Punca Sebenar MAS MH131 Mendarat Cemas..... Portal Luar Negara Lapor Berita Palsu..
Sebuah portal luar negara worldnewsdailyreport.com telah mencetuskan kegemparan apabila mendakwa sebuah pesawat MAS MH131 telah melakukan pendaratan cemas di Iceland kelmarin. Berita tersebut telah menjadi viral di laman-laman sosial.
Portal itu mendakwa sistem navigasi Pesawat MH131 telah rosak akibat kepanasan melampau semasa pesawat itu melalui kawasan gunung berapi yang aktif semasa pesawat itu dalam perjalanan dari Paris ke New York.
"MH131 dilaporkan melalui zon “pergolakan yang berat” dengan “penglihatan terhad” selama beberapa minit menyebabkan peralatan navigasi tidak berfungsi memaksa juruterbang mendaratkan pesawat secara manual," lapor berita palsu tersebut.
Sebelum ini worldnewsdailyreport.com telah mencetuskan kekecohan apabila mendakwa putera mahkota Selangor murtad. Kali ini sekali lagi portal yang amat tidak bertanggungjawab dengan menyediakan berita palsu untuk keseronokan itu menimbulkan kekecohan.
Bagaimanapun jika diperhatikan kod penerbangan MH131 adalah kod laluan Kuala Lumpur ke Aucland dan bukannya Paris ke New York.
Buat pengetahuan pembaca semua, laman worldnewsdailyreport.com adalah laman berita-berita palsu. Berikut adalah diclaimer portal tersebut yanag terletak pada suatu pautan yang kecil dilaman portal itu.
Berita tersebut mendapat komen-komen yang negatif daripada pembaca dan menyalahkan Syarikat penerbangan MAS. Lihat komen daripada pembaca dibawah.
Namun begitu ada juga pembaca yang mengecam portal yang tidak bertanggungjawab itu kerana mengeluarkan berita dan fakta yang palsu.
Portal berita palsu ini harus disekat kerana penyebaran berita palsu ini akan mencetuskan kegemparan sekaligus akan memberi kesan yang mendalam. Ini dapat dilihat daripada komenkomen seperti di atas. Selain itu tidak semua orang yang akan membuka pautan kecik “Diclaimer” tersebut.
Semuanya di POTPETAJE....!!!
SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!
No comments:
Post a Comment