Sunday, 12 October 2014

Ajaib, Paderi peluk Islam setelah tersedar dari koma...

Ajaib, Paderi peluk Islam setelah tersedar dari koma...

AlhamduliIllah... AlhamduliIllah... AlhamduliIllah....

Hidayah yang Allah kurniakan pada insan terpilih di akhir usianya.... Maka tahanlah mulutmu dari berkata-kata, juga awasilah jari-jarimu dari menaip tentang seseorang secara sembarangan... Kerana harapan itu sentiasa ada... Mungkin hari ini dia belum lagi Islam, siapa tahu suatu masa nanti dia akan memeluk Islam, begitu juga jika terlihat orang yang berkelakuan negatif, mereka masih ada peluang untuk berubah menjadi positif selagi hayat masih dikandung badan, selagi nyawa masih diberi pinjaman.... Kita sendiri tidak tahu penghujung hayat kita bagaimana maka berhati-hatilah... Berkatalah sekadarnya, menaiplah dengan waspada.... Ya Allah kurniakan kami kematian dalam kebaikan... Amin~

P/s : Benar atau sebaliknya apa yang dikatakan oleh Paderi itu kita serahkan kepada Allah... Tiada siapa dapat membenarkannya dan tiada siapa dapat menafikannya... Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa....

JAKARTA 11 Okt. - Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.

Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.

Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu.

Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.

Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam.

"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.

Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut.





Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:

Post a Comment