Thursday, 10 July 2014

Saya mahu Krul - Van Gaal



Jurulatih Belanda Louis Van Gaal mahu Tim Krul dimasukkan untuk sepakan penalti ketika menentang Argentina. Van Gaal yang dikatakan genius selepas membawa masuk Krul menggantikan penjaga gol Jasper Cillesen ketika menang menentang Costa Rica pada perlawanan suku akhir Piala Dunia Fifa tetapi tidak berjaya mengulangi ketika menentang Argentina selepas menggunakan semua pemain gantian.

Cillessen tidak pernah menyelamatkan sepakan penalti sepanjang kariernya gagal untuk perbaiki rekod itu di Sao Paolo, memberikan kemenangan kepada Argentina selepas beraksi 120 minit tanpa jaringan.

Selepas separuh masa pertama, Van Gaal menggantikan Bruno Martins Indi dengan Daryl Janmaat setelah dilayangkan kad kuning kerana tidak berjaya mengekang ketua pasukan Argentina Lionel Messi. Van Gaal kemudiannya memasukkan Jordie Clasie untuk Nigel de Jong yang baru sahaja pulih dari kecederaan.

Pada separuh masa tambahan pertama, Klaas Jan Huntelaar masuk menggantikan Van Persie yang tidak berjaya memberi impak kepada pasukan tetapi Van Gaal mulai sedari kesilapan dalam percaturannya.

"Jika saya boleh menggantikan dia [Cillessen] dengan Krul, saya telah melakukannya," ujar Van Gaal selepas perlawanan itu berakhir.

Van Gaal yang merupakan bekas pengurus kelab AZ Alkmaar memuji anak didik Sergio Romero apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti pagi tadi.

"Penalti bergantung kepada nasib dan saya telah mendidik Romero dengan baik."

Oranje yang dikritik media kerana memilih untuk bermain dengan bertahan daripada menggunakan taktikal serangan 4-3-3.

Tetapi Van Gaal tetap memuji pasukannya kerana mereka berjaya melepasi sasaran awal pasukan itu.

"Belanda bermain dengan baik sekali."

"Tiada siapa yang menjangka kami akan sampai ke peringkat ini."

Van Gaal selepas ini akan menuju ke England untuk mengurus juara BPL 20 kali Manchester United.

No comments:

Post a Comment