hak mereka,” jelas beliau lagi.

Slogan ‘We are all Al-Qassam’ dan ‘Fight for Gaza’ merupakan slogan yang digunakan dalam Kempen Bulan Kemarahan Ummah anjuran Aman Palestin, ISMA, PEMBINA dan NGO-NGO Islam yang lain.

Tambahnya, apa yang dilakukan oleh Al-Qassam tidak selari dengan definisi militan dan pengganas. Oleh itu, tuduhan bahawa Al-Qassam sebagai militan dan pengganas adalah tidak betul sama sekali.

Sebaliknya, Israel yang melancarkan serangan udara, darat dan air yang berterusan perlu dianggap pengganas yang kejam dan zalim apabila membunuh rakyat Gaza yang tidak berdosa.

Sunday, 17 August 2014

Jadilah kita semua Al-Qassam bermula hari ini

Jadilah kita semua Al-Qassam bermula hari ini


we are all qassam
Melihat Al-Qassam daripada aspek gerakan ketenteraan semata-mata adalah satu pandangan sisi yang kurang tepat. Hakikatnya Al-Qassam adalah lebih luas daripada itu.
Kita biasa membaca berkenaan dengan pemilihan ahli-ahli Al-Qassam yang mempunyai syarat-syarat yang amat ketat dan tidak sekadar meliputi kemampuan tubuh badan yang pada kebiasaanya menjadi penilaian gerakan ketenteraan biasa. Al-Qassam menyedari kemampuan tubuh badan tidak menjamin apa-apa tanpa adanya kekuatan ruh dan jiwa, yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan Islam. Dengan kekuatan inilah, para pejuang Islam mampu untuk mengalahkan gerombolan tentera yang lebih ramai dan mempunyai kelengkapan persenjataan yang lebih hebat:
قَالَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُواْ ٱللَّهِ ڪَم مِّن فِئَةٍ۬ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةً۬ ڪَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ
Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah
 (Surah Al-Baqarah: 249)
Kemenangan itu datang daripada Allah SWT, Tuhan sekelian alam yang menyusun segala aturan di bumi dan di langit daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara. KepadaNyalah segala yang dilangit dan di bumi, dan tenteraNya bukan sahaja manusia, bahkan segala apa yang berada di langit dan di bumi.
وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka) dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Fath :7)
Itulah keyakinan al-Qassam. Al-Qassam mendidik ahlinya untuk menewaskan musuh yang berada dalam setiap jiwa daripada mereka sebelum menewaskan musuh yang berada di luar. Mereka amat yakin orang yang kalah dalam pertempuran di dalam jiwa mereka tidak akan mampu untuk berhadapan dengan musuh luaran. Mereka faham seperti mana yang disebut oleh Saidina Umar Al-Khattab dalam sebuah surat yang dihantar kepada Saad bin Abi Waqas yang berada dalam medan peperangan:
فإني آمرك و من معك من الأخيار بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة على العدو، و أقوى المكيدة في الحرب، و آمرك و من معك أن تكونوا أشد احتراسا من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، و إنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، و لولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، و لا عدتنا كعدتهم، فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة، و إلا ننصر عليهم بفضلنا، لن نغلبهم بقوتنا.
Aku  memerintahkan kamu dan orang-orang yang bersama kamu(tentera –tentera islam) agar bertaqwa kepada Allah dalam setiap perkara. Kerana taqwa kepada Allah itu adalah sebaik-baik kelengkapan perang melawan musuh dan sebaik-baik tipu helah di dalam peperangan. Aku (Umar Al-Khattab) memerintahkan kamu dan mereka yang bersamamu supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada daripada melakukan maksiat dan dosa.Kerana dosa-dosa para perajurit itu lebih aku takuti daripada musuh-musuh yang datang menentang. Sesungguhnya orang-orang islam mendapat kemenangan dengan sebab berlakunya maksiat di kalangan musuh-musuh mereka kepada Allah.Kalaulah bukan kerana itu,tentu sahaja tidak ada kekuatan bagi kita menghadapi mereka(musuh-musuh).Bilangan kita jelas kurang dari jumlah bilangan musuh dan kelengkapan perang musuh jauh lebih baik daripada kelengkapan perang kita. Jika kita sama melakukan maksiat seperti mereka, mereka akan mempunyai kelebihan ke atas kita kerana kekuatan mereka. Jika kita tidak melakukan maksiat (sedangkan mereka melakukannya), maka kita akan menang merana kelebihan tersebut. Sesungguhnya kita tidak akan mampu mengalahkan mereka kerana kekuatan kita”.
Inilah keyakinan al-Qassam. Keyakinan yang sehingga sekarang ini, tentera Isreal dengan segala kekuatan persenjataan mereka tidak dapat mengalahkan tentera Allah ini.
Penjara terbuka Gaza mengajar al-Qassam agar tidak menyerah kalah. Seterusnya, Al-Qassam mengajar kepada kita dan dunia seluruhnya akan erti kemerdekaan yang sebenar walaupun masih duduk dalam penjara terbuka Gaza ini. Kemerdekaan yang bertunjangkan kepada tauhid dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT walaupun seluruh dunia bersatu untuk menghancurkan mereka. Inilah ciri paling besar ada pada setiap jiwa-jiwa Al-Qassam, mereka telah membenarkan baiah mereka pada Allah SWT lalu Allah SWT menyempurnakan janji-janji mereka.
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬ (٢٣) لِّيَجۡزِىَ ٱللَّهُ ٱلصَّـٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23) (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka
(Surah Al-Ahzab 23-24)
Menjadi Al-Qassam adalah bermaksud membebaskan belenggu-belenggu hawa nafsu yang mengikat dalam jiwa kita, yang menghalang kita daripada berasa izzah dengan Islam .Berjihad sebagai seorang Al-Qassam pada seluruh umat Islam di seluruh dunia, bukanlah bermaksud mengangkat senjata persenjataan, tetapi tetap berjuang dan memelihara agama Islam daripada dirobek oleh musuh, sama ada dari sudut fizikalnya mahupun pemikirannya. Jangan salah faham. Kenyataan ini tidak sama sekali menafikan bahawa jihad secara peperangan adalah jihad yang tertinggi. Itu sudah pasti. Hanya jiwa Muslim yang tewas sahaja yang akan menafikannya. Namun, seperti mana kata Imam Hassan al-Banna, wasilah jihad itu pelbagai bersesuaian dengan keadaan dan suasana:
فأولها إنكار القلب، وأعلاها القتال في سبيل الله، وبين ذلك الجهاد باللسان والقلم واليد، وكلمة الحق عند السلطان الجائرولا تحيا الدعوة إلا بالجهاد
Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati, peringkat tertingginya adalah berjihad di jalan Allah. Antara kedua martabat ini: Jihad lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim. Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad
Dengarkanlah kata Imam. “Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad”.
Menjadi Al-Qassam kepada kita bermaksud, kita mempunyai jiwa besar dan kental seperti mereka, menyelusuri jalan jihad seperti mereka. . Menjadi al-Qassam kepada kita ialah dengan mengikut jejak langkah mereka, sanggup menyerahkan segalanya untuk kemenangan dan kejayaan Islam, dan kita mestilah juga mempunyai cita-cita syahid seperti mereka.
 عن أبي ثابت، وقيل: أبي سعيد، وَقيل :أبي الو ليد، سهل ابن حُنَيْفٍ وَهُوَ بدريٌّ – رضي الله علنه – أنَّ النَّبي – صلى الله عليه وسلم -،قَالَ:”مَنْ سَأَلَ الله تَعَالَى الشَّهَدةَ بِصِدْقِ بلَّغَهُ مَنَازِلَ الشَّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ”. رواه مسلم
Daripada Abu Tsabit, ada yang mengatakan, Abu Said, dan ada pula yang mengatakan : Abu al-Walid, Sahal ibn Hunaif, iaitu seorang sahabat yang pernah menyertai Perang Badar (r.a), bahawa Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa memohon kepada Allah Ta’ala kematian secara syahid dengan benar dan jujur, maka dia disampaikannya kepada kedudukan para syuhada’, meskipun dia meninggal dunia di atas katil tidurnya.”
(Riwayat Muslim)
Simbol Al-Qassam bukanlah hanya senjata tetapi jiwa yang merdeka. Simbol al-Qassam bukanlah hanya senjata, tetapi jasad dan nyawa yang telah diberikan untuk dakwah dan jihad Islam ini. Simbol al-Qassam bukan hanya di Palestin, tetapi di seluruh dunia. Pemuda al-Qassam bukan hanya di Palestin. Pemuda al-Qassam juga ada di sini. Al-Qassam bukan hanya lambang senjata semata. Al-Qassam hakikatnya adalah lambang kemulian umat Islam hari ini!
Hadirkanlah al-Qassam itu dalam jiwa setiap kita. Kegemilangan Islam pasti akan dijulang apabila setiap seorang daripada kita adalah al-Qassam itu. Laungkan wahai saudara:
#weareallalqassam

