Gadis Ditegur Selfie Dengan Jenazah Bapa
Seorang gadis yang juga pernah menyertai program Fear Factor, Fify Azmi menggemparkan pengguna media sosial dengan gambar selfie beliau bersama dengan jenazah ayahnya.
Tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan netizen yang terlihat gambar berkenaan dimuat naik di laman Instagram.
Gambar selfie sebegitu kurang 'enak' dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.
Fify Azmi juga turut menyiarkan gambar ibunya sedang bertafakur di tanah perkuburan dengan caption dia berjanji akan menjaga ibunya selepas pemergian ayahnya itu.
Menurut seorang lagi netizen, adalah tidak wajar berselfie di waktu ketika seluruh ahli keluarganya sedang bersedih. Sepatutnya tumpukanlah pada pengurusan jenazah ayahnya. Doakan kesejahteraan rohnya, kuatkan semangat ahli keluarga lain dan bukannya ambil handphone untuk berselfie.
Bagaimanapun, Fify Azmi telah menurunkan gambar berkenaan dari laman Instagram setelah tindakannya itu mendapat kritikan dari netizen.
Nota : Takziah buat keluarga Fify.
Semuanya di POTPETAJE....!!!
SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!
No comments:
Post a Comment