Thursday, 24 July 2014
Steven Gerrard: Wira sejati umum persaraan dari bola sepak antarabangsa
Steven Gerrard: Wira sejati umum persaraan dari bola sepak antarabangsa
Steven Gerrard mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa pada usia 34 tahun selepas mengumpul 114 cap dan menjadi kapten pasukan negaranya dalam 38 perlawanan.
Pemain tengah itu menyumbang tenaga sebagai seorang daripada ikon bola sepak England terutamanya di Liverpool yang meletakkannya antara pemain Inggeris terbaik.
Rekodnya hanya diatasi dua pemain Peter Shilton dan David Beckham yang lebih banyak mewakili Three Lions dan kini penyarung jersi nombor 4 itu terpaksa menggantung jersi England biarpun berat hati.
Mari kita mengimbau semula karier gemilang Gerrard sepanjang 14 tahun bersama England dengan memilih antara detik terbaiknya dalam perlawanan antarabangsa.
England 2-0 Ukraine, 31 Mei 2000 (perlawanan persahabatan antarabangsa)
Pemain tengah Liverpool itu diberikan hadiah hari jadi ke-20 paling diingati pengurus England ketika itu, Kevin Keegan pada Mei 2000.
Selepas melepasi usia remajanya sehari sebelum itu, dia berada dalam kesebelasan utama bermain di Stadium Wembley lama untuk memulakan karier antarabangsa. Gerrard, pemain serba boleh beraksi pada sebelah kanan dengan formasi 3-5-2 tetapi malangnya tidak kekal lama selepas dikeluarkan ketika permainan berbaki 10 minit akibat kecederaan. Pemain muda itu mempamerkan aksi sederhana pada perlawanan pemanas terakhir England sebelum EURO 2000 untuk mendapatkan tempat dalam skuad 23 pemain terakhir Keegan ke kejohanan terbabit.
Jerman 1-5 England, 1 September 2001 (Perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2002)
Selepas menimba pengalaman berharga berada dalam skuad Keegan pada EURO tahun sebelumnya, Gerrard memulakan perlawanan kompetitif antarabangsa pertamanya untuk England dengan beraksi di venue sukar di Olympiastadion Munich.
Sven-Goran Eriksson meletakkan pemain berusia 21 tahun itu di bahagian tengah dan berpuas hati dengan keputusan itu selepas England beraksi garang, menewaskan musuh ketat mereka dalam salah satu daripada kejayaan terbaik pernah dicatat Three Lions. Jaringan antarabangsa pertama Gerrard begitu penting selepas dia meledak dari jarak 25 ela ketika perlawanan itu menghampiri penghujung separuh masa pertama, meletakkan pelawat di depan dan memberikan kesan psikologi terhadap tuan rumah, menyebabkan mereka tidak mampu bangkit semula. Keputusan itu kekalahan kedua Jerman pada kelayakan Piala Dunia di tempat sendiri sekali gus memberikan peluang kepada England mara ke Korea/Jepun 2002 selepas melalui kempen kelayakan mengecewakan.
England 2-0 Trinidad dan Tobago, 15 Jun 2006 (Piala Dunia 2006 FIFA)
Biarpun mempamer aksi wira di Munich, Gerrard terlepas tempat Piala Dunia 2002 akibat kecederaan yang menyaksikannya beraksi pada perlawanan terakhir Piala Dunia 2006 menentang Paraguay.
Lima hari kemudian, dia menjaringkan gol pertama Piala Dunia dengan meledak jaringan saat akhir untuk menamatkan keresahan Inggeris menentang Trinidad dan Tobago di Nuremberg. Peter Crouch menanduk masuk hantaran lintang David Beckham dari sayap kanan untuk memecah kebuntuan ketika perlawanan berbaki tujuh minit ditamatkan dan sepakan kencang Gerrard memastikan England mara ke peringkat kalah mati 16 pasukan.
Perancis 1-1 England, 11 Jun 2012 (UEFA EURO 2012)
Selepas dinamakan kapten tetap England buat kali pertama sebulan sebelum kejohanan peringkat benua itu bermula, Gerrard diberikan peluang menghapuskan badi England yang sering gagal di EURO. Bagaimanapun, kesilapan hantaran ke belakang menyaksikan Thierry Henry dijatuhkan sebelum Zinedine Zidane menyudahkan sepakan penalti bagi membantu Perancis mengekang England pada perlawanan pembukaan EURO 2004. Lapan tahun kemudian, dua musuh ketat itu sekali lagi bertembung pada perlawanan pembukaan tetapi Gerrard sekali lagi memainkan peranan penting dalam perlawanan terbabit.
Sepakan percumanya ditanduk masuk Joleon Lescott untuk meletakkan England mendahului pada separuh masa. Samir Nasri menyamakan kedudukan menerusi serangan menarik sebelum Gerrard menyelamatkan percubaan berbahaya Karim Benzema di atas garisan pada penghujung perlawanan.
England 2-0 Poland, 15 Oktober 2013 (kelayakan Piala Dunia FIFA 2014)
Selepas memulakan karier England di Stadium Wembley yang dibangunkan semula, Gerrard menamatkan karier kompetitif antarabangsa di gelanggang baru Inggeris dengan gol yang membantu skuadnya mara ke Brazil 2014.
Ketika England memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kelayakan, Gerrard sekali lagi mempamer status selaku ikon England untuk membantu skuad Roy Hodgson beraksi di Piala Dunia 2014.
Wayne Rooney menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Gerrard mengesahkan kemenangan ketika perlawanan berbaki dua minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment