Monday, 15 September 2014

Pembedahan Otak Ubah Kehidupan Model Playboy Sepenuhnya

Pembedahan Otak Ubah Kehidupan Model Playboy Sepenuhnya



LONDON – Seorang model Playboy, Brit Kerri Parker yang menjalani kehidupan mewah akhirnya menjadi individu berbeza hanya dalam masa semalaman selepas dia menjalani pembedahan otak pada Februari lalu.

Parker yang sebelum ini hidup dapat dunia glamor dan mendampingi golongan kaya di London dan Los Angeles, menjadi individu yang berbeza sekali dengan apa yang dilaluinya sebelum ini.
“Saya dikesan menghidap kanser otak pada Oktober tahun lepas pada usia 29 tahun.

Meskipun sebelum ini selama setahun saya berasa tidak sihat namun saya tidak mempedulikannya.
“Hanya selepas saya pulang bercuti dari Mesir pada bulan Oktober tahun lepas dan selepas mengalami sakit kepala yang teruk barulah saya membuat pemeriksaan dan dikesan menghidap kanser otak,’’ katanya.

Ketika itu Parker enggan mengalah dan meneruskan kehidupan sebagai model hinggalah dia menjalani pembedahan pada bulan Februari lalu.

“Selepas sedar dari pembedahan itu, saya menjadi orang lain. Sebelum ini saya tidak sukakan makanan ringan, kini saya boleh habiskan berbeg-beg makanan tersebut.

“Saya sangkakan ia perkara kecil hinggalah saya benci pada bidang modeling dan lebih suka duduk di rumah daripada berparti,’’ katanya.

Perubahan yang dilalui Parker itu menyebabkan dia kehilangan kawan dan Paker kembali ke kampung halamannya, jauh daripada kehidupan glamor.





Semua nya di potpetaje.blogspot.com

No comments:

Post a Comment