Sunday, 10 August 2014

PEMBONGKARAN! - Kebenaran Al-Quran Tentang Bumi Palestine


PEMBONGKARAN! - Kebenaran Al-Quran Tentang Bumi Palestine

Bumi palestin tidak henti-henti di bedil dan tiap -tiap hari di laporkan kematian yang melibatkan orang yang tidak bersalah tidak terlepas kepada wanita dan juga kanak - kanak menjadi mangsa.Pernahkah anda semua tahu di mana mengenai permasalahan yang berlaku di bumi Palestin kini merupakan suatu perkara yang telah tercatat di dalam kitab suci Al-Quran.



Allah telah mengatur sedemikian rupa bahawa turunan dari Bani Israil akan melakukan kerosakan di muka bumi ini. Sehingga, apa yang sedang berlaku sekarang ini merupakan bukti nyata kebenaran dari firman Allah SWT itu.

Allah SWT berfirman:

"Dan Kami tetapkan Bani Israil dalam Kitab itu," Kamu pasti akan berbuat kerosakan di bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar, "(QS. al-Isra ': 4).

Sungguh hal tersebut telah pun berlaku. Israel yang merupakan keturunan dari Bani Israil telah berada pada tahap kesombongan yang besar. Mereka bangga dengan apa yang mereka lakukan. Ditambah lagi dengan sokongan dari negara-negara besar seperti Amerika dan Britain yang terus merasakan mereka berkuasa. Namun, Allah telah menjanjikan kepada mereka bahawa akan adanya hamba-hamba Allah yang perkasa yang dapat mengalahkan mereka.

Allah SWT berfirman:

"Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang perkasa, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana, "(QS. al-Isra ': 5).


Oleh kerana itu, saudara-saudaraku janganlah korang panik, kerana Allah pasti akan menghantar orang-orang yang akan menolong kalian dikemudian hari. Sehingga, melalui mereka, kehidupan kalian akan kembali merasakan keamana. Tapi, Allah telah menjanjikan juga kepada Bani Israil, bahawa mereka akan mengalami kemenangan kembali.

Allah SWT berfirman:

"Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka, Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang besar," (QS. al-Isra ': 6).

Namun, hal itu janganlah membuat korang semua merasa bahawa Allah itu tidak adil. Kerana sesungguhnya di balik itu semua Allah telah menyiapkan sesuatu bagi mereka. Allah akan membangkitkan semangat kita untuk kembali berjihad. Sehingga, Masjid Al-Aqsa boleh kembali ke tangan umat Islam.

Allah SWT berfirman:
"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri. Apabila datang saat hukuman (kejahatan) yang kedua, (Kami bangkitkan musuhmu) untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka masuk ke dalam masjid (Masjidil Aqsa) sebagaimana ketika mereka memasukinya pertama kali dan mereka membinasakan apa saja yang mereka kuasai, "(QS. al-Isra ': 7).
Itulah kebenaran dari apa yang telah Allah sampaikan kepada kita. Untuk itu janganlah kamu ragu akan kebenaran firman Allah SWT. Kerana, segala apa yang telah dan yang akan terjadi telah Allah tulis di Lauf Mahfudz. Kalaupun, Bani Israil itu kembali melakukan kejahatan, Allah pasti akan tempatkan mereka ke tempat yang serendah-rendahnya. Yakni neraka Jahannam, yang merupakan penjara bagi orang-orang kafir.


