Thursday, 24 July 2014

FESYEN YUNA ZARAI DISAMAKAN DENGAN KARTUN BARNEY & FRIENDS



FESYEN YUNA ZARAI DISAMAKAN DENGAN KARTUN BARNEY & FRIENDS

FESYEN YUNA ZARAI DISAMAKAN DENGAN KARTUN BARNEY & FRIENDS | Jika anda masih ingat lagi, Yuna Zarai pernah diselar kerana didakwa mengenakan pakaian yang terlampau jarang sehinggakan menampakkan pusatnya.

Bagaimanapun, Yuna menafikan hal itu dan menegaskan bahawa foto tersebut telah diedit semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ingatkan isu berkenaan baju seksi berakhir di situ saja. Namun, telahan kami ternyata salah apabila sebuah forum kini sedang hangat memperkatakan tentang baju ungu ketat Yuna yang disamakan dengan karakter kartun Barney & Friends. Eh. Yeke sama?


Baju ungu Yuna disamakan dengan karakter kartun Barney & Friends

Pertama kali tampil sebagai covergirl majalah Cosmopolitan, nampaknya baju yang dikenakan oleh Yuna tidak begitu disenangi oleh para netizens.

Seperti kebiasaan, mereka mempersoalkan tentang imej daring Yuna yang dilihat tidak bersesuaian dengan penampilannya yang berhijab.


Antara komen yang diajukan oleh para netizen

Namun, di sebalik lambakan kritikan yang diterimanya, ada juga yang menggemari busana ungu tersebut dan mengatakan Yuna tampak lebih anggun dan matang.

Apapun, setiap orang mempunyai pendapat dan hujah masing-masing. Mana yang buruk kita tegur, mana yang baik kita jadikan tauladan.

Yang paling penting adalah cara kita membuat teguran itu, sama ada ia merupakan satu teguran yang membina ataupun sekadar kritikan kosong yang menjatuhkan. Jadi, anda di kelompok yang mana satu ya?

No comments:

Post a Comment