Wednesday, 15 October 2014

Kejadian dinding tertanggal, DBKL harus pandang serius...

Kejadian dinding tertanggal, DBKL harus pandang serius...

Pihak DBKL memandang serius terhadap peristiwa yang belum pernah berlaku seumpama ini, nasib baik tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

KUALA LUMPUR : Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandang serius insiden dinding tertanggal di Flat Loke Yew yang berlaku pada petang Ahad lalu.



Beliau berkata, pihaknya melahirkan kebimbangan sekiranya peristiwa tersebut berulang kembali pada masa akan datang.

“Diharap pihak DBKL memandang serius terhadap peristiwa yang belum pernah berlaku seumpama ini, nasib baik tiada kemalangan jiwa yang berlaku,” katanya.

Pada Ahad lalu, sebanyak tiga buah rumah di Flat Loke Yew itu mengalami kerosakan teruk ditingkat 10, 13 dan 18.





Tiupan angin kencang yang berterusan sejak pukul 5 petang itu menerbangkan dinding rumah flat yang diperbuat daripada kayu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad turut berkongsi pandangan yang sama.



Katanya, sudah tiba masanya pihak DBKL mengkaji semula keselamatan flat-fat yang berada di bawah seliaa mereka.

“Dinding tercabut merupakan perkara yang agak memalukan kita, ianya menimbulkan pelbagai persoalan sejauhmana kualiti bangunan yang dibina adakah ianya memenuhi piawaian yang telah digariskan oleh pihak kerajaan,” katanya memetik dari laporan lidah rasmi PAS.



Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:

Post a Comment