Allah SWT berfirman:
"Mudah-mudahan Tuhan kamu melimpahkan rahmat kepada kamu; tetapi jika kamu kembali (melakukan kejahatan), nescaya Kami kembali (mengazabmu). Dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang kafir, "(QS. al-Isra ': 8).

Friday, 8 August 2014

Asal-Usul Keadaan Palestin pada tahun 1900 sebelum penjajahan Israel.

Beginilah keadaan Palestin pada tahun 1900 jauh sebelum penjajahan Israel.



Dalam gambar-gambar di bawah ini terlihat jelas aktiviti warga Palestin yang normal seperti berniaga, beribadah dll.
Selain itu turut kelihatan keadaan warga Palestin yang maju terlihat dari bangunan dan gedung-gedungnya tidak seperti sekarang ini di mana semua itu direnggut oleh kebiadaban Zionis dan sekutunya.















Sekarang ini….

Monday, 4 August 2014

Syarat-syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata

Syarat-syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata

Israel sudah memasuki hari ke 26 yang telah menelan korban lebih 1700 orang melampaui perang terdahulu yang mengorbankan 1200 orang dalam tempoh 43 hari. Paling ramai yang jadi mangsa adalah kanak-kanak dan orang awam yang dituduh menjadi perisai kepada Briged Al Qassam. Dalam keadaan terdesak Israel cuma mengheret Malaysia dengan menuduh komando Hamas di latih di Malaysia tetapi telah dinafikan oleh Hamas.



Pihak musuh juga tidak terlepas apabila beratus askar sudah terbunuh sehingga menjadi ketakutan kepada mereka. Pihak Israel meminta perang dihentikan tetapi ditolak oleh Hamas melainkan mereka menerima 10 syarat yang telah diberi. Israel sudah pasti akan menggunakan kuasa PBB apabila Hamas tidak tunduk dengan permintaan genjatan senjata secara paksa apabila mereka sudah berada dalam keadaan terdesak. Itulah yang terjadi pada pepearangan sebelum ini apabila Israel mengentikan serangan secara tiba-tiba apabila banyak kerosakan berlaku di pihak mereka.


10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata :
Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.
Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).
Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.
Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.
Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.
Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.
Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.
Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.
Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.
Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

Sumber : Jabatan Media Hamas (Terjemahan oleh Aman Palestin)

Jangan pernah putus asa dengan apa yang berlaku di Gaza teruskan berdoa kerana doa adalah sejata yang paling hebat mengalahkan segala sejata moden Israel. Apabila pertolongan ALLAH turun tiada apa yang dapat menghalang biar pun sekali jet perjuang tercanggih di dunia. Pertolongan ALLAH hanya akan turun apabila kita semua dekat kepada NYA dengan amal berterusan dan yakin bahawa semua kejadian asbab kebaikan yang akan diganti oleh ALLAH kepada yang ikhlas dan redha.

Sunday, 3 August 2014

JIJIK! RAKAT MALAYSIA INI NYATA SOKONG ISRAEL SECARA TERBUKA!

JIJIK! RAKAT MALAYSIA INI NYATA SOKONG ISRAEL SECARA TERBUKA!

Sebelum ini kita dimomokkan dengan nama-nama besar dalam dunia politik, NGO dari Malaysia yang terlibat secara tidak langsung dengan Israel.


Jarang kita lihat rakyat negara menyatakan sokongan secara terbuka kepada bangsa yang dilaknat Allah ini kecuali Saudara Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.


Kini, dengan kemajuan ICT yang pesat, rakyat Malaysia tidak lagi segan silu menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Israel.


Buktinya dapat dilihat dari sekeping gambar dari print skrin sebuah laman FB milik Zionis di bawah ini:




Saturday, 2 August 2014

Aman Palestin | Gambar tentera Mesir yang tertawan oleh askar Israel



Aman Palestin

Gambar tentera Mesir yang tertawan oleh askar Israel selepas Mesir kalah kepada Israel di Perang Enam Hari 1967. Mereka dihina dengan dicabut seragam tentera mereka dan hanya memakai pakaian dalam sebelum mereka dibunuh.

Apakah Mesir lupa akan penghinaan ini sehingga sanggup bersekutu dengan Israel menutup sempadan Rafah ?

________________________________

A photo showing Egyptian army captured by Israel's military after losing in the Six Days war in 1967. They were stripped to their undergarments before being executed to death.

Has Egypt forgotten this humiliation by allowing themselves to conspire with israel in closing the Rafah border?

Sumber;
mo5talfoon
‪#‎weareallqassam‬
‪#‎gazaunderattack‬
‪#‎dedaunhancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏غزة_تقاوم‬

Friday, 1 August 2014

Main Kasar Nampak : Israel sasar Malaysia Tuduh Malaysia Latih HAMAS

Israel sasar Malaysia Tuduh Malaysia Latih HAMAS




Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

“Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel,” ujar beliau.

Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel

KDN nafi dakwaan Malaysia tempat latihan pejuang Hamas


KDN nafi dakwaan Malaysia tempat latihan pejuang Hamas


KUALA LUMPUR 31 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan sebuah portal berita Israel kononnya Malaysia adalah tempat latihan untuk pejuang Hamas di Palestin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Malaysia tidak pernah menganjur sebarang latihan ketenteraan untuk mana-mana pihak selain dari negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal.

“KDN tidak pernah melatih mana-mana pejuang dari Hamas secara sulit melainkan ada program latihan di kalangan negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal dengan kita,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata laporan yang tidak berasas itu mempunyai niat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia.

Sebuah akhbar dalam talian The Jerusalem Post semalam memetik kononnya seorang anggota Hamas Cell mengakui Malaysia adalah tempat latihan menyeludup dan membuat serangan sempadan negara dengan menggunakan payung terjun.

Laporan itu juga memetik kononnya anggota Hamas terbabit memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka turut dilatih mengenai cara menculik anggota tentera dan ia adalah sebahagian persiapan Hamas untuk menentang serangan darat pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza.

Wan Junaidi berkata berita tidak sahih itu disifatkan sebagai satu dakyah jahat Shin Bet ekoran Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel di Gaza. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

Monday, 28 July 2014

Israel akui kehebatan pejuang Hamas




Briged al-Qassam membuat kejutan dengan melakukan strategi baharu peperangan.


KECEKAPAN pejuang Hamas menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat, benar-benar menggerunkan tentera Israel di Genting Gaza.


Kepintaran taktikal bahari itu membuahkan hasil apabila puluhan askar Israel maut dan ada yang tekad membunuh diri.


Israel mengakui, senjata dan pengetahuan dibekalkan pejuang Hizbullah berjaya membentuk barisan hadapan yang mantap di kalangan pejuang Hamas.


Kira-kira enam hari lalu, selepas Israel melancarkan serangan darat di kubu kuat mereka di daerah Shejaia beberapa askar Israel dilaporkan cedera sehingga kawasan itu gagal dikawal jauh sekali untuk ditawan.


Serangan paling dahsyat tersebut menyaksikan asap menjulang ke angkasa dengan puluhan Iron Drone Israel memintas puluhan roket yang dilepaskan Hamas hingga daerah di sempadan timur Gaza lumpuh dan musnah sepenuhnya.


Bunyi dentuman letupan dan hujan roket serta api meriam bergema semalaman. Israel akui pejuang Hamas cekap


Sejak hari pertama, pejuang Hamas dikatakan sudah mempunyai taktik serangan yang strategik.


Kecekapan menggunakan rangkaian terowong rahsia dan meletupkan kenderaan tentera dengan alat kawalan jauh telah mengakibatkan lebih 30 askar Israel terbunuh.


Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi ketika Perang Gaza pada 2008 hingga 2009.


“Briged al-Qassam membuat kejutan. Setiap hari, kami cuba menggagalkan ramal mereka dengan mengubah bentuk taktik serangan.


“Kami berjuang dengan cara bersemuka dengan musuh sebagai membalas dendam atas kematian para syuhada yang terbunuh setiap hari, “ kata seorang ahli kumpulan al-Qassam.



