
Diajukan persoalan “Betulkah Amar dan Izreen sedang asyik bercinta?” menerusi suratkhabar BiPop semalam, Amar Baharin berkata:-
Kalau orang mengandaikan kami bercinta, kami tak boleh nak cakap apa-apa. Barangkali mereka melihat kemesraan dalam drama dan gambar di laman sosial lalu menyimpulkan kami sedang bercinta. Saya tidak mampu menduga kesudahan cerita ini. Kalau sudah tertulis jodoh antara kami, saya tak mampu melawan suratan takdir. Tetapi hingga saat ini, soal itu tak pernah terlintas di hati saya pun.

Betul kata Amar tue. Soal jodoh tiada siapa yang tahu. Hari ini mungkin tak ada perasaan apa-apa, tup-tup esok jumpa terus rasa cinta separuh mati. Yang penting bagi ialah Amar bukan punca keruntuhan rumah tangga Izreen dan suaminya. Soal masa depan, biarlah Allah menjadi penentu. Kalau betul jodoh Amar dengan Izreen, Yakin peminat akan merestuinya. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment