Tuesday 25 November 2014

Luahan Hati Anak Jokowi Termakan Daging Babi Di Singapura



Luahan Hati Anak Jokowi Termakan Daging Babi Di Singapura | Putera bongsu Presiden Indonesia, Joko Widodo iaitu Kaesang Pangarep mempunyai pelbagai kisah cerita unik dan lucu pada detik awal ketika berada di Singapura bagi menuntut ilmu.

Salah satunya, dia pernah termakan babi di sebuah food court berdekatan dengan asrama. Ketika itu, dia melihat ada daging berbentuk kotak. Tewas dengan godaan nafsu makan, Kaesang akhirnya memesan daging tersebut. Setelah pesanan diberi, dia terus mencubanya. Ternyata rasa daging itu sungguh enak dan luar biasa berbanding daging yang biasa dimakannya.

Ekoran dari itu, Kaesang berniat mahu membeli daging itu sekali lagi untuk dimakan di asrama. Namun sebelum memesannya, dia berbual dengan pekerja kedai makan itu mengenai keenakan daging tersebut dan terkejut apabila lelaki itu mendedahkan bahawa daging yang dibelinya itu adalah daging babi.

“Pertama kali di Singapura gini udah bikin dosa. Udah dosa gue banyak banget lagi di Indonesia, ini malah ditambah lagi gara-gara makan daging babi. Tapi enak banget sih sebenernya dagingnya, bikin ngangenin.
” katanya.


Namun, Kaesang yang berasa berdosa setelah memakan daging babi, terus mencari masjid terdekat kerana ingin terus bertaubat. Akan tetapi, ketika bersolat, Kaesang tidak begitu khusyuk gara-gara teringat akan keenakan daging babi yang pernah dijamahnya itu.

Untuk tidak terus memikirkan keenakan daging babi itu, Kaesang mencari daging yang halal. Dia akhirnya membeli daging kambing namun rasanya tidaklah seenak daging babi.

“Tampilan luar sih kelihatan enak banget. Namun, setelah dicoba, alamak, rasenya enggak karu-karuan. Ternyata rasanya tu ga enak banget. Kaya makan aran yang dikasih kuah jengkol busuk. Rugi dah gue,” tulisnya.


Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:

Post a Comment