Friday, 19 September 2014

RM96.53 juta habuan cari dalang MH17

RM96.53 juta habuan cari dalang MH17

Setakat ini, tanggungjawab mencari dalang tersebut diserahkan kepada seorang pakar penyiasat persendirian, Josef Resch yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang itu.



KUALA LUMPUR: Sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman, Wifka, yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman menawarkan RM96.53 juta (AS$30 juta) kepada mana-mana pihak yang berjaya mengemukakan bukti dalang di sebalik tragedi MH17.

Setakat ini, ia merupakan wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia, mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.

Menurut The Local, majalah bahasa Inggeris di Jerman, kesemua mangsa-mangsa itu memerlukan pembelaan dan sanak keluarga mereka serta masyarakat antarabangsa juga memerlukan jawapan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat dan membunuh 298 penumpang serta anak kapal.

“Belum ada satu pun daripada persoalan ini dijawab walaupun siasatan sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa,” kata Wifka.

Setakat ini, tanggungjawab mencari dalang tersebut diserahkan kepada seorang pakar penyiasat persendirian, Josef Resch yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang itu.

Josef turut mengesahkan telah menerima upah Euro 40,000 bagi memulakan penyiasatan.

Dia juga tidak ragu-ragu akan menemui orang yang bersedia menerima wang sebanyak itu (AS$30 juta) bagi mendedahkan kebenaran di sebalik insiden terbabit.

Wifka menegaskan, sesiapa sahaja yang dapat mendedahkan siapa yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menembak jatuh pesawat MH17 itu, siapa yang menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian itu dan apa yang telah terjadi kepada senjata yang digunakan untuk menembak jatuh MH17, akan menerima hadiah wang tunai AS$30 juta itu.

“Individu yang mendedahkan semua kebenaran terbabit akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan,” jelasnya.



Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:

Post a Comment