Sunday, 12 October 2014

Lebuhraya merentas Borneo. Hebat bunyinya!

KOMEN: Lebuhraya Merentas Borneo. Hebat benar bunyinya!

Kepada pembaca di Malaya yang jarang berjalan-jalan, bunyinya seakan Lebuhraya Karak dengan lima, enam lorong dua hala dengan disertakan terowong dan sebagainya.

Saya jangka para perancang di Putrajaya yang malang kerana pernah dihantar bekerja di Sarawak juga berfikir infrastruktur gergasi ini akan menjadikan pemanduan dari hujung di barat Lundu, Sarawak ke Kudat di Sabah lebih lancar, walaupun jaraknya dua ribu kilometer.

Memang betul, lebuhraya merentas Borneo ini, jika dilihat pada namanya wajar merangkumi seluruh pelusuk kepulauan Borneo bagi memudahkan penduduk di sini. Namanya membawa erti kemudahan pemanduan buat semua.

Malangnya, lebuhraya ini disalah beri nama.Ya, ia merupakan infrastruktur gergasi tetapi hanya kerana ia melibatkan kerja-kerja berat bagi pembinaan jalanraya panjang di seluruh Malaysia Timur. Namun, ianya hanya dibina dengan dua lorong di mana pemandu yang kurang biasa dengan persekitaran boleh sesat kerana terdapat banyak simpang bagi menghubungkannya dengan penduduk di desa atau di kota.

Kebanyakan permukaan lebuhraya ini berukuran tidak lebih daripada 24kaki lebar. Dalam tempoh dua tahun ini, banyak kerja meluaskan jalan dilakukan bagi memudahkan kenderaan memotong, agar pemandu tidak berasa stres sekiranya mengekori lori panjang.

Sebelum langkah peluasan ini dilakukan, agar sukar bagi pemandu memotong kenderaan lain. Amat mengecewakan sekiranya anda terpaksa mengekori lori dengan asap hitam muncul dari ekzosnya sambil dipandu perlahanan kerana muatan yang berlebihan. Bayangkan jika anda terpaksa memandu sejauh 200km dari Kuching ke Sri Aman. Sudah tentu anda seumpama siput di jalanraya.

Kebanyakan penduduk di Sarawak tidak bersetuju ia digelar lebuhraya merentas Sarawak kerana ia hanya jalanraya biasa – terlalu kerap diguna dan tidak diselenggara dengan baik, dengan banyak lopak air terutamanya semasa musim hujan. Ia begitu sesak sebelum sampai ke jambatan yang tenggelam beberapa inci dek kenderaan yang terlalu berat. Papan tanda jalan juga jarang ditemui sehingga kita mungkin termasuk ke jalan lain yang tidak banyak bezanya dengan lebuhraya ini.

Menteri Pembangunan Infrastruktur & Komunikasi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin nyata kurang senang apabila menyelar Putrajaya kerana tidak berpegang kepada janji memberi peruntukan secukupnya bagi menambah lorong memotong.

Manyin berkata Putrajaya berjanji memberi peruntukan RM1 bilion bagi pelbagai projek termasuk menambahbaik lebuhraya itu. Dengan ketiadaan wang, rancangan hanya tinggal rancangan.

Menurut Menteri Kerjaya Raya Persekutuan Datuk Fadillah Yusuf, RM3 bilion diperlukan bagi menambahbaik jalan sepanjang 2,239km itu.

“Kita perlukan RM1 bilion masing-masing bagi Sabah dan Sarawak bagi projek ini disiapkan, namun hanya RM500 juta diperuntukan di bawah Bajet 2013 bagi lebuhraya ini,” katanya pada 7 Okt.

Wang yang dijanji tak kunjung tiba dan Putrajaya mungkin enggan memberinya kerana warga Sarawak kini menuntut bayaran royalti minyak dikaji kembali. Orang Sarawak mahu royalti dinaikkan kepada 20% berbanding 5% yang telah diterima sejak 50 tahun kebelakangan ini.

Warga Sarawak berpendapat wang hasil minyak negeri boleh digunakan bagi menambahbaik jalinan lebuhraya itu. Mereka juga fikir penambahan royalti boleh digunakan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk di pedalaman.

Tetapi hasil minyak Sarawak digunakan Malaya, manakala Sarawak diberi jambatan dan jalanraya yang tidak berkualiti. Ini yang sering diberitahu Sarawak kepada Putrajaya.

Manyin dan Fadillah mahu peruntukan ditambah, dan begitu juga Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Bercakap kepada wartawan pada hari Selasa lalu, Adenan berkata beliau berharap Bajet 2015 akan mengambil kira hasrat Sarawak terutamanya di dari segi pembangunan.

Adenan juga serius tentang tuntutan agar bayaran royalti minyak ditingkatkan kepada 20%. “Kami akan berunding dengan kerajaan pusat.”

Putrajaya perlu mendengar. - See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Lebuhraya-merentas-Borneo-Hebat-bunyinya#sthash.aaX6xQwC.dpuf

Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:

Post a Comment