Thursday, 24 July 2014

Bas Ekspress 2 Tingkat Transnasional Hangus Terbakar

Sebuah bas ekspres dua tingkat milik Transnasional hangus terbakar dalam kejadian jam 1.45 petang, 23 Julai 2014 di Kilometer 32 Jalan Lipis-Merapoh, dekat FELDA Telang.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Puchong Prima ke Kota Bharu diberitakan sedang membawa 41 penumpang

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, semua penumpang termasuk dua pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Bagaimapun barang seperti beg pakaian dan keperluan harian kepunyaan tujuh penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak ke seluruh bahagian bas dengan cepat.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati kebakaran bas berpunca daripada enjin bahagian belakang mengeluarkan asap dan percikan api dan terus merebak ke keseluruhan bahagian bas.


No comments:

Post a Comment