Alhamdulillah!! Adira berubah semoga berkekalan...

Alhamdulillah kerana kini semakin ramai artis-artis perempuan tanahair sudah mula berhijrah dengan memakai hijab dan kini Adira juga sudah mula berhijab... Pintu hati mereka sudah terbuka untuk menutup aurat yang juga merupakan mahkota wanita dan menjadi kewajiban sebagai seorang wanita Islam.
Begitu juga dengan jawapan yang diberikan oleh Sheera Iskandar semalam berkaitan keputusan beliau untuk bertudung penuh. Hari ini, Adira AF juga turut sama menafikan ianya ada kena mengena dengan perkahwinan.
Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Adira AF mengakui beliau sudah tiga hari mengenakan tudung dan ianya ikhlas datang dari hati.
“Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya. Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri. Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,” ujarnya.


Kita doakan yang perubahan ini kekal dan membawakan sesuatu yang positif dalam kehidupan Adira AF selepas ini. Tidak semestinya kena buka aurat baru boleh jadi artis dan diterima oleh peminat.. Berhijab juga boleh kekal menjadi artis namun kena menjaga batas pergaulan dan sentuhan.. Rezeki datang daripada Allah swt dan kita kena berusaha untuk mendapatkannya.. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment