Saturday, 26 July 2014

BLACK TAK SABAR TIMANG CAHAYA MATA




Penyanyi popular Black teruja bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi kini hamil tiga bulan.
"Ketika mula-mula mendapat berita itu daripada isteri yang membuat pemeriksaan menerusi alat penentu kehamilan, saya seakan-akan tidak percaya. Tiga kali dia membuat pemeriksaan yang sama dan jawapan yang diterima ialah positif.

"Selepas itu barulah kami mendapatkan pemeriksaan doktor dan sahlah isteri hamil. Hanya selepas kandungan mencecah usia dua bulan setengah barulah saya berani bercerita mengenai perkara itu," katanya kepada Berita Harian.



Dalam pada itu, isteri Black yang lebih mesra dengan panggilan Cira berkata, sejak berbadan dua ini dia mengalami alahan teruk.

"Pada peringkat ini, saya memang mengalami alahan sangat teruk. Kepada sentiasa pening. Memang susah juga Black nak tinggalkan saya. Dia risau jika ada apa-apa yang berlaku.

"Sejak mengandung, Alhamdulillah apa saja keinginan saya akan Black penuhi. Cuma sekarang ini saya mengidam nak makan telur ikan, tetapi belum dapat lagi. Jenuh juga Black nak mencarinya."

Sementara itu, Black turut mengakui dia sukar untuk meninggalkan isterinya keseorangan kerana bimbang dengan keadaannya.

"Sebab itu, walau ke mana saya pergi, saya akan bawanya bersama. Risau juga nak tinggalkannya berseorangan."

No comments:

Post a Comment