Thursday 20 November 2014

Punca Sebenar Azwan Ali Menggayakan Tudung

Punca Sebenar Azwan Ali Menggayakan Tudung



Ramai netizen terkejut dengan penyebaran gambar Azwan Ali yang didakwa kononnya ‘insaf’ sehingga memakai tudung menyerupai wanita di Facebook.

Beberapa gambar Azwan Ali bertudung di bawah:

Menurut sumber, Azwan Ali sebenarnya bertudung untuk program iklan perniagaan makanan. Bukannya saja-saja nak pakai tudung nak seperti Shila Amzah.




Azwan Ali sebenarnya baru saja dilantik menjadi wajah Domino Pizza.

Dalam iklan komersial terbaru Domino Pizza, Azwan Ali akan memegang berpuluh-puluh watak orang awam, termasuk watak makcik-makcik kaki order Domino.





Bukan Seperti Yang Disangka

Menurut seorang forumer, Azwan Ali bukanlah seteruk yang disangkakan. Menceritakan pengalaman berjumpa dengan Azwan Ali, dia pernah bertembung dengan ‘diva’ itu di Stesen Minyak Taman Melati, menghala ke Gombak.





“Aswan Ali ini dalam TV je memondan. Tetapi di luar, pakaian macam biasa je. Dia sangat ramah sampaikan bangla yang nak tolong pump minyak kereta. Dia tak habis-habis ucap terima kasih.

“Ada dua tiga orang makcik tegur dia, dia boleh berborak mesra macam dah lama kenal. Ramai yang dah salah anggap dengan Azwan ni. Dia nampak teruk tetapi dia sebenarnya baik walaupun kekadang mulutnya terlepas cakap,” dedah individu terbabit.
Semuanya di POTPETAJE....!!!

SUKA ARTIKEL INI??? Sila LIKE atau SHARE..!!!

No comments:

Post a Comment