Monday, 14 July 2014

Antara Virus Je, Kilang Lynas Dan Penipuan DAP




Tindakan lebih dari 200 penduduk Kampung Selamat di Tasek Gelugor Pulau Pinang mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah ternakan babi di kawasan itu dan meminta kerajaan negeri memindahkannya ke kawasan lain merupakan satu rayuan yang berbentuk “minta nyawa”. Selama ini orang Melayu di Pulau Pinang telah ditindas dan dihina dengan agak teruk.

Penghinaan boleh dalam bentuk terang dan halus. Sebenarnya selama ini kaum Cina telah menghina bangsa Melayu yang beragama Islam secara agak keterlaluan. Cuba kita fikirkan logik akan pembinaan ladang babi di kawasan kampung orang Melayu apabila babi merupakan binatang yang haram kepada umat Islam bukan sekadar haram untuk dimakan malahan haram disentuh.

Namun begitu jika kita teliti dengan terperinci maka banyak juga kandang babi yang dibina dikawasan kampung orang Melayu dengan bermacam-macam alasan mereka yang tersendiri. Jika kaum Cina terlalu sukakan babi, mengapa mereka tidak membuat kandang babi ini dikawasan penempatan kaum Cina yang tidak mempunyai sensitiviti haram dari segi agama mereka seperti haram makan dan pegang.

Masalah utama sekarang ini, ladang ternakan babi ini bukan sekadar menyentuh sensitivi umat Islam malahan sudah sampai ketahap mengugat keselamatan orang Melayu yang berada disekeliling ladang babi tersebut.

Baru-baru ini seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, disahkan dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE). Selain daripada itu juga seorang kanak-kanak perempuan, Norain Nasuha Shukri yang berumur dua tahun lima bulan turut disahkan dijangkiti virus JE selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lalu adalah positif.

Sebelum ini sebanyak 16 kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) dengan empat kematian dilaporkan sehingga hari ini. Kes kematian itu melibatkan dua mangsa di Sabah dan masing-masing seorang di Kelantan dan Selangor. Oleh itu virus jangkitan JE ini merupakan sesuatu yang amat memudaratkan dan membahayakan kesihatan. Namun pihak yang mengusahakan dan menggunakan babi yang menyebabkan jangkitan JE ini tidak pula bertindak menutup ladang ternakan babi mereka.

Untuk rekod mereka ini juga lah antara manusia yang cukup hipokrit berarak dan berdemo secara berterusan menentang Kilang Lynas kononnya mengikut “mitos” mereka akan membahayakan rakyat. Hakikatnya kilang Lynas ini akan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada orang Melayu. Dan setakat ini tidak ada sebarang kematian dicatatkan oleh kilang Lynas.

Selain dari ladang babi ini mengancam nyawa penduduk setempat, ianya juga telah menyebabkan penduduk kampung hilang sabar setelah sekian lama berdepan dengan masalah ladang babi terutama pencemaran bau busuk dan air dari sisa kumbahan ladang itu. Ini merupakan antara bentuk penindasan DAP Pulau Pinang terhadap orang Melayu. Jelas DAP Pulau Pinang dibawah pentadbiran Lim Guan Eng gagal menjaga kebajikan orang Melayu. Dengan ertikata lain cogan “kesamarataan” yang dibawa oleh DAP merupakan “bullshit” semata-mata untuk menipu rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment