Thursday, 17 July 2014

Bintang Arsenal, Mesut Ozil derma RM1.9 juta (350,000 pound) pada kanak-kanak Gaza



Bintang sensasi Jerman, Mesut Ozil dilapor akan mendermakan bonus kemenangan yang diterimanya berjumlah RM1.9 juta (350,000 pound) kepada kanak-kanak Gaza selepas membantu negara itu menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil.


Konflik yang terus berlanjutan di Timur Tengah susulan rundingan genjatan senjata menemui jalan buntu, membuatkan pemain berkenaan bersedia mendermakan bonus sebanyak RM1.5 juta (270,000 pound) yang diterimanya apabila membantu Jerman muncul juara dan RM644,796 (118,000 pound) lagi daripada aksi separuh akhir

Sumber;
Berita Harian

p/s; dikatakan Ozl membuat keputusan ini selepas salah seorang dari 4 kanak-kanak yang dibom hancur oleh pesawat perang Israel petang tadi memakai jersey Ozil dan diviralkan di laman sosial.

No comments:

Post a Comment