Thursday, 24 July 2014
Guru Biadap!!! Rogol Murid Darjah 3
Guru Biadap!!! Rogol Murid Darjah 3
PEKAN – Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Felda Chini Timur, dekat sini terpaksa melalui detik hitam dalam hidup apabila dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika pulang dari sekolah.
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu sedang menunggu abangnya yang dalam perjalanan untuk menjemputnya pulang ke rumah.
Menurutnya, ketika sedang menunggu kira-kira jam 1.10 tengah hari, sebuah kereta Proton Saga berwarna kelabu yang dipandu seorang lelaki menghampiri mangsa di luar kawasan sekolah.
“Suspek kemudiannya keluar dan memperkenalkan diri kepada mangsa dengan nama ‘Cikgu Razak’ sebelum dia mempelawa mangsa menaiki keretanya untuk dihantar pulang ke rumah.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya menerima pelawaan ‘cikgu’ terbabit dan tidak menyedari bahawa lelaki tersebut menyimpan niat jahat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.
Amran berkata, suspek kemudiannya membawa mangsa ke satu kawasan ladang berhampiran sekolah sebelum merogolnya dalam kereta namun kemudian mangsa berjaya melepaskan diri keluar dari kawasan ladang berkenaan sebelum berjalan kaki pulang ke rumah.
“Mangsa yang kemudiannya ditemui ahli keluarganya menceritakan kejadian yang menimpanya sebelum mereka membuat laporan polis dan membawa mangsa melakukan pemeriksaan di hospital.
“Polis kini giat mengesan suspek melalui gambaran wajah yang diberikan oleh mangsa selain pelbagai kaedah bagi memberkas suspek yang kini masih bebas,” katanya.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa serta penjaga agar lebih peka dengan keselamatan anak masing-masing selain mengawasi pergerakan anak-anak dan memastikan mereka menanti anak-anak ketika pergi dan pulang dari sekolah.
“Kepekaan ibu bapa membantu mengekang masalah jenayah berkaitan selain mengelak kejadian seumpama ini berlaku tanpa sebarang pengawasan yang sewajarnya,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment