Sunday, 12 October 2014

Rita Rudaini: Tidak Pernah Tuntut Cerai

Rita Rudaini: Tidak Pernah Tuntut Cerai




Dalam kenyataan terbaru kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam, Rita Rudaini mengakui yang beliau tidak pernah menuntut penceraian daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan & tindakan menceraikannya melalui SMS sebagai tidak bertanggungjawab.

Menurut Rita Rudaini, beliau tidak pernah meminta cerai sebaliknya hanya kemukakan tindakan mahkamah untuk Aidil Zaufna kembali melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami yang sah pada masa itu.

Kenyataan itu dikemukakan oleh peguam syarie Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang bagi membalas pernyataan pembelaan Aidil Zafuan yang diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie, pada 11 September yang lalu.

Dalam kenyataan sama, Rita Rudaini turut mendedahkan yang Aidil Zafuan tidak pernah beritahu atau mengajak beliau keluar dari rumah kelamin mereka dan kegagalan pemain bola sepak itu buktikan pemastautin semasa menyebabkan kes nusyuz & hak jagaan anak ditolak mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan kes tuntutan mutaah RM300,000 Rita Rudaini daripada Aidil Zafuan didengar di hadapan Hakim Syarie Mawardi Che Man pada 13 November depan. (rtky/m)



Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:

Post a Comment