Tuesday 26 August 2014

‘Kemarahan’ terhadap Israel terus memuncak di seluruh negara

‘Kemarahan’ terhadap Israel terus memuncak di seluruh negara



BANGI, 25 Ogos – Sejak kempen Bulan Kemarahan Ummah (BKU) dilancarkan pada 10 Ogos lalu oleh Aman Palestin Berhad, bantahan terhadap kekejaman Zionis Israel terus memuncak di seluruh negara.

Oleh itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengambil inisiatif mengadakan pelbagai aktiviti kempen di setiap cawangan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah demonstrasi aman, gimik memijak bendera Israel, edaran risalah memboikot produk-produk Zionis Israel, mengibarkan bendera Hamas dan Palestin, konvoi, kutipan sumbangan Tabung Aman Palestin, mengumpul tandatangan untuk Petisyen ‘Millions Souls Fight For Gaza’, dan sebagainya.

Johor Bahru wujudkan kesedaran awam.

Bermua di selatan tanahair ISMA Johor Bahru mengadakan himpunan aman di hadapan restoran McDonald’s, bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum akan tindakan kejam zionis Israel yang sewenang-wenangnya membunuh wanita dan kanak-kanak di Gaza tanpa perikemanusiaan.

Himpunan aman ini turut mendapat respon dari orang awam berkenaan tindakan rejim Zionis terhadap Gaza.

“Genjatan senjata dengan Israel memang tidak akan berjaya berdasarkan hasil siri-siri genjatan senjata yang telah dilakukan sebelum-sebelum ini,” ujar Ahmad Syukri Samsudin.

Shah Alam berkempen tiga hari berturut-turut

Tidak terkecuali, ISMA Shah Alam mengadakan kempen di sekitar Shah Alam selama 3 hari yang bermula pada hari Jumaat.

Kempen yang bermula di Surau Islah Seksyen 7 selepas solat Jumaat mengajak para jemaah untuk menandatangani Petisyen ‘Millions Souls Fight For Gaza’.

Seterusnya di adakan demostrasi aman di hadapan restoran McDonald’s di Seksyen 2 dan 18 pada hari sabtu.

Kemuncak kempen pada hari ahad di adakan flash mob dan konvoi beramai-ramai sempena Majlis Sambutan Hari Raya di Surau Islah Seksyen 7.

Seri Iskandar kutip RM 2600

Berlainan pula yang berlaku di Bandar Manjung apabila ISMA Seri Iskandar berjaya mengutip RM 2600 untuk Tabung Aman Palestin dalam masa yang singkat.

Selain membuat kutipan derma di Pasar Malam Manjung, turut diadakan edaran risalah mengenai Gaza kepada orang awam.

Turut dilakukan demonstrasi aman di restoran McDonald’s dan Konvoi Palestin dari Seri Iskandar hingga ke Manjung.

” Kita berkumpul hari ini untuk menyatakan kemarahan dan kedukaan kepada apa yang telah berlaku terhadap sahabat-sahabat kita di bumi Palestin. Mereka diganyang sehingga pada saat ini seramai 400 075 rakyat Palestin menjadi pelarian, 10 500 orang cederadan lebih kurang 2050 menjadi syuhada’”, ujar Yang Dipertua (YDP) ISMA Seri Iskandar, Ustaz Fadzlan Rusdi ketika berucap di perkarangan McDonald’s Manjung.

Pulau Pinang lakukan demonstrasi aman.

Manakala ISMA cawangan Seberang Prai Utara (SPU) mensasarkan kempen kesedaran kepada orang awam agar memboikot produk yang menyumbang kepada Israel dengan mengadakan demonstrasi aman.

Demonstrasi itu di adakan di restoran McDonald’s, Starbucks dan bank HSBC Auto City Juru. Juga Starbucks Queensbay, McDonald’s Sg. Dua Gelugor.

Sarawak kutip ‘suara’ sokongan kepada Palestin.

Akhir sekali, ISMA Kuching berjaya mengutip 200 tandatangan untuk Petisyen ‘Millions Souls Fight For Gaza’ dalam masa 1 jam ketika mengadakan himpunan solidariti di sekitar bandar Kuching.

Menurut Pengurus Aman Palestin Sarawak, saudara Zainizam bin Zawawi, tujuan himpunan solidariti ini diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Palestin dengan memberikan kesedaran kepada orang ramai melalui kempen boikot serta mengumpul tandatangan petisyen.

No comments:

Post a Comment