9 Tips Untuk Mengelakkan Masalah Perut Buncit !!..
Tiada siapa yang
suka dengan masalah ‘buncit’kan? Masalah buncit juga boleh menyebabkan
seseorang itu hilang keyakinan diri! Jadi tunggu apa lagi, jom kita
ucapkan selamat tinggal pada masalah buncit dengan melakukan 9 pekara di
bawah!
1) KERAP MINUM AIR MASAK
Mendapatkan jumlah
air yang banyak dapat menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu
proses pembuangan air. Jadi, lebih kerap kamu membuang air lebih banyak
lah segala sisa makanan yang terkumpul di dalam perut keluar
2) BANYAKKAN KUNYAHAN
Sewaktu menikmati
hidangan makanan, jangan terburu-buru ketika makan. Pastikan setiap
makanan yang masuk di dalam mulut di kunyah sebanyak 44 kali atau kunyah
sehingga cebisan makanan menjadi kecil dan mudah untuk di hadam.
Makanan yang sukar di hadam akan menyebabkan perut kamu kembung dan
tidak hairanlah mengapa selepas itu ia menjadi buncit.
3) MAKAN MAKANAN YANG PENUH SERAT
Makanan yang serat
adalah penting dalam pyramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air
dalam tubuh badan. Malah, amalan memakan sayur-sayuran yang bewarna
hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu proses
penjagaan penyakit perut buncit.
4) KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
Terlebih garam
dalam makanan juga tidak di galakan, ini kerana ia akan menambah ekstrak
sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan proses pengaluaran
air dari sel badan. Akibanya perut kamu akan jadi kembung dengan gas-gas
yang terbentuk dan mula membuncit!
5) KERAP MEMBUANG AIR
Jika kamu terasa
seperti ingin membuang air kecil atau besar, jangan tahan.
Cepat-cepatlah ke tandas, biarkan segala toksin dalam badan keluar dari
tubuh kamu. Jangan di simpan! Nanti kamu juga yang merana.
6) KELUARKAN PELUH
Jika kamu seorang
yang kurang kerap ke tandas, apa kata kamu keluarkan segala toksin yang
tersimpan dengan cara lakukan senaman atau apa sahaja aktiviti yang
dapat mengeluarkan peluh. Lebih elok sekirannya kamu jadualkan waktu
senaman kamu. Bukan kata hilang buncit, badan kamu juga akan menjadi
sihat dan kuat.
7) BERHENTI MAKAN UBATAN YANG TIDAK PENTING
Ada sesetengah
kajian mengatakan, pengambilanubat-ubatan adalah salah satu faktor perut
buncit. Contoh seperti ubat Aspirin. Jika kamu kerap mengambil ubatan
ini ia akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
8) ‘SIT-UP’ SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR
Jika kamu rajin
melakukan sit-up sebelum dan selepas kamu bangkit dari tidur ia dapat
membantu kamu mengempiskan perut yang buncit itu. Teknik ini sangat di
galakan kerana segala oto-otot di perut akan ‘bekerja’ dan menyebabkan
sistem pembakaran lemak juga berjalan dengan lancar.
9) KURANGKAN MINUM AIR MANIS
Air manis memang
sedap untuk di minum, tetapi jika di ambil dengan kuantiti yang banyak
dan kerap ia akan menyebabkan segala kamu mendapat penyakit yang tidak
di ingini seperti kencing manis dan sebagainya. Jadi,
kurang-kurangkanlah pengambilan air manis. Lebihkan minuman air masak
seperti yang di sarankan di atas.
Semuanya di POTPETAJE....!!!
SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!
No comments:
Post a Comment