Wednesday 15 October 2014

Aksi tentera terlampau tersebar...

Aksi tentera terlampau tersebar...






BANGKOK - Tentera Udara Diraja Thailand akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya yang didapati terbabit dengan persembahan wanita bogel dalam satu persembahan di kelab tentera.


Menurut laporan Bangkok Post, Jurucakap Tentera Udara, Marsyal Monthol Satchukorn mengesahkan lelaki yang berpakaian seragam tentera dalam klip video yang dimuat naik di internet dikenal pasti anggotanya.


Klip video yang bertajuk `Penyanyi bogel meraikan tentera’ mula tersebar di internet pada minggu lalu dan telah mendapat kritikan hebat daripada pelayar media sosial.


Dalam pada itu, Monthol berkata para pegawai yang terbabit dalam klip video itu telah melanggar peraturan mengenai penggunaan kemudahan premis kerajaan. Bagi menyiasat perkara berkenaan satu jawatankuasa khas turut ditubuhkan.


Jelasnya, anggota yang terbabit perlu dihukum kerana telah melanggar disiplin tentera kerana berbuat demikian dengan berpakaian seragam tentera, lapor The Rakayat Post.
Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:

Post a Comment