Thursday, 7 August 2014

Polis buru KELVIN YIP - Bakri


Polis buru Kelvin Yip - Bakri


MOHD. Bakri

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu mengenal pasti pemilik akaun Facebook menggunakan nama Kelvin Yip yang memaparkan kenyataan menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya masih berusaha mengesan individu terlibat bagi membantu siasatan berhubung perkara berkenaan.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi meminta orang ramai bersabar ke­rana kes tersebut dilakukan melalui Facebook dan memerlukan masa untuk menyiasat.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa.

Baru-baru ini pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti Kelvin Yip memaparkan kenyataan yang menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.

Kelvin menggunakan kata-kata lucah dan kesat bagi meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap takbir Hari Raya Aidilfitri yang berkumandang melalui pembesar suara pada pukul 6.45 pagi.

Sementara itu, Pertubuhan Pemikir India Muslim Malaysia (Mimta) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan dua pemilik akaun laman sosial Facebook (FB) yang didakwa menghina Allah SWT dan mencaci agama Islam serta umatnya.

Presidennya, Syed Ariffin Abu Tahir berkata, laporan itu dibuat terhadap pemilik akaun yang dikenali sebagai Kambathasan Dasan dan Jai Murugan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 11.15 pagi.

"Kami meminta pihak polis, pihak berkuasa sama ada Kementerian Dalam Negeri atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melihat perkara ini dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap tindakan pelampau agama berkenaan selain mereka perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua yang beragama Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment