Sunday 31 August 2014

BAPA SAUDARA MENGAKU SALAH BUAT ADUAN TANPA PERIKSA

BAPA SAUDARA MENGAKU SALAH BUAT ADUAN TANPA PERIKSA





Alhamdulillah bapa saudara yang membuat aduan mengenai anak saudaranya yang juga seorang murid darjah 1 mempunyai kesan birat menyerupai jari di pipi, dikatakan kerana ditampar guru telah memohon maaf kerana telah membuat dakwaan tanpa mendengar penjelasan dari semua pihak.

Kejadian ini tersebar di media siber selepas bapa saudara kanak-kanak terbabit memuat naik status berkaitan di laman sosial dengan memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang sebelum satu laporan polis dibuat.

Bapa kanak-kanak ini turut tampil di sebuah akhbar tempatan dan mendakwa anaknya ditampar kerana tidak menyiapkan kerja rumah.


Bagaimana pun dalam perkembangan terbaru kes ini, seseorang yang mempunyai kaitan dengan sekolah kanak-kanak tersebut mendakwa siasatan pihak sekolah mendapati sebaliknya. Guru tersebut juga akan menyaman terhadap pengadu.

Kebenaran cerita sebenar ini telah mengguris hati ramai guru di Malaysia.

No comments:

Post a Comment