Tuesday, 8 July 2014

Neelofa, Ziana Zain, Ana Dahlia & Umie Aida Tukar Imej Pada Ramadan 2014





Selepas pelakon Neelofa mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab, nampaknya ramai lagi selebriti yang turut terpanggil untuk melakukan perkara sama.

Selepas Neelofa, penyanyi popular Ziana Zain dikatakan telah berhijab apabila dilihat menaikkan sekeping foto di laman Instagramnya pada 3 Ramadan lalu.

Ramai peminat yang memberi maklum balas positif selepas Ziana menaikkan foto tersebut dan rata-ratanya menyokong sekirannya artis pujaan mereka itu mengambil keputusan untuk terus mengenakan tudung.

Yang terbaru, aktres Ana Dahlia juga memilih Ramadan 1435H ini untuk berhijab dan perubahan imej Ana juga turut dikesan menerusi laman Instagramnya.

Difahamkan pelakon yang sedang mempersiapkan diri untuk bergelar isteri ini juga sudah mula berhijab sejak awal Ramadan lagi.

Selain Ana, pelakon terkenal Umie Aida juga turut mengikut jejak langkah teman-temannya itu.

Menerusi laporan Berita Harian hari ini, Umie Aida mengesahkan dia kini sudah berhijrah dan lebih tenang memakai hijab secara kerana merasakan ianya lebih selesa dan seronok.

Kata Umie lagi Ramadan menjadi satu dorongan kuat buat dirinya untuk terus bertudung dan tidak takut akan rezeki apabila tampil dengan imej baru ini.

Umie juga memberitahu perasaan untuk bertuding bertambah kuat ketika menunaikan solat Terawih dan sudah bersedia seratus peratus dengan imej terbarunya ini.

Astro Gempak ucapkan tahniah kepada Neelofa, Ziana Zain, Ana Dahlia dan Umie Aida dengan hijrah dan penampilan terbaru mereka ini. Diharapkan mereka semua dapat menjalani kehidupan sebagai anak seni dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment