Gadis "Bertuala" Lepas Mandi Mangsa Ratahan Penyamun
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja
disamun, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 9,
Cheras, di sini, 1 November lalu.
Dalam kejadian antara
jam 1 dan 2 pagi itu, mangsa dilapor bersendirian sebelum rumahnya
dipecah masuk seorang lelaki berusia lewat 20-an dipercayai warga asing.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang mandi di
dalam biliknya di tingkat dua rumah berkenaan dan selepasmerogol mangsa,
lelaki itu melarikan pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai
RM3,000.
Beliau berkata, lelaki itu dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang.
“Mangsa tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit. Selepas menyelongkar
ruang tamu rumah, lelaki itu terus naik ke bilik mangsa.
“Lelaki itu dipercayai mengetuk pintu bilik sebelum mangsa yang tidak
mengesyaki apa-apa membuka pintu kerana menyangka ahli keluarganya
pulang,” katanya.
Sumber itu berkata, lelaki itu yang melihat mangsa hanya memakai tuala kemudian merogolnya.
“Selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan diri bersama wang dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.
Katanya, mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.
Difahamkan, sehingga kini lelaki itu belum ditahan sebaliknya pengawal
keselamatan warga Pakistan berusia lewat 20-an yang bertugas di kawasan
perumahan itu ketika kejadian ditahan bagi membantu siasatan. Harian
Metro difahamkan, rumah mangsa dan pondok kawalan kawasan perumahan itu
bersebelahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang
Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan
menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan
lanjut sedang dilakukan.
Semuanya di POTPETAJE....!!!
SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!
No comments:
Post a Comment