Pada konflik kali ini, pejuang Hamas melangkaui batas dalam serangan berbanding sayap pejuang kumpulan Jihad yang lain.



Mereka mempunyai aset pesawat, komando skuba dan askar nekad yang setia menjaga terowong rahsia untuk memerangkap askar Isarel.


Taktik penyamaran juga digunakan pejuang Hamas dengan memakai seragam penuh Israel namun mereka tewas apabila senapang Kalashnikov, M16s atau Tavor itu bukan menyerupai senapang yang digunakan Israel dalam peperangan ini.


Ahad lalu, Hamas membuat serangan paling merbahaya dengan memusnahkan terowong yang dipenuhi senjata dan perangkap samar yang di tanam di beberapa laluan strategik.


“Kami membina beberapa terowong rahsia untuk mengaburi dan bersembunyi dari musuh, “ kata jurucakap kumpulan itu.


Bagaimanapun, segala kegagalan itu disangkal oleh Israel menerusi laporan media Barat yang berat sebelah.


Israel dalam satu laporan menyebut kenderaan mereka dibedil akibat ledakan peluru berpandu dan bukannya diletupkan dengan alat kawalan jauh atau perangkap samar.


Bagi menggelakkan mereka malu, Israel mendakwa hanya seorang askar mereka terbunuh dan lainnya cedera ringan.


Tindakan ini dilakukan bagi menutup kegagalan tentera mereka dalam usaha menentang pejuang Hamas yang sebelum ini dilabelkan sebagai askar ‘penakut’ dan ‘*****’.


Jurucakap tentera Israel, Leftenan-Kolonel Peter Lerner yang berkali-kali membela imej askar Israel akhirnya akur bahawa terdapat peningkatan kemahiran ketenteraan di kalangan pejuang Hamas.


“Tentera kami cekap, bermotivasi dan berdisiplin. Kami telah bertemu dengan musuh paling hebat di medan perang.


“Kami tidak terkejut dengan kecekapan mereka kerana kami sudah tahu bahawa mereka telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan peperangan ini. Mereka sudah membina terowong rahsia ini sejak dua atau tiga tahun lalu, “katanya.



Gerakan bawah tanah


Pegawai tentera Israel berkata, pejuang Hamas sudah menggunakan segala kepakaran serangan seperti peluru berpandu, serangan hendap, menggunakan keldai dan anjing untuk melakukan serangan nekad.


“Serangan di Shejaia telah memecahkan rahsia kecekapan mereka. Kami percayai segala perancangan ini sudah dibuat sejak lapan tahun lalu berdasarkan laluan bawah tanah yang kami jumpai. Ia menakjubkan,” katanya.


Terkurung di wilayah yang mempunyai kepadatan penduduk 1.8 juta dan mempunyai jaluran kemiskinan dan pengangguran kira-kira 40 peratus, sudah tibanya penduduk Gaza bangkit bagi memecahkan segala sekatan Israel dan Mesir .


Bertitik tolak dari situ, pemimpin Hamas berharap matlamat tersebut dapat dicapai demi membebaskan penduduk Palestin dari jurang negara antarabangsa.


Semangat jitu pejuang Hamas untuk menentang kekejaman Israel pernah dilaporkan sebelum ini oleh agensi berita Reuters pada April lalu ketika mereka meninjau sendiri kesipuan seharian penduduk Palestin.


Menurut laporan itu, semua golongan muda dan remaja dibekalkan dengan ilmu pengetahuan mendalam tentang teknik gempuran dan serangan untuk menghadapi askar Israel.


“Kami melihat kumpulan pejuang remaja berada di dalam sebuah kelas dan belajar taktik pertempuran. Mereka juga melakukan latihan praktikal dan menyesuaikan diri dengan situasi peperangan melalui simulasi hujan mortar, teknik menyelinap ke dalam terowong untuk menyelamatkan diri,” memetik laporan itu.



Bukan kerugian besar


Dalam tempoh dua minggu ini, lebih 1,000 roket kebanyakannya buatan sendiri telah dilancarkan ke Israel sekali gus memaksa kumpulan pejuang menambah kapasiti persenjataan.


