Friday, 25 July 2014

KANTOI!! GADIS UKRAINE CURI MASKARA MILIK MANGSA NAHAS MH17





Terdapat banyak dakwaan menyatakan barangan mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai lalu telah dicuri oleh puak pemisah dan penduduk tempatan.


Terbaru, gambar sebatang maskara yang dikongsikan di laman sosial Instagram membuktikan perkara ini memang berlaku.


Seorang remaja tempatan sana menggunakan nama “Zolotasya” dikesan memuat naik gambar alat solek dari Eropah berjenama Catrice. Berdasarkan lokasi yang dikongsikan pada sesetengah gambar gadis ini tinggal di Torez, sebuah bandar di Timur Ukraine yang terletak berdekatan lokasi nahas MH17.


Dalam komen di Instagram yang diterjemahkan, Zolotasya memberitahu maskara itu diberikan kepadanya oleh seorang rakan.





Apa yang membuatkan dia kantoi maskara itu milik mangsa nahas MH17 adalah dalam komen lain dia menyebut bahawa ‘ada banyak lagi barangan telah diagihkan termasuk pakaian’ dan ‘maskara ini datang dari Amsterdam, atau, padang… faham kan’.


Apabila perkara ini tersebar di laman sosial, Zolotasya dikecam ramai rakyat Ukraine. Gadis ini kemudiannya dikatakan mengaku dia berpihak pada puak pemisah pro-Rusia yang turut dikaitkan sebagai pihak yang bertanggung jawab menembak jatuh MH17.


Apa pun, kes kecurian barangan milik mangsa nahas pesawat MAS ini sebenarnya sudah mula disedari oleh banyak pihak termasuk keluarga mangsa.


Antara bukti lain adalah laporan The Daily Mail tentang penggunaan kad kredit milik salah seorang penumpang MH17 yang terkorban didapati telah dilakukan di Ukraine sejak hari nahas berlaku.

No comments:

Post a Comment