Sunday, 27 July 2014

juliana evans bertudung??




Cakap pasal yang jauh di rantau orang kan, si Juliana Evans yang comel molek itu bila nak pulang ke Malaysia?
Sekian lama menimba ilmu, khabarnya sudah menamatkan pengajian tetapi sambung lagi di New York Film Academy (NYFA) pula.
Tak apa dunia sekarang tanpa sempadan, tiada masalah nak dapatkan update pasal ex-girlfriend Zizan Razak ni, oops!
Pelakon berdarah kacukan ini dahulunya menyambung pelajaran di universiti di Michigan dan kini sedang mengikuti kursus dalam bidang perfileman di NYFA mungkin sebagai langkahnya memperbaiki atau lebih mendalami dunia perfileman.
Melalui Instagram Jue ada memuatnaik beberapa foto terbarunya yang sangat manis sekali mengenakan hijab. Adakah dia pun dah berhijrah? Mana tahu, dek kerana ramai yang berubah, Jue pun tertarik untuk sama-sama berhijrah.



Rupa-rupanya dia berpernampilan sopan begitu kerana tawaran filem pendek daripada pengarah daripada Syria yang juga menuntut disitu. Filem pendek bertajuk Freedom To Discriminate menampilkan Jue sebagai wanita Islam dengan penampilan sopan bertudung.


Akibat memuatnaik gambar (bertudung) tersebut di Instagram, rata-rata ramai yang mengecam tindakan Jue itu yang katanya hanya mengikut suruhan manusia tetapi tidak Allah.
Kapsyen foto tersebut bernunyi “Excited to be playing my character today as a Muslim-American woman for one of NYFA Filmmakers project -Freedom of Discrimination” mengundang teguran pedas dan dilihat seperti cuba melihat perkara ini dari satu sudut sahaja.

Antara komen yang diberikan netizen:-
Pengarah suruh pkai tudung bleh plak pkai tp klau ALLAH suruh pakai tudung tutup aurat x nak ikut plak nmpak sgt hati itam alasannya xmau pkai x mai seru lg kah..kahh.."
"Jgn kerana wang, baru nak pakai tudung.. Lepas tu dah habis shutting, bukak semula semua... Ini permainkan hukum agama namanya.. Moga allah beri taufiq dan hidayah pada kita semua~ aamiin"

Entahlah, serba salah nak komen tetapi janganlah kita menghukum, menuduh hati orang lain hitam dan sebagainya sebab siapa kita untuk menilai sedangkan diri sendiri masih insan yang lemah. Murai Baru bukan apa tak sedap didengar dan perkara ini boleh mencetuskan fitnah dan menampakkan Islam itu berkeras kepada kita walaupun ia sangat mudah.
Tidak terlepas memberikan komen adalah pengarah dan penerbit Excellent Pictures, Ahmad Idham yang ingin menawarkan watak kepada aktres itu nanti.

Ok confirm this watak for next film Jue Evans... Hehehe

Apa tafsiran anda untuk perkara ini? tiada masalah untuk tegur Juliana Evans ini. Teguran itu untuk jadikan kita lebih baik dari sebelumnya, bukankah kita semua mahu jadi yang terbaik. Untuk diri sendiri dan juga kepada orang lain juga.
Tapi biarlah berasas, punya elemen yang menyedarkan kesalahan seseorang itu, bukannya menghukum, menghina dan menjatuhkan air muka dengan dakwaan dan hukuman yang sama sekali bukan bidang kuasa anda. - See more at: http://www.shah23rein.com/2014/07/hangatjuliana-evans-bertudung.html#sthash.FOiujGDF.dpuf

No comments:

Post a Comment