

Baru sahaja admin berkongsi satu video yang mana seorang wanita dipukul dalam kereta kerana mencuri kereta mewah Vellfire.
Lelaki yang
memukul wanita itu sebenarnya adalah seoarang lelaki yang bekerja dengan
sebuah syarikat penyewa kereta yang mana kini telah menghilangkan diri.
Wanita yang
menjadi mangsa hukuman diluar undang-undang itu telah parah dibelasah.
Bukan setakat dipukul dan diterajang malah dia juga telah dicucuh besi
panas pada lengan berkali-kali.


Selain daripada
keganasan fizikal, wanita itu juga turut disamun. Tablet dan juga wang
dalam akaun bank wanita tersebut telah diambil oleh lelaki berkenaan.
Bagaimanapun mangsa telah membuat laporan polis dan suspek utama
telahpun dikenalpasti dan kini dalam siasatan pihak polis.
Menurut sumber,
wanita berkenaan telah melakukan jenayah mencuri kereta kerana dipaksa
oleh seorang lelaki berbangsa cina bagi menjelaskan hutang bekas
suaminya.
Sumber : siakapkeli.com
No comments:
Post a Comment