Tuesday, 22 July 2014

MH17 : Puak Pemisah Serah Dua Kotak Hitam Kepada Malaysia




Donetsk - Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.

Mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.

Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Republik Donetsk kerana memulangkan dua kotak hitam milik Malaysia ini,” kata seorang wakil dari Malaysia.

No comments:

Post a Comment