Sunday, 26 October 2014

Jururawat Didakwa Membunuh 38 Orang Pesakit Kerana Mereka Menyakitkan Hatinya



Seorang jururawat wanita di Itali, Daniela Poggiali ditangkap minggu lepas kerana didakwa membunuh 38 orang pesakit. Suspek bertindak sedemikian kerana mendapati pesakit-pesakit tersebut dan keluarga mereka bersikap menjengkelkan atau menyakitkan hatinya, lapor halaman BuzzFeed.



Jururawat tersebut ditangkap di sebuah bandar di Itali kawasan utara Lugo. Hasil pemeriksaan polis menjumpai sekeping gambar selfie jururawat berusia 42 tahun itu memberikan tanda bagus (thumbs-up) kepada pesakit yang baru sahaja meninggal.


Menurut akhbar tempatan, Corriere della Sera, Daniela Poggiali ditangkap kerana disyaki meracun seorang pesakit berusia 78 tahun, Rosa Calderoni, dengan suntikan kalium klorida.


Polis memberitahu pemberita bahawa mereka melakukan penyiasatan dengan lebih terperinci terhadap kematian pesakit-pesakit yang mencurigakan dibawah jagaan jururawat Daniela Poggiali.


Rakan sekerja suspek menjelaskan, suspek merupakan seorang yang bersikap dingin dan beliau juga mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana pesakit akan mati tiba-tiba di bawah jagaannya.


Bercakap kepada Corriere della Sera, rakan-rakan sekerjanya percaya suspek sering memberikan ubat penenang kepada pesakit jika mendapati merekasukar diuruskan.



Seorang pekerja dilaporkan berkata, “Kami tertanya-tanya kenapa kejadian ini berlaku terlalu kerap dan tiada siapa pun yang berindak untuk menyiasat perkara ini.”

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:

Post a Comment