Penganalisis perang Gaza Adnan Abu Amer berkata, selain berjuang pemimpin-pemimpin Hamas juga memberikan mesej tersirat bahawa mereka mampu menghasilkan roket buatan Gaza dan masih juga menguji keupayaan roket buatan asing.


“Ini bukan satu kerugian buat Gaza tetapi satu pelaburan dalam menentang musuh yang kuat. Terdapat laporan bercanggah mengenai kerugian Hamas dari segi set pejuang.


“Israel mendakwa Hamas mempunyai 20,000 pejuang dan seramai 60 atau 70 syahid. Perkara ini tidak boleh menggambarkan sebagai satu kehilangan besar buat mereka,” katanya.


Seorang lagi penganalisis perang Charles Lister berpendapat, video yang diedarkan oleh al-Qassam benar-benar menunjukkan kekuatan aset persenjataan kumpulan itu.


“Penggunaan kereta kebal anti-peluru berpandu bersaiz kecil berbanding yang dimiliki Israel jelas menunjukkan kumpulan al-Qassam mempunyai sistem pertahanan perisai unggul,” katanya.



Ajaran Hizbullah


Ketika Gaza selama 22 hari, pejuang Hamas dan kumpulan sayap pejuang lain gagal melindungi wilayah Gaza.

Ketika itu, hanya enam askar Israel dilaporkan terbunuh diikuti perang lapan hari pada 2012 dengan dua kematian tentera Israel dilaporkan.


Bekas askar Isarel Lerner berkata, sepanjang Intifada pertama dan kedua diikuti perang lapan hari pejuang Hamas kurang menyengat.


“Kebanyakan mereka adalah anggota baharu. Mereka mendapat pendidikan latihan ketenteraan dari Iran. Bentuk serangan banyak menyerupai taktik serangan dilakukan Hezbollah dan kami sudah dapat membaca segala pergerakan itu.


Ketika Intifada kedua pada 2005, seramai 12 askar Israel terbunuh dalam sehari dan itu adalah catatan tertinggi perdah berlaku dalam sejarah peperangan Israel.


Pegawai perisik Israel berkata, Syria, Iran dan Hizbollah adalah individu yang bertanggungjawab melatih pejuang Hamas dalam memperkenalkan taktik baharu seperti yang disebarkan di Internet.



Strategi Hamas menjadi


Taktik membina terowong sepanjang 1 hingga 7 kilometer, meletupkan terowong dan bersembunyi didalaminya adalah taktik yang tidak pernah terfikir oleh tentera Israel, menurut menganalisis perang Israel, Ehud Yaari.


“Kami sukar menjangkakan kewujudan terowong bawah tanah di Gaza. Ia adalah serangan paling digeruni kerana tiada sebarang tanda amaran. Strategi peperangan mereka sangat sistematik hingga menyukarkan kami untuk melakukan serangan,” katanya.


Taktik yang digelar ‘subterranean warfare’ ini adalah inovasi terkini dan kejayaan pejuang Hamas .



Selepas memperuntukkan bertahun-tahun dan jutaan dolar untuk membina terowong tersebut , Hamas layak untuk menempa kejayaan atas usaha itu.


“Hamas menggunakan kaedah serangan melalui bawah tanah. Serangan tersebut benar-benar memberi tekanan hebat kepada askar kami,” katanya.


Tidak kira apa juga taktik serangan dan kehebatan kedua-dua kumpulan ini, ada perkara yang lebih penting iaitu gencatan senjata perlu dilakukan segera oleh mereka.


Ketika sidang media hari ke-empat, pemimpin Hamas mengaku, peperangan ini adalah satu perkara sangat memeritkan buat mereka.


Namun, sebagai penduduk dunia, peperangan ini perlu segera dihentikan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa melayang.


Sama ada Hamas atau Israel mencipta kejayaan dalam peperangan ini ianya kini bukan lagi sesuatu yang ingin dilihat.


Perkara lebih penting ianya harus diberhentikan segera kerana peperangan ini sudah menjadi peperangan jenayah kemanusiaan paling besar pernah dicatatkan di bumi Gaza.