Friday, 25 July 2014

Kronologi Kes Hanez & Mr R




Kronologi Kes Hanez & Mr R | Baru-baru ini hangat kes Hanez Suraya Merampas SUAMI ORANG , hal ini dibongkarkan oleh isteri MR R sendiri...Baca Selanjutnya

Berat betul harga sebuah gelaran ‘selebriti’ nie. Tak semua orang sebenarnya boleh pikul. Kenapa? Bayangkan kalau anda ada buat salah sikit atau timbul apa-apa kontroversi yang melibatkan diri anda, konfim anda akan dihentam seteruk-teruknya oleh peminat dan keyboard warrior.
Terbaru, mengenai kontroversi yang melanda Hanez Suraya dan seorang suami orang, Nampaknya Hanez Suraya dihentam dengan teruk oleh peminat dan walaupun Hanez ada mengatakan yang dia tak tertekan, tapi MiG Online yakin sekuat manapun seseorang tu, mesti sentap gila *xoxo* bila baca maki hamun yang diberikan oleh peminat. Bukan sikit, tapi boleh kata 95% memberi reaksi negatif kat Hanez, sebagai contoh:








Memang pedas berbisa kata-kata peguam tak rasmi nie. Kata Hanez:

“Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah”
“Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka”
“Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya,” Apapun, kita tunggu la esok, katanya bakal berlangsung sidang media dari pihak Hanez untuk menerangkan segalanya. Kita nantikan yea?

No comments:

Post a Comment